Hujung Tahun penuh makna.

Pogram akhir untuk menutup tirai 2009. Suatu majlis yang cukup bermakna bagi aku dan tuan rumah mungkin. Majlis kesyukuran dan yasin. Jemputan ialah ahli qaryah taman yang terdiri dari ibu-ibu muda antara umur 23 hingga 36 tahun .Anak anak kecil di bawa bersama ,ada yang berdukung ada yang berheret tangan ,maklumlah masing-masing subur untuk berzuriat. Bising juga sekali-sekala, tapi bagi aku ini biasa dan aku sudah masak dan lali dengan kebisingan anak-anak. Rakan-rakan ajk ramai bersama sama .

Fatihah dihadiahkan kepada arwah kedua ibubapa tuan rumah. Tanda kenang budi anak anak kepada kedua orang tua. Disamping huluran pahala bacaan yasin ,zikir dan doa doa untuk arwah. Janggal mungkin muslimat bertahlil ,takbir dan salawat dalam majlis khusus seperti ini. Kebiasaan majlis tahlil , orang lelaki yang menjayakannya. Orang perempuan sibuk masak dan menyediakan hidangan. Tetapi kini ubah selera sikit. Perempuan yang mulut satu dan banyak mulut kita ajak berzikir, bertahlil, bertahmid dan bersalawat.

Selesai membaca yasin bersama-sama , kami berdoa mohon keampunan ,kesejahteraan dunia dan akhirat, mohon kelapangan rezki, kesolehan anak-anak dan kerukunan berumahtangga dan bermasyarakat. Ya Allah, ampunkan kedua ibu bapa kami ,suami kami ,anak-anak kami dan kasihanilah kami .Tempatkan kami bersama golongan yang taqwa, sabar, tawakkal dan istiqamah . Ya Allah ,segala puji-pujian khusus untukMu. Engkau telah anugerahkan sihat tubuh badan dan masa yang lapang. Jadikanlah kami hamba yang tahu membalas budi dengan syukur. Itulah antara doa-doa yang banyak. Aku masih mengharap doa doa yang dibaca dapat didoakan dengan jiwa dan raga.

Sesuatu yang patut anda tahu, bukan kita bertahlil dan baca yasin sahaja tetapi ,isian yang bermakna untuk semua iaitu tazkirah. Apa topiknya dan huraiannya?. Ghafilun. Lalai atau lupa. Siapa yang lalai dan apa yang dilalaikan itu ?

Menurut Al quran (surah Yasin) ayat 6: "Agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapa bapa mereka belum pernah diberi peringatan ,kerana itu mereka lalai". Rasulullah diutuskan untuk menyampaikan wahyu ALLAH, alQuran yang terkandung di dalamnya segala bentuk peraturan hidup di dunia, segala perkhabaran yang ghaib, amaran amaran Allah kepada sesiapa yang durhaka kepadaNya dan Nikmat yang akan diterima oleh hamba-hamba yang taat setia dengan Allah. Bangsa Quraish terkenal sebagai masyarakat jahiliyah. "jahil" Tak bertamaddun dengan tamaddun manusia. Sampai tahap mereka membunuh anak perempuan hidup-hidup, membunuh sesuka hati, meminum arak yang menjadi ibu kejahatan, berjudi ,bertenung nasib dan paling teruk sekali mereka buat patung patung ,dimuliakan dan disembah-sembah.Walhal sejarah keturunan mereka dari Nabi Ibrahim a.s dan nabi Ismail a.s. Nabi Ibrahim bersusah payah membuang berhala dari disembah oleh manusia di zamannya. Sama-sama membina Kaabah (pusat peribadahan manusia mengesakan Allah) dengan anak sulungnya Ismail. Islam sebagai agama anutan keturunannya termasuk Ishak a.s ,Yaacub a.s yang kemudianya menurunkan keturunan Israel. Nabi nabi dari keturunan baginda Ibrahim a.s mewasiatkan kepada anak anak mereka supaya jangan mati melainkan di dalam anutan Islam.

Apa yang berlaku sesudah nabi nabi diwafatkan ? Ada yang berpegang teguh dengan ajaran kitab kitab. Ada yang mengajar anak anak mereka dengan didikan kitab kitab. Ada juga yang lalai dan melalaikan diri dari ajaran kitab. Lantaran kesilapan tidak mewariskan ilmu agama dan didikan agama lama kelamaan anak keturunan melupakan sikit demi sikit ajaran Allah. Tambahan pula yang lalai dan melalaikan itu orang orang berpengaruh dalam masyarakat, jadi tiada siapa yang berani untuk memperbetulkan kesilapan amalan mereka. Yang kuat jadi raja, yang lemah jadi hamba.

Masyarakat jahiliyah yang nabi Muhammad s.a.w terutus darinya, cuba memperbetulkan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh bangsanya.Ayat demi ayat turun sebagai panduan, peringatan dan amaran. Kembalilah menyembah Allah, tuhan yang menciptakan manusia dari tanah, dan dikembang biak dari saripati air yang hina. Sembahlah Allah dan jangan sekutukan Dia dengan thagut. Sembahlah Allah dan hentikan segala bentuk kejahatan (membunuh ,berjudi, minum arak , berzina dan bertenung nasib).Islamlah dan ikutlah apa yang dibawa oleh utusanNya. Segala seruan-seruan ini tidak diterima dngan baik oleh masyarakat Mekah melainkan sedikit, itupun dari kalangan orang yang lemah lemah (mustad'afin).Tiada upaya yang dapat dilakukan oleh Nabi melainkan ada satu kekuasaan politik (pemerintahan) ,jadi Allah arahkan memdirikan negara Islam Madinah.

Bagaimana pula dengan keadaan masyarakat sekarang, tidakkah sama keadaanya dengan masyarakat jahiliyah dahulu ? Mencuri, berzina, membunuh, makan riba, minum arak, berjudi dan lain-lainnya. Segala kejahatan yang dilakukan umat terdahulu berlaku pada masa sekarang. Apa sebab? Tidak lain tidak bukan kerana bapa bapa mereka tidak memberi peringatan ,pengajaran, pendidikan sebagaimana yang disuruh buat oleh Allah. Warisan Nabi s.a.w diabaikan. Pemimpin tidak menjalankan amanahnya untuk mempastikan rakyat beriman dan taqwa. Ketua masyarakat tidak mengambil berat tentang keislaman ahli qaryahnya . Ulama' mengabaikan tugas dae'nya dan ibubapa juga mengabaikan pendidikan islam anak anaknya. Maka wujudlah satu masyarakat yang punah ranah dna tidak berperadaban.

Jadi, al quran yang masih berlegar dan segar dalam ingatan patut dikembalikan kepada fungsinya .Gunakanlah ia sebagai ubat untuk memperbaiki akhlaq yang rosak .Berilah peringatan dan sebarluaskan kemujaraban al quran. Ayat 6 tadi mendedahkan kesilapan bapa bapa .Oleh kerana kelalaian merekalah anak anak menjadi jahil agama dan kurang beradab dalam masyarakat.

Setelah selesai tazkirah ringkas, aku mengharap kawan-kawan yang masih dalam proses menambah zuriat memperhatikan persediaan awal untuk memperolehi anak soleh. Nak cari jodoh soleh, kita sudah berjodoh. Nak anak ,kita sudah ramai anak, cuma masih ada peluang lagi untuk berubah. Jadilah ibubapa soleh insyaAllah anak anak akan menurut kemudian. Bermulalah untuk berubah bersama Islam.

ziarah dan ukhwah

Mesyuarat kali ini tidak ramai ajk yang hadir. Keputusan telah dibuat bersama iaitu program ziarah ahli qaryah yang terlibat dengan bencana banjir. Seramai 26 keluarga yang dikenalpasti sebagai susah atau kurang berkemampuan. Kalaupun ketua keluaga bekerja tetapi musibah yang berulang meninggalkan perit dalam keperluan.Tarikh lawatan kami ditetapkan.Tepat pada masanya kami berkumpul di surau 'air mata'.Barang keperluan atau 'hamper' yang tidak seberapa dipunggah ke kereta kembara milikku. Itulah kuda tungganganku sejak aku digelar KM.

Rakan lain seramai 10 orang bersama berjalan kaki ke rumah murah 'air mata'. Kami melewati 4 blok awal untuk memulakan operasi di blok akhir. Pertama kami temui keluarga yang anaknya kecil-kecil lagi. Yang sulung berusia 11 tahun dan yang bungsu setahun lebih. Kami tidak masuk ke dalam rumah sekadar berada dipinggiran, bukan tidak sudi , tetapi waktu begini tak enak bertamu lagipun suaminya ada, jadi kami menyampaikan maksud kedatangan kami dan sambutan yang baik diberikan. Maklumat penting dicatat, tangan dihulur bersama bingkisan.Walaupun sedekah kami sedikit cuma, ia sudah cukup untuk mereka, teringan sikit beban yang ditanggung.


