Bacaan Surah Al Mulk oleh Sheikh Mishari Al Afasy

STOR KEBAHAGIAN RUMAHTANGGA TERHEBAT!
Persiapan menghadapi Gempa Bumi di Malaysia
Posted on Sunday, March 27 @ 21:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Analisis Isu Oleh: rozmal

"Rakyat Malaysia perlu lebih bersedia mulai sekarang kerana Malaysia dijangka tidak terlepas daripada mengalami kejadian gempa bumi pada masa akan datang demikian menurut Pakar Geologi, Prof. Madya Dr. Tajul Anuar Jamaluddin. Apakah persediaan tersebut, adakah membina bangunan dan rumah yang tahan gempa, menyiapkan beg kecemasan dan beg bekalan disetiap rumah, menyediakan amal ibadah yang secukupnya bagi menghadapi maut, gempa bumi atau kiamat kecil? Di hujung artikel ini diberikan sedikit panduan Persiapan menghadapi Gempa Bumi di Malaysia.

Beberapa kejadian gempa bumi pada skala Richter yang kecil sebelum ini yang dilaporkan di Malaysia pada pautan berikut waghih.blogspot.com

RAKYAT KENA SEDIA HADAPI GEMPA
Kosmo 28 Mac 2011

KUALA LUMPUR - Penduduk di negara ini perlu lebih bersedia kerana Malaysia dijangka tidak terlepas daripada mengalami kejadian gempa bumi pada masa akan datang.

Pakar Geologi, Prof. Madya Dr. Tajul Anuar Jamaluddin berkata, kemungkinan itu ekoran daripada retakan-retakan besar (sesar) yang terdapat di dalam kerak bumi.

Katanya, walaupun ketika ini retakan itu tidak aktif tetapi gerakan pada kerak bumi yang didorong oleh gempa di sekeliling Semenanjung Malaysia boleh mengundang bencana tersebut.

"Kekerapan berlakunya gempa bumi di sekeliling Malaysia, contohnya di Indonesia, Myanmar dan Jepun akan mendorong patahan pada retakan-retakan besar ini seterusnya ia akan aktif dan menghasilkan gempa bumi.

Sumber: Kosmo.com.my

TITIK GEMPA HAMPIRI MALAYSIA
Kosmo 27 Mac 2011

KUALA LUMPUR – Kekerapan kejadian gempa bumi sejak beberapa tahun kebelakangan ini dipercayai mengakibatkan kedudukan titik gempa di Sumatera, Indonesia beralih dan semakin menghampiri Malaysia.

Pakar geologi, Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu kerana titik gempa biasanya akan mengalami pergerakan sebanyak satu sentimeter setahun jika gempa bumi kerap berlaku di sesebuah kawasan.

Beliau berkata, hakikat tersebut terbukti apabila penduduk negara kini semakin kerap merasai kesan gegaran gempa bumi yang berlaku di negara-negara sekitar rantau ini berbanding sebelum ini.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0327&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

PEK KECEMASAN, BERSEDIAKAH ANDA MENGHADAP BENCANA?

Pastikan rumah dan kenderaan sentiasa tersusun tidak menghalang laluan untuk menyelamatkan diri.

CONTOH BEG KECEMASAN (Beg yang senang dibawa/beg galas)

Dokumen penting, geran tanah, buku bank dll

Wang tunai

Barangan kemas

Telefon bimbit

Lampu picit

Kit pertolongan cemas

Ubatan penting

CONTOH BEG BEKALAN (Beg yang senang dibawa/beg galas)

Bekalan air minima 3 liter seorang

Makanan untuk 3 hari (coklat, makanan dalam tin dan makanan segera)

Pisau/pembuka tin

Mancis, lilin

Dapur kecil dan periuk kecil

Sepersalinan pakaian, berus, ubat gigi, sabun

Baju hujan, Wisel

Selimut

Radio kecil

Plastik barangan


BEKALAN YANG PALING PENTING UNTUK UMAT ISLAM

Mahirkan diri bertayamum

Bertaubat

Buat semua yang Allah dan Rasul suruh

Tinggalkan semua yang Allah dan Rasul tegah

Amal ibadah sebagai Bekalan Alam Kubur, Alam Barzakh, Padang Mahsyar, Hari Penentuan, Hari Pengadilan.

Disiplin tanpa iman......?

Tolehlah ke Timur......

Bila berlaku bencana anda pasti kagum dengan mereka.

* 10 hal untuk belajar dari Jepun * *

1. * KETENANGAN *
Tidak ada visual yang menunjukkan raungan kesedihan yang melampau, hanya wajah-wajah kemurungan.

2. * MARUAH DAN MARTABAT *
Penuh disiplin berbaris untuk bekalan air bersih dan makanan tanpa jerit pekik yang disusuli kekasaran.

3. * KEMAMPUAN DAN KEUPAYAAN*
Arkitek yang luar biasa, misalnya. bangunan bergoyang namun tidak jatuh atau runtuh.

4. * PENGASIH *
Penduduk hanya membeli apa yang perlu tanpa berlebihan sehingga barangan/bekalan yang di jual dapat diperolehi oleh semua orang.

5. * KETERTIBAN *
Tidak ada penjarahan (Kecurian) di kedai-kedai barang keperluan. Tidak terdengar bunyi Hon yang memeritkan telinga dan kesesakkan lalulintas.

6. * PENGORBANAN *
Lima puluh pekerja masih tinggal untuk mengepam air laut dalam reaktor Nuklear walaupun tahu akan risiko berbuat demikian tapi demi tanahair mereka sanggup.

7. *KEPERIHATINAN *
Restoran memberi potongan harga. Mesin ATM tidak di letupkan . Kaum yang lemah di bantu sedaya upaya..

8. * TERLATIH *
Semua pihak tahu apa yang perlu di lakukan dan tugas harian berjalan dengan lancar ketika kecemasan.

9. * MEDIA *
Paparan menunjukkan kawalan yang sempurna tanpa parti politik mensensasikan keadaan dan megambil kesempatan.

10. * Hati Nurani *
Ketika kegagalan kuasa letrik dan lampu terpadam, pelanggan yang sedang membeli barang keperluan meletakkan kembali barangan tersebut dan meninggalkan kedai-kedai tersebut tanpa ada apa-apa kekacauan akan kecurian,.


Lihatlah bangsa yang tinggi disiplin ini dan jadikanlah ianya contoh dimana menjadikan mereka satu bangsa yang amat di hormati. Tetapi apa yang kurang pada mereka ?

IMAN......iman kepada penciptanya tidak ada. Islam pada budaya hidup tetapi tidak ada islam pada jiwanya.Itu di Timur....Jepun.

Kita menoleh ke Barat.....Sebahagian keindahan peradaban Islam teramal dalam kehidupan berumahtangga dan bermasyarakat, kebersihan , kesopanan, kemuliaan akhlaq dan menjaga maruah. Apa yang tiada pada mereka ? Iman kepada penciptanya.

Kita melihat di Tengah dunia, tempat ramai ahlinya Islam pada nama tetapi tiada Iman. Masyarakat Islam yang tidak beriman...... penuh dengan perlakuan jahat baik sesama manusia yang serumpun sejiwa maupun yang berlainan etnik rupa. Akhlaq yang menyimpang jauh dari sunnah nabi ikutan. Ibadah dan cara hidup yang berbaur dengan bidaah.

Begitulah hasil tipu daya syaitan yang telah menyesatkan ramai anak cucu Adam. Iman tanpa Islam dan Islam tanpa Iman......Kacau balau jadinya.

Siapakah yang akan memperbetulkan keadaan ini ????????

Cikgu Mala yang comel lote

Saat yang paling indah, dalam episod perjuangan menegak kebenaran dan mencegah kemungkaran telah aku alami. Beberapa sahabat seperjuangan turut membantu.

Mesyuarat gerakerja dan bahagi tugas diadakan dan ahli mesyuarat , ajk muslimat dan pemuda diberi tugas yang selayaknya.

Muslimin dan pemuda bergotong royong untuk membersihkan padang dan mendirikan khemah tamu. Muslimat sediakan air dan sarapan seadanya. Semangat kerjasama sahabat patut dipuji. Mereka buat semata mata mencari redha Allah, yang ada mesin memesen rumput, yang pandai memanjat, diberi panjat pokok untuk meletakkan pembesar suara, yang menukang, yang memasang khemah, yang membakar sampah dan yang pandai mengarah pun ada. Aku siapkan pesanan mee, bukan aku masak tetapi suami zie . Pandai dan rajin dan aku beri tugas keluarganya memasak dan siapkan air minum petugas .