Kedudukan rumah yang hampir memudahkan kerja-kerja kami.Dari rumah ke rumah rakan kami susuri. Bingkisan barangan kami hulurkan. Terima kasih lafaz diterima. Tiada ungkapan yang lebih bermakna bagi kami melainkan sambutan mesra dan ucapan terima kasih. Kami membantu seadanya dan merekapun tahu kami ini bukan kaya-kaya orangnya.Apa yang dapat aku saksikan rumah mereka memang belum tersusun kemas sebagaimana sebelum banjir. Khabar angin banjir gelombang ke 4 akan melanda menyebabkan mereka masih belum menyusun atur kerusi meja malah ada kerusi dan perkakas rumah berada atas 'para'. Itulah nasib mereka. Lantaran miskin mereka beli rumah murah. Malang sekali pemaju yang membina rumah buat sekadarnya , sempit dan bilik cuma 2 ,bilik air juga muat-muat saja dan dapurnya tidak punyai ciri-ciri keselesaan hidup.Kasihan mereka. Bagi yang mampu akan buat ubahsuai sikit sini sikit sana.

Mereka semua adalah kenalan sejak tahun 2000. Ada yang belajar mengaji dengan ku dan menjadi 'tamu' kelas fardhu ain. Kalau ada yang belum dikenali, aku pelawa untuk buat lawatan ke surau setiap minggu. Di pertengahan pejalanan kami merasa kehausan, rakan rakan nampak letih sekali. Tidak susah untuk mendapatkan tea 'o'. Anak buah memang dilatih menjadi pemurah dan suka melayani tetamu. Kami 'pesan' tea ,kami santai bersama-sama .Riang gembira dan ceria. Salah seorang kami pesan air 'o'. Satu botol minuman dibawa warnanya kekuning-kuningan .Sangka kami air paip keroh. Tapi itulah air rebusan halba. Apa khasiatnya ? Orang yang berpenyakit kencing manis, ghaut dan kelabu mata boleh amal meminumnya insyaAllah penyakit itu akan boleh berkurang. Ilmu baru yang kami perolehi selama sejam kami berjalan. Alhamdulillah.

Kami meneruskan lagi perjalanan dan sumbangan dihulur tanpa mengharapkan apa apa balasan.Moga Allah memberi pahala pada mereka yang telah menderma dan memasukkan kami didalam golongan mukhlisin dan muhsinin

Allah yang sebaik baik perancang.

Selamat menyambut tahun baru hijrah.

Pantasnya masa beredar meninggalkan kita.Belum puas rasanya melakukan aktiviti seharian.Banyak juga rancangan bulanan,dan tahunan yang tidak dapat dilakukan.Banyak sebab mengapa rancangan yang tersenarai di dalam kelendar tidak terbuat.Nak senaraikan ok.

Ramai wakil rakyat mati (beralih alam) .Semua orang tidak suka mati. Tetapi mati itu tersenarai sebagai aktiviti malaikat yang jaga nyawa.Tidak boleh halang dengan apa cara sekalipun. Bila yang mati itu wakil rakyat, maka tempatnya perlu diisi.Maka berayalah kwasan yang kematian wakil.Kadang-kadang YB baru sakit,baru masuk wad , sebuklah segala rakyat jelata merancang untuk beraya undi. Lagi kecutlah segala YB yang semput. Tetapi Allah punya rancangan lebih tepat dan pantas. Diarahkan malaikat cabut nyawa YB dengan cara yang tidak disangka-sangka.Maka berlakulah pilih wakil baru.Terhentilah dan tertangguhlah segala perangcangan yang teratur tadi. Ada kursus kah, ada kuliah kah ada kenduri kah semuanya akan berubah tarikh. Yang penting YB kena ganti.

Sakit juga orang tidak suka. Kalau boleh badan mesti sentiasa segar dan mekar.Berbagai ubat ubatan dicipta untuk manusia mengatasi masalah penyakit. Terkadang pesakit ditemukan dengan doktor, bila di'check' tidak ada penyakit dikesan dan doktor mengesahkan ia tidak 'sakit'. Maka dicarilah 'bomoh' untuk menghalau 'saka', hantu, pelesit , jembalang dan sebagainya. Itupun kalau baik dan menjadi,selesailah masalah. Tetapi berlaku juga penyakit yang tidak dapat dikesan dan diobati melainkan dengan kembali kepada pengubatan cara Islam dan menggunakan ayat-ayat Allah. Semua penyakit itu datang dengan izin Allah dan Dia telah sediakan ubatnya, berubat dapat pahala dan berusaha mencari ubat itu dapat pahala. Cuma jangan berubat dengan benda-benda haram dan cara haram. Penyakit ,bila ia menyerang manusia , segala kerja tidak dapat disempurnakan.Buatlah apapun perancangan, perancangan Allah itulah yang menjadi. Nah! lemahnya manusia. Mintalah dengan Perancang Yang Maha Bijak untuk merancang apa apa rancangan baik untuk diri atau manusia umum.

Bijakmana pun kita. Terancang kemas program kita .Kita tidak dapat menentukan ianya berjaya 100%.Masa yang kita miliki terbatas. Ruang untuk melaksanakannya juga terbatas. Kita menetapkan program akan berakhir pukul 5.00 petang tetapi apa yang berlaku semasa itu kita tidak dapat menjangkakan. Ada tetamu lewat sampai kerana kesesakan lalulintas atau kemalangan diperjalanan pergi ke tempat program. Semasa berlangsungnya aktiviti, bekalan api terputus ,kelam kabut segala urusan. Suasana aman jadi kucar dan kacir. Akhirnya program di tamatkan pukul 5.30 atau 6.00 petang. Atau hujan ribut angin taufan melanda di sesuatu kawasan. Faktur alam juga boleh menggagalkan sesuatu program.

Kita hendaklah mengharapkan pertolongan Allah.Buatlah perancangan kemas dan tersusun sebagai syarat merancang,tetapi kita hendaklah mengharap 'izin' Allah dan tercapai segala yang dirancang.
ht/www.blogger.com/post-edit.g?blogID=1988759845077029264&postID=5200369519377104068#

kitalah Pendakwah

Salam muhibbah.

Seringkali aku dipanggil untuk memberi tazkirah di majlis majlis usrah dan kenduri kesyukuran.Bukan nak tunjuk pandai tetapi suatu keperluan dan amanah yang terpikul di bahuku.Tidak banyak soal dan tidak banyak alasan, aku akan beri kata dua samada boleh atau tidak boleh. Jika masa aku terizin ,aku akan membuka kitab kitab rujukan untuk mencari isi tazkirah yang sesuai dengan mad'u (pendengar).Lazimnya Kitab tafsir Al-Azhar, Kitab tafsir At Tibyan, kitab Tazkirah Tuan Guru Nik Abdul Aziz ,Kitab Riadhus Salihin dan Kitab Tanbihul Ghafilin.

Aku akan memperuntukkan sebahagian masaku untuk meneliti, mengarang isi dan merumuskan matlamat penyampaian tazkirah nanti. Jika aku dijemput ke dalam kelompok masyarakat kampung biasanya mereka ini suka bab-bab kebersihan jiwa. Jika aku masuk ke dalam kelompok muda (ibu ibu muda), mereka menyukai bab-bab amalan amalan dan kelebihannya.Jika aku masuk dalam golongan yang terpelajar sikit, inilah yang mencabar keupayaanku untuk berhujjah. Bekalan ilmu kena menyeluruh. Meliputi Sirah, fikh, ibadah dan siasah.Jenuh juga aku bekerja dan berfikir. Setiap apa yang aku lihat, apa yang aku dengar dan dari pengalaman-pengalaman akan menjadi modal untuk memuaskan minda pendengar .Aku juga memohon restu dari Allah agar apa yang aku hujjahkan nanti, mereka faham dan dapat dijadikan amalan hidup seharian.

Azam aku pada tahun 2000, melangkah masuk badan dakwah, bermatlamat untuk memperbaiki kemelesetan aqidah, kecurangan ibadah dan penyelewengan tarbiyah. Tumpuan utama kepada quran, pembacaan quran, pemahamannya dan penghayatan (mengamalkannya dalam kehidupan). Orang Melayu tahu Quran itu kitab suci,oleh itu kerana penyelewengan tarbiyah ,mereka anggap ia sebagai kitab yang tak boleh disentuh oleh sembarangan orang. Yang membacanya tok ustaz, tok guru, tok alim, tok mudim dan tok khadi. Semua tok-tok ini kadang-kadang baca kitab untuk diri sendiri, tidak berani tidak pandai hendak menyebarkan berita-berita sensasi dari langit (KHALIQ).Itu kita namakan jumud, ilmu yang beku di dalam buku,kalau ingin menyeru harapkan wang saku.

Mula-mula langkahku membuka kelas-kelas fardu 'Ain. Dua tiga ustazah aku panggil. Orang orang sekitar kampung aku panggil. Memang ,pertama-tama kelas dibuka, ramai jiran dan kawan-kawan datang. Ustazah memberi peringatan awal 'awaluddin ma'rifatullah',jadi yang dikupas terperinci ialah bab Tauhid.Berjalan beberapa bulan kelas Tauhid. Kemudian aku jemput ustazah lepasan Mesir untuk mengajar bab Ai Quran, tajwid dan tafsir. Memperbetulkan bacaan dan memahami isi kandungan Al Quran.Usatazah ini bawa kitab Tafsir setebal 4 inci dan kitab rujukan yang lain.Tebal tebal belaka. Cara penyampaaiannya macam kuliah di universiti. Apa lagi terkejut 'sakan' pendengar yang terdiri dari orang kampung yang tak tahu membaca dan menulis. Makin lama kelas menjadi semakin malap dan terhenti untuk beberapa minggu.

Takdir Allah menyebelahi aku, seorang hamba Allah sudah lama menaruh minat dengan cara aku ,lalu menjemputku mengelolakan 'kursus Yasin'.Dari detik itu bermulalah langkahku di medan tarbiyah. Tidak cukup kita baca Yasin sampai berbuih-buih mulut tetapi tidak tahu 'ghape satu' baik khaifiatnya dan isi kandungan 'jantung Al quran' itu. Bimbang nanti Yasin itu yang mengutuk pembacanya.

Memang masyarakat hauskan ilmu. Yang sadar akan terus terpikat untuk terus mengikuti kalas kelas seterusnya.Kalau yang datang semata mata "nakal" mereka ini tak kekal lama. Hendak tak hendak mereka jadi "tunggul hanyut". Timbul sebentar tenggelamnya lama. Ramai juga yang terkapai kapai, hendak mengaji atau menuntut ilmu takut pada beberapa orang (spy), tidak dapat izin suami dan merasa diri sudah 'cerdik'. Berbagai cara digunakan untuk memberi faham bahawa menuntut ilmu itu wajib .Antaranya mengutus jemputan istimewa, memesan mesan dan berkirim salam. Bagaimana lagi ?

Betapa susahnya hendak merubah masyarakat dari jahil kepada masyarakat berilmu.Susah juga untuk membuang tabiat tabiat buruk yang sudah sedaging dengan kehidupan. Apa tidaknya ,remaja remaja yang rosak akhlaq ,yang tidak minat ke sekolah ,lebih teruk lagi ramai remaja berkerja sambilan sebagai pencuri, peragut ,perogol dan pengacau keamanan dalam masyarakat. Bila bermulanya penyakit ini?

Sesadar aku ,curi-mencuri dah berlaku masa aku kenal perasaan. Barang kesayangan aku hilang, timbul rasa marah dalam hati dan bertanya sendirian, siapalah yang sampai hati mengambil 'aku punya' tanpa izin. Bagaimana hendak membendung perlakuan 'curi' yang mula berbunga. Perkataan 'biarlah itu bukan rezeki kita' kena ketepikan dahulu. Siasat di mana barang itu berada, soal jawab orang yang memegang barang itu, siapa saksi jika barang itu miliknya, siapa saksi kecurian itu dan pengakuan yang meyakinkan bahawa barang itu milikku atau miliknya. Apabila sahih barang itu 'tercuri' dan yang mengambilnya mengaku 'termencuri' maka amaran awal mesti diberi. Apa dia amaran itu ? Memarahinya ? Oh.. Tidak ! Nasihat yang baik, 'mengambil hak orang tanpa izin itu suatu dosa. Bagaimana kalau milik kesayangan mu diambil orang, adakah kamu suka ?'.

Sebenarnya ibu bapalah yang berperanan dalam pendidikan akhlaq anak anak.Nabi s.a.w menyeru 'berilah nama anak dengan sebaik-baik nama. Ajarkan kalimah tauhid (lailahaillah).Ajarkan anak anakmu solat dan akhlaq . Ajarlah anak anakmu kemahiran hidup dan latihlah anak anak dengan kepantasan menunggang kuda (kenderaan),kemahiran bermain pedang ,berenang dan memanah' .Ini semua adalah bekalan untuk anak anak hidup dalam masyarakat.Kalau boleh anak anak umat islam mampu mamiliki semua kemahiran dan kuat dalam semua perkara. Kita tidak akan merasa bimbang atau terlalu kecewa bila melepaskan anak anak pergi ke mana mana destinasi.

Sekarang, yang menjadi masalah besar ialah anak sebaya 6 atau 7 tahun kita lepas tangan didikan dan kita serah terus tanggung jawab mendidik itu kepada guru-guru.Di sekolah, bukan semua guru mempunyai rasa perihatin untuk menjadikan anak kita sebagai anak soleh dan serba boleh. Sebilangan kecil sahaja yang mendapat peluang terdidik dengan sempurna, yang lainnya terbiar dan meliar.Itulah timbul berbagai bagai gejala buruk di sekolah dan di luar sekolah.Jenuh guru disiplin berkejar kejaran ,tak cukup guru polis dijemput untuk sama sama mengatasi masalah pelajar-pelajar.

Tahukah anda cara terbaik untuk menjadikan anak anak berperibadi mulia ? Tidak lain tidak bukan kita kembali kepada pendekatan pendidikan dari ALLAH berpandukan quran dan sunnah nabi sa.w. Nanti kita bincang tentang pendidikan awal kanak-kanak, pendidikan remaja ,awal dewasa dan menuju gerbang rumahtangga.

Kita semua bertanggung jawab untuk menjadikan generasi kita berilmu, berimformasi, berbudi dan berbakti.Kitalah Dae', kitalah pendakwah dan pembentuk budaya manusia.

muhasabah

salam perjuangan .

Hari ini aku tak ada kuliah.Tentunya ada masa untuk aku bermuhasabah segala aktiviti yang telah aku lakukan sebelum ini.Baik kuliah, majlis-majlis ilmu , majlis-majlis yasin, mesyuarat dan kerja kerja kebajikan dan kemasyarakat.

Kuliah:

Cuti-cuti sekolah begini biasanya tiada kuliah. Tetapi ramai kawan-kawan yang bekerja dan tidak berkesempatan mendengar kuliah sebelum ini , teringin juga mengisi masanya dengan sempurna.Ramai mana aku tidak pasti . Aku berkeyakinan mereka akan mengambil kesempatan ini.
Setiap hari kecuali Jumaat dan Sabtu , kuliah ini berkaitan dengan aqidah , ibadah dan akhlaq. Rujukan dari quran dan hadith.

Majlis yasin:

Atas pemintaan sahabat sahabat, majlis ini diadakan tidak mengira waktu. Terkadang setiap hari jumaat, adakalanya sebelum kuliah dan selepas kuliah. Sekurang kurangnya masyarakat di sini tahu cara mudah untuk mendapat pertolongan Allah iaitu memberi makan (sedeqah) , bersilaturrahim dan doa mendoakan antara satu sama lain. Majlis yasin ini meliputi apa yang disebut tadi. Bukan suka suka nak baca tetapi cara untuk mencari keberkatan dan keampunan dari Allah. Kita buat begini kerana rata rata tidak tahu kepada siapa nak diajukan pertolongan, ke mana hendak ditaburkan sedekah dan membayar kafarah atau fidyah .Lebih malang lagi cara hidup 'engkau--engkau , aku--aku ) membarah dan penyakit ini perlu dikikis dari sanubari ahli masyarakat. Dengan adanya majlis seperti ini silaturrahim dapat diperbaiki.

Banyak kaedah dibuat semasa majlis ini dijalankan. Yang menjadi masalah, tidak ramai ustazah yang hendak melibatkan diri secara aktif. Permulaan dengan Istigfar , 3 kali atau 11 kali . Membaca Fatihah dan ayat Qudsi kemudian surah Yasin . Bila membaca ayat ayat Allah , hati hendaklah kusyu' dan sambil berdoa secara sunyi (bil Qalbi) . kemudian baca surah surah pendek dan disudahi dengan doa. Ruang waktu yang ada boleh diisi dengan tazkirah atau kupasan ayat ayat Quran dan tidak semestinya ayat dari surah Yasin. Ini pun perlu diambil cakna oleh ketua masyarakat. Bukan senang hendak berubah dari kejahilan kepada keilmuan. Ilmu dapat menjadikan satu satu kaum itu mulia.

Mesyuarat.

Semua kerja-kerja yang melibatkan orang ramai perlu kepada perbincangan ,pertukaran pendapat ,kesefahaman dan kesepakatan tindakan. Biasa mesyuarat itu gelanggang yang paling baik. Ketua atau setiausaha akan memanggil sesiapa yang layak duduk dalam majlis mesyuarat. Tujuan mesyuarat mestilah diketahui oleh kedua belah pihak samada yang memanggil atau yang dipanggil. Garis panduan, agenda dan keputusan mesyuarat mesti terancang masa dan tersusun atur dengan baik .Kesilapan yang banyak berlaku dalam satu satu mesyuarat yang aku terlibat sertainya.
1.Panggilan mesyuarat pada saat akhir.
2.Agenda mesyuarat tidak ada.
3.Pengendalian mesyuarat tidak cekap'.
4.Pembahagian masa tiada dan berlaku pembaziran masa.
5.Panel mesyuarat tidak ditetapkan lebih dahulu.
6.Keputusan sesuatu perbincangan sukar diperolehi.
7.Ahli mesyuarat tidak bersungguh melibatkan diri didalam perbincangan.