Hujan sejak dua hari belum reda." Janganlah hujan masa program kami berjalan", pintaku dalam hati. Basah kuyup petugas mesen 'rok' yang ada di tepi padang. Dia datang bersama isteri dan dua anaknya. Isterinya sabar menunggu , sambil melayani anaknya yang nakal dan memerhati kerjabuat 'tok laki'nya. Pemuda ,,,,,pemuda ku yang paling senior tak kawin lagi , lebih kurang 22 tahun umurnya dan yang muda dari pemuda harapan Permint umur 10 tahun. Bilangannya ramai dan rajin rajin belaka. Moga benih inilah yang akan memberi kemenangan kepada Islam.

Muslimat yang bertungkus lumus membantuku ada dua orang. Seorang yang baru timbul dari pertapaannya, bersama suaminya yang juga ajk muslimin. Alhamdulillah, biar basah bersama kering bersama dan aku mengharap ramai lagi wujud pasangan suami isteri yang begini.

Kawan ketawa ramai, kawan menangis boleh dibilang. Tak apelah....Hingga jam 12 tengahari, kerja belum selesai sepenuhnya dan mereka berhenti untuk solat jumaat.

Petang , aku menjenguk lagi melihat kerja kerja akhir, khemah siap , api udah siap , kawasan udah bersih dan peralatan semuanya siap. Berkat ..berkat , moga Allah mengampuni mereka dan memberi sihat tubuh badan untuk terus berjuang. Apa kerja aku sebenarnya ? ...

Petang , aku bergegas ke sabasun beli barang sikit. Jarang aku membeli kerana makan minum tak susah mana. Lepas kuliah ada jamuan . Lepas mesyuarat ada jamuan, lepas majlis kesyukuran ada jamuan siap dengan bekalan pulang. Siapa kata berkerja di jalan Allah akan miskin papa kedana ? Dok aieh.....murah rezki dan aku tak sangka rezki aku datang dari mana..

Habis membeli, aku pulang ronda ronda dulu di padang syarahan. Menyiapkan pinggan gelas untuk petugas malam makan. Hampir maghrib, balik ke rumah dan tanpa berlengah mulakan operasi masak mee goreng petugas. Tak banyak pun dan tak susah pun. Seorang ajk di tugas memasak sebungkus mee untuk jamuan. Tumis bawang putih, lada, bubuh itu dan ini. Kacau dan kucai akhirnya siap sebelum azan berkumandang. Alhamdulillah......

Lepas maghrib, aku turun awal dan siapkan tempat jamuan. Pemuda dah siap menunggu. Mee goreng terhimpun dengan berbagai rupa masakan. Patut kita tahu juga , ajk muslimin tak masak , isterinya yang masak. Ada sorang ajk yang memang tak diam kaki, tangan dan mulut. Memesyuaratkan ajk dia...lah, mengangkut , mengangkat dan mengarah ....dialah... bila memasak mee untuk petugas hari ni, dia ....juga. Tak suruh isteripun. Kita patut kagum dengan kebolehan dan kehebatan S/U Permint Makmuuuuuur.

Azan isya' berkumandang. Pemuda yang masih berkeliaran aku suruh solat di surau. Mereka akur perintah dan aku solat di pondok tempat jamuan ditemani anak buah yang setia , Ainol.

Cuaca agak baik, tiada hujan dan syukur Allah memberi ruang selesa untuk kami bertugas pada malam itu. Tetamu sudah sampai, Cikgu Mala, suaminya , anaknya 3 orang ( puteri dan 2 putera) . Di dalam cahaya neon yang samar samar kami saling memperkenalkan diri. Cikgu Fauzi memperkenalkan aku, "Ini Ketua Muslimat Permint , cikgu", ujar cikgu Fauzi. Kami bersalaman dan bercium pipi tanda ukhwah Islam yang hebat. Aku peluk dan cium balas, kecil je tubuh cikgu. Dalam kesempatan itu, aku memperkenalkan ajk muslimat cawangan. Gembira dan seronok , masing masing dapat bertemu muka dan bersapa mesra.

"Ustazah! , tolong bawa anak anak cikgu Mala makan malam. " ujar cikgu Fauzi. Aku rasa amat gembira dapat tugasan yang orang lain tidak berpeluang demikian. "Ya cikgu, niiii....kak Mah dan Pah jaga cikgu Mala", aku beri arahan pula kepada ajk muslimat. Aku mengajak puteri Husna, putera Arman dan Imran untuk beredar menaiki kembara kesayangan ku. Seorang anak saudara cikgu Mala dan seorang teruna tinggi lampai berserta dalam rombongan dari Tenang , Johor bersamaku beredar, kami pergi ke rumah cikgu Fauzi.