Melihat kepada faktur di atas , kadang kadang aku serik untuk bermesyuarat. Kini aku cuba usulkan supaya berlaku sedikit perubahan pengendalian mesyuarat. Apa yang aku utarakan ini tidak melibatkan badan-badan berkanun, berorganisasi besar-besar tetapi yang berlaku di peringkat bawah atau masyarakat kerdil, kampung-kampung dan organisasi kecil . Jadikan mesyuarat itu satu medan yang dapat merubah kepincangan ,kemunduran dan kebejatan yang berlaku di sekitar perkampungan kita.

Kerja kebajikan.

Apabila aku pulang dari mana-mana kuliah ,untuk menyediakan mekan tengahari bagi keluarga mudah sangat.Tidak sempat masak boleh beli lauk dari mana mana restoran di pekan berhampiran.Aku sering dikunjungi peminta peminta sedekah.Waktu antara 12 hingga 2 petang lazimnya akan terdengarlah orang memberi salam.Seminggu tu ada dua tiga kali si fakir datang .Ada datang seorang diri dan ada berdua, ada yang bewa anak sorang dan ada yang bawa keluarga yang cacat. Huh...Rasa macam rumah aku ni rumah kebajikan masyarakat.buat apa ramai sangat peminta sedekah. kan Terengganu ni kaya raya.Boleh buat stadium merekah, boleh buat stadium roboh ,boleh buat msajid berjemaah disebuah pulau, boleh buat taman taman perumahan dalam air. Pendek kata fantasi jadi realiti tu ada di sana sini.Ngapa ramai lagi yang mengemis di mukapintu rumahku.

Tangan yang memberi lebih baik dari yang mererima. Bila datang orang yang meminta minta ,kabulkan permintaannya nescaya Allah mengkabulkan pertolongan di akhirat nanti.Itu aku faham dan aku buat .Tetapi kalau selamanya macam ini, tidak baik untuk orang yang suka meminta minta.Dharurat aku boleh terima. Adakah mereka tahu akibat amalan ini diakhirat nanti? Tak tahu tak apa.Di mana tanggung jawab pemerintah ? Di mana tanggungjawab amil amil qaryah ? Jangan bebankan tanggungjawab ini kepada masyarakat semata-mata.

Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima.Aktiviti yang dijalankan oleh perkumpulan kami ialah memberi sumbangan makanan dan bantuan kewangan kepada fakir miskin di kampung kami. Dana dari kawan kawan dikumpulkan. Kita beli barang keperluan seperti beras, gula ,minyak dan lain lain. Hamper bantuan itu kita serahkan dari tangan ke tangan. Berbicara penyedap hati dan memberi seikhlas budi.Aku seronok dan kawan kawan pun seronok berbuat kerja kebajikan ini.Cuma kita tidak ada duit berjuta-juta.Andainya aku dimurahkan rezeki mahu aku kutip anak anak yang tidak mampu belajar kerana miskin dan hantar ke pusat pengajian yang dapat menjadikan mereka berilmu ,beriman dan bertaqwa.

Doa

Salam untuk semua.

Mengapa heboh tentang 'doa' ?
Allah yang menciptakan manusia .Allah tempat manusia meminta pertolongan .Allah tempat manusia bergantung harapan.

'Katakan lah aku (Allah) dekat'.Mohonlah kepada Ku .Pasti Ku perkenankan doa-doa kamu".Allah sudah beri cara untuk menyelesaikan masaalah yang berlaku di kalangan manusia. Manusia ada yang berhati lembut, ada yang hatinya keras jahat dan apabila kekerasan hati tidak dapat dilembutkan dengan kata nasihat maka wajarlah digunakan kaedah doa. Allahlah yang menguasai hati hati manusia .Dialah yang membolak balikan hati manusia. Bila permohonan itu dibuat oleh hambanya yang terpilih atau hamba yang teraniaya , mustajab doanya dan makbul

Perhatikan sunnah Nabi s.a.w .Setiap pekerjaan diawali dengan doa dan diakhiri dengan syukur.Bila hendak tidur ,ada doa tidur dan bila bangun tidur ada ucapan syukur .Bila makan dimulai dengan doa dan kenyang diucap dengan syukur.Bila memulakan musafir didoakan supaya selamat sampai ke destinasi. Naik kenderaan apa pun ada doanya.Orang baru kahwin ,ramai yang mendoakan agar jodoh kekal sampai beranak cucu.Dapat zuriat, minta doa dari orang alim supaya dapat anak soleh. Apalagi , pendek cerita manusia yang beriman dengan Allah akan berharap kepada pertolonganNya .Mereka berdoa perlindungan juga dengan Allah.

Islam maknanya tunduk patuh juga makna selamat . Banyak lagi makna kalau kita buka buku karangan Abdul Karim Zaidan. Seseorang muslim pastinya membuat sesuatu kerja yang akan mendapat redha Allah.Syarat redha itu ialah amalan yang tergolong dalam senarai ibadah.Apa ibadah itu ?
1.Amalan yang disyariatkan
2.Amalan yang tidak mengandungi maksiat atau dosa.
3.Amalan yang memberi manfaat kepada makhluk.

Islam itu adalah cara hidup yang sempurna dan sederhana. Jadi ,tidak diragukan lagi bagi setiap aktiviti hidup ada adapnya dan yang terbaik ialah mengikut cara yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Bukalah buku mengenai adab adab Rasulullah, kita akan temui banyak doa yang dilafazkan baginda. Maknanya hubungan manusia dan Allah rapat sangat. Terutama sekali kalau kita selidiki ibadah solat, dengan siapa kita bercakap dalam solat kalau tidak dengan Allah. Oleh itu hendaklah manusia meyakini bahawa mereka disepanjang waktu di dalam perhatian Allah dan semuanya dirakam dengan teliti.Mustahil Allah membiarkan makhluk Nya tanpa jagaan.

Allah amat kasih kepada hambaNya yang berdoa dan meminta kepadaNya. Allah amat benci orang yang menyombongkan diri. Siapakah yang sombong ? Orang yang berbuat sesuka hati dan tidak meminta dari Allah. Mereka itu jauh dari rahmat dan pertolongan Allah.

Jadikanlah diri kita sentiasa berharap ,berdoa dan meminta kepada Tuhan yang satu ,yang tidak beranak dan tidak diperanakan dan tuhan tempat meminta pertolongan.

Demi Masa

Salam bahagia.



Demi masa ,sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian . Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran."



Ramai orang tahu ayat ini. Biasa dibacakan bila menutup satu satu majlis ilmu. Apakah semua faham kehendak ayat ini ? Mari kita selidik dalam diri. Masa atau saah. Orang Melayu kata saat. Satu hari ada 24 jam, satu jam ada 60 minit, satu minit ada 60 saat. Itu pun ramai yang tahu. Yang nak difikirkan sekarang , saat yng bergerak tak dapat dikembalikan lagi. Mula dari hari petama kelahiran, saat bergerak terus hingga ia mencapai umur setahun, dua tahun, kemudian mencapai saat baligh. Waktu itu setiap amalan baik dan buruknya tercatat dalam catatan yang nyata. Siapa yang mencatit itu ? Malaikat yang setia dengan tugasnya.


Masa itu Allah yang ciptakan. Ada orang memiliki masa hidup yang pendek. Mati awal baligh atau mati diusia remaja. Ada yang Allah beri tempoh hidup hingga dapat mengecapi hidup berumahtangga dan berketurunan. Ada orang yang lanjut usianya sampai ratusan tahun. Itu adalah kehendak Allah, Dia yang memberi hidup siapa yang dikehendakiNya. Kemudian semua yang diciptakan itu ada tempoh yang ditentukan dan akhir dengan ajal. Tiada yang dapat menghalang pekerjaan Allah Taala. Cuma manusia diberi aqal untuk berfikir,nafsu baik dan buruk dan kemahuan untuk ikhtiarkan sesuatu .

Bila Allah memberi masa kepada manusia, apa yang patut dilakukannya ? Kalau masih tidak percayakan adanya Tuhan yang Esa ,rugilah manusia itu. Apakah dia tak memikirkan kejadiannya ? Siapa yang memberikan kelengkapan makan, minum, pakai dan kenikmatan ? Bukankah Allah ? Siapakah yang memberikan indah lengkap tubuh badan dan sihat tubuh badan ? Bukankah Allah ? Kalau anda meyakini semua ini adalah dari Allah maka anda sudah beruntung . Ini dinamakan orang yang beriman

Bila kesempatan mencari ilmu itu ada dan dipergunakan untuk menuntut ilmu yang wajib dituntut, maka orang itu beruntung. Ilmu apakah itu ? Orang kata ilmu Fardu 'ain. Masyarakat Melayu faham Fardu 'ain itu cuma berkisar soal solat (sembahyang) , puasa, zakat dan haji walhal kitab Quran itu mengandungi berbagai ilmu yang patut dituntut. Islam itu sempurna dan datang dari tuhan yang menciptakan manusia. Tentunya apa yang terkandung dalam Quran itu amat berguna untuk manusia amalkan. Ulama' membahgikan ilmu kepada beberapa bahagian. Yang paling utama mengenal Allah dan tuntutan beribadah kepadaNya. Dengan ilmu yang benar itulah manusia beramal. Beruntunglah mereka kerana tergolong dalam golongan orang yang beramal. Amal apa ? Soleh atau baik dan diterima oleh Allah. Amal amal itu pula ada waktu waktunya.

Waktu pagi bermula dari terbit fajar, ada amalan wajib bagi manusia lakukan dan dalam masa sesingkat itupun Allah bahagikan masa afdhal (pahalanya lebih ), sunat , makruh dan haram.Orang yang berusaha mengejar waktu afdhal dan mengisi dengan amalan amalan wajib dan sunat itulah orang yang beruntung. Solat subuh wajib atas hambaNya, tetapi orang yang berilmu dan ingin mencari redha dan kasih sayang Allah akan mengisi waktu subuh itu dengan solat sunat subuh dua rakaat atau empat rakaat. Selepas solat subuh, mereka membaca wirid-wirid ma'thurat yang diamalkan Rasulullah s.a.w. Berapa banyak pahala yang mereka perolehi dalam tempoh masa tak sampai sejam. Selain pahala, mereka memperolehi jaminan keselamatan dari Allah untuk hari itu dan dibuka pintu rahmat seluas-luasnya. Tidakkah itu dinamakan keuntungan yang besar ?

Apabila terbit matahari, manusia berkejaran ke sana ke mari mencari kurniaan Allah. Yang masuk pejabat kena tepat pada masanya dan ada perakam waktu. Yang ke sawah bendang pun ada masanya. Ada orang yang bekerja dibayar imbuhan atau gaji mengikut tempoh masa kerja.Ada orang yang bekerja lebih masa untuk mencari laba yang banyak. Semua itu bergantung kepada kesempatan masa yang ada padanya. Kalau ditakdirkan sakit atau sesuatu musibah , masa akan terisi dengan keluhan dan kesusahan. Mereka mengeluh kerana kerugian , gaji terpotong atau tiada rezki yang masuk atau bertambah. Itu yang nampak di mata dan dapat dirasa kerana masa berlalu sia sia. Apakah nilai masa di sisi manusia yang soleh.?

Masa itu makhluk yang baharu, silih berganti mengikut putaran matahari dan bulan. Waktu Dhuha hingga gelincirnya matahari adalah waktu disuruh berusaha mencari rezki yang halal lagi baik. Membelanjakan pula kepada yang wajib dinafkahkan seperti isteri, anak-anak ,kedua ibubapa dan kerabat yang hampir. Lebihan dari rezki dibelanjakan pula untuk orang yang berkeperluan seperti fakirmiskin ,anak yatim dan orang yang kesusahan. Lebihan dari itu dimasukkan ke dalam baitulmal untuk maslahat pembangunan ummah. Mana lebih baik, tangan yang memberi atau tangan yang menerima ? Kalau manusia ingin mencari harta yang banyak silakan .Beruntunglah orang yang ada harta banyak kemudian membelanjakannya pada jalan jalan yang Allah arahkan dalam Quran.

Jangan biarkan masa yang ada pada kita berlalu percuma .Raihlah keuntungan yang disediakan oleh Allah. Waktu zuhur, waktu yang amat meletihkan tetapi di situ ada kewajiban yang patut dilaksanakan kepada Khaliq. Kemudian dituruti dengan amalan amalan sunat. Atau mungkin kefardhuan yang lain seperti menuntut ilmu dan keharusan yang lain seperti memenuhi keperluan manusia. Sehingga menjelang waktu asar, biasa digunakan untuk bermain dan riadhah. Sekiranya masa itu digunakan sebaik mungkin ,tidak dicampuradukkan permainan yang mengandungi maksiat (mendedahkan aurat dan, bercampur lelaki dan perempuan ) maka beruntunglah orang itu kerana menyediakan tubuh badan yang sihat dan minda yang cergas. Itu antara tuntutan di dalam Islam.

Matahari melabuhkan tirai cahaya, panggilan azan dilaungkan sana dan sini. Apa lagi yang dicari oleh manusia ? Mungkin siang tidak sempat mencari rezki, maka dilanjutkan masa kerja hingga ke pagi.Kalau makhluk yang berjenama tikus ,lipas, musang dan lainnya tidak menjadi salah baginya kerana Allah menjadikannya mencari rezki di malam hari. Bagi sesetengah ulama' memakruhkan mencari rezki di malam hari. Waktu malam Allah sediakan untuk berehat .Waktu malam Allah sediakan untuk manusia beramal mendekatkan diri dengan penciptanya. Waktu malam inilah Allah membuka pintu langit dan mendengar rayuan hamba-hambaNya. Sehinggakan bila tiba bulan Ramadhan ,tidak sedikit hamba yang ikhlas menyediakan diri untuk terus berdiri,ruku' dan sujud sambil merintih dan menangis memohon ampun. Tidak sedikit juga hamba Allah yang bangun sepertiga malam untuk mencari keberkatan dan rahmat dari Allah. Tidak keterlaluan juga ramai yang menghabiskan malam dengan mengerjakan maksiat. Ramai juga yang tidak berbuat apa-apa , masa diisi dengan tidur yang panjang. Anda tentu dapat menilai mana manusia yang untung, mana manusia yang rugi dan mana manusia yang tak untung dan tak rugi.


Fahamilah Islam itu sungguh sungguh .Masa yang ada pada kita terbatas. Gunakanlah masa untuk bekalan bagi permusafiran kita yang panjang. Kita akan melewati alam barzakh, tempat yang gelap, sunyi sepi dan penuh dengan fitnah. Bekalan untuk duduk di situ mesti disediakan di dunia lagi. Kalau kita mengkaji kitab Allah, amalan yang afdhal untuk selamat di alam barzakh ialah solat, puasa, sedekah dan silaturrahim. Sempitkah ? Besarkah ? kediaman dialam barzakh kita yang cari atau sediakan sendiri. Terangkah? gelapkah ? kediaman kita nanti ,kita lah yang menyalurkan cahaya dahulu dari dunia.

Kemudian kita dibangkitkan di alam hakiki iaitu Akhirat. Negeri abadi dan semua manusia akan balik ke sana. Di sana ada kediaman indah dan mewah.Dengan apa kita dapat menempahnya. Berapa harga cagaran ? Berapa pula harga tunai ? Semua harta ,semua benda yang ada diakhirat boleh dimiliki tetapi bayarannya tunai masa di dunia lagi. Hendak bayar di akhirat ? Tidak diterima oleh Allah segala jual beli atau tebusan. Orang yang tidak menyediakan pahala untuk ditunaikan di akhirat itulah golongan yang rugi. Rebutlah syurga Allah dan padamkanlah api yang tersedia untuk kita walaupun dengan sedekah setengah biji kurma atau dengan kata-kata yang baik sesama manusia.

Mudah mudahan kita termasuk ke dalam golongan orang yang menghargai masa .
Salam sejahtera.

Pagi masih awal. Aku bersegera sediakan sarapan pagi. Ringkas saja air coffe tongkat ali untuk dua orang, telur rebus separuh masak, karipap segera digoreng dan nasi goreng kampung. Nanti ada urusan yang lebih penting dari makan minum. Sambil sambil menunggu sesaorang, ku buka tv usang. Seorang motivator bercakap, tertarik aku dengan hujjahnya. Beliau baru kenal Islam secara syumul. Nama emak ayah berikan memang cantik 'kamil' maksudnya sempurna. Tetapi apa yang diceritakan ,walaupun sudah ada 'prof'' beliau tidak kenal al quran ,tidak tahu mengaji. Allah memilihnya untuk diberi hidayah dan jalannya amat mudah.Dengan doa yang bersungguh-sungguh dan usaha yang berterusan akhirnya dia berjaya juga memahirkan pembacaan quran dan mengetahui terjemahannya. Syarahnya panjang lagi, aku dapat mengingat tujuan hujahnya.

Saidina Ali membahagikan manusia yang beramal baik kepada tiga golongan;
1.Beramal kerana ingin mendapatkan pahala yang dijanjikan oleh Allah.
2.Beramal kerana 'takut' kepada Allah.
3.Beramal kerana bersyukur kepada Allah.

Ya, benar. Ramai orang beramal kerana ingin mendapat pahala. Bulan Ramadan ,kita lihat pada malam pertama ,ramai jemaah memenuhi ruang masjid atau surau. Keadaan ini akan berterusan hingga 2 minggu. Tekun solat dan penuh kuota. Lepas solat wajib ,tambah dengan solat sunat kemudian tadarus lagi.Kadang kadang berbangga dengan kawan-kawan kerana dapat beramal banyak.

Golongan yang 'takut ' kepada Allah ini beramal tak banyak dan tak kelam kabut macam golonagan pertama. Mereka beramal dengan ilmu ,yaqin dan ikhlas. Hati mereka amat berharap agar Allah menerima amalan solehnya dan memasukkan mereka ke dalam golongan assolehin.
Golongan yang beramal banyak dan istiqamah ,mereka mengharap redha Allah , mereka mengharapkan keampunan dan kasih sayang allah .Inilah golongan yang benar mengikut jejak rasulullah s.a.w . Apabila baginda ditanya oleh Aisyah R.A ,mengapa baginda tetap beramal walaupun sampai bengkak-bengkak kaki, lalu dikatakan kepada Aisyah ,;moga aku termasuk dalam golongan yang bersyukur".

Beramal dalam Islam memang dituntut. Di dunia inilah pentas untuk mengukir baik atau buruk kehidupan yang akan diterima di akhirat nanti. Kesempatan yang ada dengan kemudahan dan nikmat yang berbagai-bagai mestilah digunakan sebaik mungkin untuk mendapat keuntungan dan keberuntungan redha Allah.Apakah amalan yang baik itu ?

1.Peliharalah hubungan baik dengan Allah.
Perkara yang wajib dilaksanakan pada waktunya seperti solat,puasa, zakat dan haji. Bertambah kasih lagi bila hambaNya menghapirkan diri dengan amalan amalan sunat yang juga ada waktunya.

2.Menjaga hubungan dan keharmonian antara manusia.
Panduan hidup bermasyarakat ada dalam quran. Buka, baca dan fahamilah kehendak Allah. Segala aturan bermasyarakat seperti menjaga kehormatan , keperluan ,keselamatan dan kesejahteraan antara tuntutan bagi umat islam. Hukum haram menceroboh hak-hak orang lain seperti mencuri ,mencabul ,mengadu domba, berkelahi dan berbunuh-bunuhan.

Kemudian aku terpesona lagi dengan hujjah beliau. Kalau ingin berubah, mesti terima teguran dari orang lain dengan dada terbuka .Kita sering melakukan kesilapan .Yang haram mungkin tidak tetapi terdorong tanpa sedar melakukan perkara yang makruh acap berlaku Perkara ini , bagi sesetengah orang ,tidak dapat diterima lebih lebih lagi jika individu ini orang terpandang dalam manyarakat, seperti menguap tanpa tutup mulut dan berbunyi dan makan minum dengan tangan kiri.Seorang yang menjadi model tentu mendapat perhatian lebih.Hatta kalau cacat sikit akan mengurangkan mutu kehormatan orang kepadanya.

Aku terpaksa dalam rela untuk bertugas .Jadikanlah tulisanku ini kebaikan untuk semua Salam..

Syukur diatas nikmatnya




Antara sedar dan tersedar aku rasa aku sudah Islam dari lahir.


Diajar mengaji Quran oleh guru ,ramai juga guruku, yang lelaki mengajar tajwid tapi rotan senantiasa ada di tangan.Guru perempuan lain pula,suruh baca sebacanya ,entah betul entah tidak. Sampai sekolah menengah aku bertukar guru lagi .Maklumlah duduk di asrama ,mana yang suka berguru maka bergurulah ia. Tetapi yang ramai itu ,walau pun ada guru tetapi tak mahu mengaji.Tidak ada orang yang hendak menyuruh dan memarahi mereka, Sayang ,sayang. Waktu berlalu begitu sahaja.




Bilakah aku sungguh sungguh tersedar yang aku ini islam ?




Takdir Allah aku di terima belajar di IPTA .Hari pertama pendaftaran sudah ada kakak senior yang 'cakna' dengan aku. Pelajar baru dikumpulkan dalam satu kumpulan 'keluarga' yang tediri dari berbagai latar belakang dan negeri. Satu kumpulan satu ketua meliputi 6 atau 7 orang 'junior'. Mereka akan ber 'kumpul' seminggu atau 2 minggu sekali. Aku berketuakan seorang kakak dari negeri Sabah. Perjumpaan pertama kami berkenalan ,kenal sekenalnya .Bukan kenal sekadar rupa dan nama tetapi situasi keluarga, kegemaran ,kelemahan dan kelebihan ahli kumpulan. Dengan itu hubungan persahabatan bertambah erat.


Kuliah kuliah ilmu kami berkisar ilmu Matematik,Sains, Biologi, Kimia,Bahasa dan Falsafah.Mana mana pelajar yang berminat,boleh mengambil kertas Tamaddun Islam sebagai tambahan kredit .Pelajar pelajar selain sibuk dengan kuliah, mereka juga mesti berpersatuan samada peringkat fakulti atau kampus.Aku terlibat dengan semua aktiviti persatuan. Seminar, ceramah ilmiah, pembentangan kertas kerja,diskusi dan sebagainya yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar.Inilah peluang untuk mendapat maklumat yang sebanyak banyaknya.


Selain persatuan fakulti,ada juga persatuan agama. Pelajar Islam rata rata mendaftar sebagai ahli Persatuan Pelajar Islam.Aktivitinya merangkumi ceramah, kursus kursus kefahaman Islam dan latihan intensif pada hujung minggu dan cuti semester. Banyak juga kursus yang aku ikuti,malah setiap kali cuti semester aku akan berkursus dahulu sebelum pulang ke rumah.Di sini lah aku dapat memahami Islam yang sebenarnya. Apakah amalan yang melayakkan sesaorang itu digelar sebagai Islam ?

Masyarakat Melayu Islam yang berpegang dengan ajaran sebenar Islam dapat dikenal kerana ketekunan mereka mengamalkan Islam. Ada keluarga yang cukup berdisiplin, anak anak mereka menunaikan solat, berbakti kepada keluarga dan masyarakat, berakhlak dengan al quran dan amat menjaga kesucian dan kesyumulan Islam. Namun bila aku berkesempatan melawat mana mana perkampungan Melayu baik di Pahang,Selangor,Kedah dan lain lain daerah orang orang Melayu, aku melihat yang memakmurkan masjd dan surau adalah golongan tua yang dikatakan 'kubur kata mari, rumah kata pergi' .Orang-orang dewasa, orang-orang muda dan kanak yang mencecah baligh tidak ramai yang memahami kewajiban untuk mempertahankan Islam. Siapa sebenarnya yang bertanggungjawab menyedarkan masyarakat Melayu supaya kembali mengamalkan Islam?

Ustaz-ustaz atau ulama'-ulama' ? Dimana mereka dikala masyarakat memerlukan bimbingan dan tunjukajar mereka ? Ayuh orang orang yang berilmu ,buanglah segala kejengkelan ,buanglah segala keegoan dan padamkan segala kepentingan.Selamatkan masyarakat Melayu dari terus bergelumang dengan kejahilan dan kemunafiqan.

Islam, yang aku cari sudah kutemui. Syukur kerana Allah memilih aku untuk mengecapi iman dan taqwa. Iman tak boleh diwarisi. Iman tak boleh dijualbeli. Iman ,bila Allah sudah titipkan dalam hati ,peliharalah,jagalah dan pertingkatkanlah. Jangan biarkan iman itu pudar dan padam. Itulah pesan-pesan yang aku terima dari mereka yang berilmu.Aku cuba untuk menggilap imanku agar bersinar , bercahaya dan berjaya.Panduan-panduan dari quran dan hadith ku timba dari telaga Ilmu.
1.Belajar mengenal Allah dan melaksanakan kewajiban kepadaNya.
2.Mengkaji sirah Nabawiyah dan melaksanakan tuntutan Sunnah.
3.Bersama-sama masyarakat untuk memperteguhkan amalan-amalan Islam.
4.Memperbaiki bersama kesilapan amalan terdahulu.
5.Menyemarakkan amalan Islam yang Syumul.

Indahnya Islam ,bila kita beramal dengannya. Hati dapat meraih ketenangan dan kebahagian. Sempurnanya amalannya, kerana itu adalah ajaran dari Tuhan yang menciptakan. Tiada Tuhan yang wajib disembah melainkan Allah. Allahlah tempat manusia memohon segala keperluan.

Rahsia sihat

Salam buat semua.

Hari hujan sepanjang hari,bagi aku cuaca tidak menghalang dari melaksanakan kewajiban seharian.Tak kira urusan anak atau keluarga atau tetangga atau masyarakat.Hal peribadi kadang kadang dinombor akhir.Walaupun begitu terkadang penyakit aku kembali,aku upayakan juga untuk memenuhi segala urusan.Rakan taulan mungkin menyangka aku sihat afiat.Walhal aku ada satu penyakit yang tersembunyi.20 tahun lalu aku terlibat dengan satu kemalangan dihadapan hospital Sg.Petani Kedah.Ketika itu aku menghantar seorang adik yang sakit barah hati ke hospital.Apabila masuk kelaluan hospital, sebuah kereta dari arah Alur Setar menghentam kereta kami menyebabkan kereta berpusing 360 darjah.Apa lagi kami yang berada di dalam kereta mengalami kecederaan disebabkan hentaman pusingan itu.

Aku mengalami sakit kepala dan leher yang amat teruk.Tak boleh berdiri dan mengalami 'pening' ,rasa pada pandangan bahawa dunia ini berpusing ligat. Ustaz tempat aku mengajar membawa akau berjumpa bidan.Alhamdulillah ,berkat usaha dan berubat aku sembuh seperti sediakala.Tahun 2000 ,tak sangka berlaku kembali.Aku solat subuh bersama suami, tak semena mena tubuhku melayang jatuh.Nasib baik tidak terus bertemu lantai. Aku ingat dan berharap untuk terus solat dalam keadaan berbaring.Selepas peristiwa itu keadaan kepala selalu 'pusing' terutama kalau aku terlalu banyak buat kerja.

Memang aku sihat.Tiada kencing manis, darah tinggi, jantung dan buah pinggang. Demam pun payah hinggap. Ada petua yang aku amalkan , itupun ustaz yang sarankan iaitu amalan yang nabi sukai umatnya buat. Apa dia amalan yang mujarab itu ? Solat sunat subuh yang berkekalan. Rakaat pertama selepas fatihah kita baca al insyirah dan rakaat kedua selepas fatihah kita baca al Fill. Selain dari itu, amalan ini boleh menjadikan seseorang itu mempunyai ingatan yang kuat. Benar sekali, aku memang ' ulat buku' dari dulu. Ada perbezaan antara dulu dan sekarang .Dulu, aku membaca kemudian mengulang kembali bacaan untuk kuatkan ingatan, tetapi sekarang sekali baca sudah melekat dalam otak fikiran .

Nenek , biasa ku lihat bersenam selepas bangkit dari tidur . Dia kelihatan sihat sehingga akhir hayat. Aku cuba untuk mengikuti jejak itu. Selain solat , aku cuba praktiskan senaman yang biasa nenekku buat ketika hidupnya. Mudah mudahan jasmaniku dan rohaniku sihat untuk melaksanakan kewajiban yang belum selesai .

Saranan lain,yang mungkin kita anggap asing dan sukar untuk dilaksanakan. Iaitu amalan Nabi, sahabat dan orang orang yang taqwa. Bangunlah di 2/3 malam . Beramal dengan amalan soleh pada malam hari dan memperbanyakkan ruku' dan sujud memberikan tubuh badan yang sihat dan kuat. Kita pohonlah kekuatan dari Allah untuk mendapat kesempatan sihat dan beramal semasa sihat kerana pahala ketika sihat lebih besar dari beramal ketika sakit.
Assalamualaikum pembuka mesra untuk semua.
Suatu hari yang sungguh bermakna dalam hidupku.Pagi yang melewati waktu dhuha,aku seperti biasa akan bersiap siap untuk kelas fardu 'ain di taman berhampiran.Seperti yang dirancang,kelas dimulai dengan bacaan al fatihah dan bacaan dari surah Taubat.Yang membacanya orang aku sayang.Ayat yang menerangkan tentang larangan atas Rasul dan orang yang beriman mendirikan solat di masjid Dhirar.Kalau yang baru pertama kali mendengar tentu merasa pelik,ada juga masjid yang dibakar atau diroboh di zaman Rasulullah.Masjid dhirar atau masjid bahaya,asalnya Nabi tidak mengetahui ada dan dibina untuk tujuan apa. Orang yang mengusahakan pembinaanya ialah seorang yahudi.Diarah bina oleh kerajaan Rom sebagai tempat pengintipan dan perancangan serangan atas kota Madinah.

Rasulullah dijemput untuk solat di masjid itu sebagai tanda perasmian.Tetapi tertangguh kerana baginda akan berangkat ke Tabuk.Selepas pulang,sebelum sempat masjid itu dirasmikan maka turunlah ayat yang melarang Rasulullah solat di situ.Rasulullah mengarahkan roboh.Sahabat terus mematuhi perintah itu .Mungkin orang tidak tahu sebabnya.Masjid itu dibina bukan atas arahan nabi dan tempatnya berhampiran dengan masjid Quba.Satu qaryah satu masjid atau satu bandar satu masjid.

Belum sempat habis huraian masjid dhirar ,datang sesaorang mengetuk pintu. Pandangan kawan kawan terpaku ke arah lelaki sasa. 'Maaf puan , saya minta tengokkan anak saya, sejuk siap tubuhnya'. Aku menoleh kepada rakan rakan lain, seolah olah memohon fikiran. 'Bagaimana kalau kita berhenti dulu ' saran seorang kawan. Pantas sekali masa berjalan. Kami sepakat menangguhkan majlis dan beredar ke rumah lelaki sasa tadi.

Sekujur tubuh terbaring di atas toto yang usang. Badannya terbalut kain selimut yang lusuh. Apabila kami bersimpuh di sisi tubuh itu,ibunya datang mengusap usap kepala anaknya. 'Tadi kak suapkan makanan, sesudah itu kak masuk dapur buat kerja, lama juga.Bila kak masuk sini, tengok senyap saja, kak rasa tubuhnya,sejuk sangat ,jadi tak sedap juga sebab dia biasa sawan dan tidak sedarkan diri', ujar ibunya dalam keadaan bersahaja. Aku pegang pergelangan tangan anak tadi, tak ada denyutan lagi. Aku buka kelopak matanya, tak bertindak balas pun. Kawan yang lain merasa kakinya ,memang sejuk.Memang perasaan kami yakin sangat ia sudah mati. Di luar sana kawan ku sibuk menalipon doktor.Tak cukup itu,salah seorang telah pergi ke klinik berhampiran untuk mendapatkan doktor.Maklum waktu begini doktor sibuk dengan tugas.Akhirnya kami meletakkan pengesahan mati itu pada doktor hospital dari bandar.

Sebenarnya kami ada program kedua di taman lain.Waktunya hampir tepat, dalam keadaan masih belum pasti itu aku memujuk ibunya bersabar.Rakan kelas dibahagi, satu kumpulan tinggal untuk membantu sahabat yang ditimpa musibah, satu kumpulan bersamaku pergi ke taman sebelah untuk memenuhi jemputan kesyukuran dan doa selamat.

Sekali lagi kami berkesempatan mendengar kupasan ayat ayat Allah dari surah Yasin. Sesaorang yang ditakdirkan panjang umur, dia akan kembali kepada kejadian mula mula dulu iaitu tak tahu apa atau 'pikun' .Biasanya yang hadir majlis begini ,ibu ibu berumur 40 -60 tahun.Orang muda kurang minat.Orang tua ada seorang dua. Ingatan ini untuk orang yang belum nyanyuk.Apa amalan untuk menghindari nyanyuk.
1.Amalkan doa 'Ya Allah, aku berlindung dengan Mu dari panjang usia dan nyanyuk'.
2.Amalkan membaca Quran dengan melihat mushafnya.
3 Amalkan zikir zikir ma'thur .
4.Berbuatlah kebajikan kebajikan.

Ringkas dan padat keterangan dan nasihat yang diutarakan oleh pengerusi majlis selaku ketua muslimat yang baru 3 bulan pegang jawatan.Yang penting bagi aku ,setiap masa yang dilalui ada ilmu diperolehi ,ada jariah yang dibuat dan ada kawan baru .Seronokkan kalau berada dalam satu jamaah yang mencintai Islam dan berusaha untuk membentuk masyarakat yang berilmu dan harmoni.

Tengahari, selesai semua perkara .Kawan kawan bergerak pulang .Ada yang menumpang kereta kawan dan ada yang pulang bersendirian. Kesempatan masa sebelum azan zohor,aku ke rumah kakak, yang aku sudah anggap saudara kerana ayah aku dan dia sama nama tapi lain rupa.Kami berpesta di bawah pokok rambutan, satu satunya pokok yang berbuah di taman itu. Buahnya manis mengkal yang tersimpan sejarah manis di waktu silam. Aku menumpang rasa dan menumpang cerita. Akrabnya kasih sayang pasangan ini, pokok yng kami petik buah itu ditanam waktu bulan purnama sebagai saksi.

Petang melabuhkan sinar, masih ada tugasku yng belum selesai. Satu mesyuarat mesti dihadiri. Jenazah pagi tadi juga mesti diziarahi. Allah memberiku banyak kelebihan,aku dapat melaksanakan kedua dua nya dengan baik.Alhamdulillah syukur aku kepada tuhan .Tubuh yang sihat, ilmu yang bermanfaat dan rezeki yang melimpah.

dan doa selamat.

impian ku

salam sejahtera untuk semua.

Hari jumaat yang lalu,aku hadir untuk sama sama memberi fikiran dalam satu perbincangan.Masa terhad untuk aku berbicara.Tetapi demi kebaikan semua ,aku cuba memadatkan maksud hati. Persoalan yang timbul, bagaimana hendak mengatasi masalah sosial dalam qariah kami .Aku sarankan begini;
1.Adakan satu sesi pertemuan dengan ibubapa anak yang terlibat dengan masalah.
2.Kenalpasti kedudukan mereka dan tahap pendidikan mereka.
3.Adakan sesi nasihat , tunjukajar dan cara menangani tingkahlaku sosial yang buruk.
4.Akhiri dengan kaedah solat hajat dan munajat.

Adakah mereka setuju dengan sarananku ? Kita bermasyarakat,pelbagai kedudukan dan tahap fahaman mereka.Ada yang sudah terasuh dengan Islam.Sesetengahnya Islam pada nama. Ramai juga yang menganggap ugama itu hak peribadi.Aku macamana ? bagaimana ? pakai apa ? buat apa ? Apa kau peduli.Sebenarnya sikap begini bukan sifat masyarakat yang baik. Sepatutnya ahli masyarakat merasa bertanggungjawab atas perlakuan ahli qariah masing-masing.Anak engkau macam anak aku ,kalau mereka tersalah laku,ada bapa bapa akan mencegah dari terus berlaku. Begitu juga ibu ibu ada peranan untuk memastikan anak kelahiran mereka berbudi , berbahasa dan berpekerti mulia.

Didikan moral ini memang bermula dalam rumahtangga. Si ayah ,berilah makan dengan makanan yang halal kepada keluarga.Si ibu ,asuhlah anak sedari menyusu dengan akhlak mulia.Ambillah cara didikan Rasulullah ,amalkan sunnah dan praktiskan secara berjemaah.Antaranya;

1.Ajarkan adab anak anak dengan Allah.
2.Tanamkan kasih anak anak kepada Rasulullah dengan mengikuti sunnah.
3.Semaikan rasa hormat,kasih dan sayang kepada orang tua.
4.Latihkan mereka berinteraksi terpuji dengan rakan sebaya.
5.Bimbinglah mereka untuk berbuat kebajikan sesama insan.
6.Setiap kesilapan tingkahlaku disusuli dengan pembaikian.

Mudah berbicara dari melaksana.Itu reaksi yang aku terima dari mereka.Tak semudah itu untuk melihat masyarakat berakhlak dan berkualiti.Tetapi kalau tidak digembeling segala usaha,kita pasti tak merasa hidup bahagia dan aman sentosa .
Anak anak penghibur hati. Walaupun sukar bagi wanita untuk menanggung segala penderitaan suatu kelahiran,masih ada suatu ni'mat yang akan dirasainya. Tidak perlu orang lain tahu. Allah mewajibkan anak-anak untuk mentaati kedua ibubapa.Iaitu bila mereka terhitung dalam saff beraqal.Sebelum dari itu kewajiban kedua orang tua atau wali atau pemelihara untuk memberi didikan (ilmu tauhid,ibadah dan akhlak).Kelalaian ini akan menyukarkan hidup kedua-dua pihak (ibubapa,penjaga dan anak-anak).Mengapa tidak ? Kata orang tua 'lenturkan buluh biar dari rebung'. Cantik buluh kerana lurusnya,cantik orang kerana budinya.

Kita mungkin tidak menoleh kebelakang. Apa sebab ada ahli masyarakat yang terlantar,tak orang yang menghiraukan ,cakna makan pakai,cakna tempat tinggal dan yang menyedihkan mereka ini terbiar bak kain buruk? Setiap suatu amalan ada yang Allah beri balasan atas dunia lagi.Diperlihatkan kepada manusia bekas-bekas amal mereka.Bapa yang tidak mendidik anak dengan agama ,akhlak yang baik dan asas kemahiran hidup akan merasa kecewa dihari tuanya bila melihat kekurangan dan kegagalan anaknya dalam hidup. Apa yang disarankan oleh Rasulullah ada benarnya. 'Anak itu ibarat kain putih,kedua ibubapanya yang bertanggungjawab untuk menjadikannya Yahudi,Nasrani atau Majusi'. Terbaik bagi ibubapa menyediakan suasana Islam dalam rumah tangga. Ibu melakukan sesuatu kerja dalam suasana ibadah (makan minum,pakaian,pergaulan,percakapan dan teguran). Bapa biarpun masanya banyak habis untuk mencari nafkah,dia masih ada ruang memberi didikan. Bila ? Pandailah menguruskan masa bersama dengan aktiviti -aktiviti tarbiyah. Mengajar membaca qur an, solat berjamaah, bercerita tentang sirah nabi dan sejarah dalam qur an. Anak lelaki diajar kemahiran laki-laki. Anak perempuan diajar kemahihan perempuan.Tidak membiarkan anak-anak membesar dipengaruhi oleh budaya hidup bebas.

Lagipun kita mempunyai sekolah ugama ,yang pengajiannya berbagai bagai. Ada tahfiz ,ada pondok moden dan sekolah ugama pelbagai aliran.Tak payah mana ,hantar sahaja mereka ke sana, yang perlu pengobanan dari ibubapa,biar putih tulang kerana mencari nafkah lebih jangan berputih mata di kemudian hari.

Demi Masa.

Hari yang kulalui,ku isi dengan aktiviti bermakna.Pagi pagi seusai solat suboh,lafaskan kalimah ma'surat ,antara wirid-wirit yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w dan baginda menyarankan umatnya menghampirkan diri dengan ilahi serta memohon pertolongan dariNya . Adalah lebih bermakna sekiranya wirid itu dilakukan berjamaah dengan ahli keluarga.

Khamis ,kalau tak keuzuran ,aku akan ke kelas fardu Ain.Biasanya perbincangan berdasarkan ayat-ayat Allah.Ramai juga kawan-kawan sebayaku hadir.Maklumlah umur lewat 40 -50 baru nak mencari ilmu Islam.Patutnya kami kenal Islam lebih awal dari anak-anak.Tapi yang berlaku kini,oleh kerana bapa-bapa kami mengabaikan tanggung-jawab mendidik dan mengajar kami dengn Islam,maka inilah yang kita lihat.Masyarakat yang kebanyakannya terdiri dari orang yang jahil agama dan anak-anak tidak dapat asuhan agama yang sempurna.

Topik dibincangkan menarik juga,walaupun bagi kaum wanita ia sesuatu yang patut dielak.Nak tahu taju apa? Poligami.Ayat Allah yang membolehkan lelaki kahwin lebih dari satu di awal surah An Nisa,menjelaskan betapa beratnya dosa yang ditanggung oleh lelaki atau wali andainya dia tidak menepati amanah Allah.Dari mendapat dosa disebabkan mengabaikan jagaan anak-anak yatim,memakan harta anak yatim,menggelapkan harta anak yatim dan menafikan kebebasan untuk anak yatim ,lebih baik lelaki mengahwini wanita lain samada 2,3,4 orang.Walaupun kita lihat kebolehan untuk berpoligami itu ada,masih ada beban tugas atas lelaki.Kalau mereka mampu memenuhi keperluan hidup seperti makan,minum ,tempat tinggal dan keperluan hidup lain,apakah mampu memenuhi hati dengan kasih sayang dan kedamaian?

Susah juga nak cari,pasangan yang serasa,serasi,bahagia dan abadi.Kalau kita tidak mengambil panduan dari Allah dan mengikut apa yang diamalkan oleh Nabi s.a.w agak sukar untuk memastikan rumah tangga yang terbina bahagia dan berjaya.Sebab itulah Nabi s.a.w memberi tips dalam pemilihan jodoh.Pilihlah agama yang baik walaupun cantik,harta dan bangsa diambil kira.Bila agama didahulukan,suasana aman damai redha meredhai akan terasa.Anak-anak akan hidup terbimbing dan terpelihara.

Tidak cukup dengan kemurahan harta,pasangan juga perlu menjaga hati dan perasaan pasangan masing-masing.Kita ingin isteri berbudi berbahasa.Isteri juga mahu perkara yang sama dari pasangannya.Islam memberi garis panduan bagaimana berbudi dan berbahasa dengan manusia.Isteri bukan tempat melepaskan geram dan suami bukan buruh paksaan.Pandai mengendalikan pasangan masing-masing ,bahagialah hidup mereka.

Panjang lagi huraiannya ,cukuplah dulu .Bila jam menghampiri 11 pagi,kegelisahan terlihat di sudut rasa.Kawan-kawan tak mahu tunggu lama.Ini masa bermain dengan periuk kuali.Lauk pauk perlu tersedia.Suami yang akan pulang tak tentu masa pasti kecewa bila pulang ,lauk tak berhidang.Cepat-cepat diakhirkan bicara,doa dibaca wajah kembali mesra.Pulanglah dengan ilmu,dengan iman nak disusul dengan amal.

Petang menyusul datang.Kalau tiada mesyuarat,aku penuhi masa dengan berehat.Seringkali petang yang hening aku menabur budi bada tanah.Hasil dituai tak habis dimakan aku sedekah jariah.Puas hati tenang sekali.Masa penuh terisi.

Syukur

Assalamu'alaikum.

Aku rasa syukur pada ilahi, dapat berada dibumi ,dapat menghirup udara secara percuma.Makan minum ditanggung oleh suami.Keperluan lain masyarakat yang usahakan.Ya,untungnya jadi wanita.Apapun ia istimewa dalam Islam.Waktu kecil,dibelai ibuayah,ketika dewasa disayangi suami dan bila tua,anak soleh yang membela.

Apa perlu aku lakukan sebelum ini?Keilmuan Islam dicari,amalan secara berterusan,sabar bila diuji kesukaran dan terus terusan mencari keredhaan tuhan.Apa yang ku dapati ?Takdir selari dengan doa,dapat jodoh sealiran faham.Bina keluarga atas ketaqwaan.Kerjajaya jadi taruhan untuk bina syurga idaman.Anak-anak lahir atas kurniaan,didikan diberi sebagai bekalan maka jadilah mereka anak-anak harapan .

Kini aku mampu senyum lebar.Melihat anak-anak menempa kejayaan demi kejayaan.Syukur aku berpanjangan.Moga kurniaan ini berkekalan hingga aku bertemu Tuhan.

Something 2 Share