Sesudah memastikan anak anak rombongan tadi kenyang dan selesa, aku mempelawa mereka ke padang syarahan. Seronoknya jadi 'pemandu pelancong'. "Ini taman Permint Makmur, itu Kg Pusu 3, ini jalan ke Taman Pusu 3 yang dulu banjir teruk, habis tenggelam. " aku mula mengatur bicara. "Ini taman penuh dengan Cina, pelajar banyak menyewa sini", kataku bila kembaraku menghampiri taman Sejati. Mereka mendengar ceritaku dan menjawab semua pertanyaanku. Mesra , peramah dan ceria. Dua minit perjalanan kami sampai ke lokasi syarahan.

Sepanjang jalan ramai peminat peminat dan pejuang politik tanah air berdiri, ada yang bertenggek atas motor, ada yang tersangkut dalam kereta, ada juga yang duduk pinggiran jalan. Olehkerana sepanjang jalan itu taman perumahan, ada yang lebih selesa untuk mendengar di luar rumah masing masing. Tak mengapa, asalkan pesanan, saranan, kupasan, seruan dari pensyarah malam itu dapat difahami dengan jelas.

Aku sampai, YB Ladang sedang memperincikan soal soal penyelewengan yang berlaku dalam pentadbiran negeri. Duit tak ada tapi belanja besar, rela berhutang untuk memerojekkan satu kerja pembangunan. Salah laku, salahguna kuasa, salah tadbir , salah itu dan salah ini, yang kalau YB tidak perjelaskan rakyat tidak akan tahu. Rumah YB yang harga berjuta, rumah JKKK yang ratusan ribu dan banyak lagi kekayaan yang terpamer sedang rakyat nak makan tiada duit membeli, nak tinggal tidur , tiada rumah selesa, nak sekolah anak tak cukup bajet. Susahnya rakyat tidak dipeduli , menyusahkan rakyat itulah yang didahului.

Tiba giliran cikgu Mala pula. pembukaan yang ringkas, cukup sekedar menyebut 2 tetamu besar , mengalukan orang ramai yang hadir. Aku mengamati tiap butiran kata, memahamkan isu yang dibawa dan menyelami maksud bicara seorang calon yang tewas dek kerana tipudaya. Aku menunggu kata kata yang bakal terungkap dan merasai kelesuan yang membelit tubuh kecil itu. Apa tidaknya, sampai ke kuala Terengganu agak lewat kerana tersekat di Mercang. Tempat yang tenggelam dalam air hujan saja. Makan tidak sempat, rehat pun cuma di atas pentas.

Perlu semua rakyat perhatikan, bukan senang untuk bersyarah. Pandai cakap tidak bermodal, orang kata cakap kosong. Modal banyak tapi minda letih , badan letih dan lidah letih, tidak bermakna juga, orang kata lagi ....tak bersemangat lah. Tambah lagi orang perempuan yang bersyarah, sedap pada suara tapi tak sedap pada makna. Bukan aku nak mengomen .....cuma rasa ku sama dengan rasanya. Aku pernah syarah....kalau letih perlu rehat, kalau ngantuk perlu tidur, kalau tak bermodal kena membaca dulu info info yang patut.

Jam hampir 12 malam, cikgu mengakhir bicara dengan mengajak orang ramai berubah untuk mengubah lanskap politik semasa. Salam terakhir dan tidak sempat merehatkan diri, beliau di kerumuni muslimat untuk bersalam pengenalan dan perpisahan. Tidak cukup , siap bergambar kenangan lagi.

Sekali lagi , aku sebagai 'tuan tanah' menjemput jamu selera di rumah cikgu Fauzi. Kesudian dan kehendaknya juga, kembara sekali lagi berguna untuk membawa cikgu 'comel lote' lagi manis menawan ke jamuan tengah malam. Tubuh kecil lampai ku bawa berhati hati, di ekori oleh mech hitam , perdana dan tiga kereta lain yang membawa YB Ladang, bekas YB tepoh dan rombongan Tenang Johor. Inilah sejarah perjuangan yang indah. Aku tidak mengantuk, aku tidak letih dan aku tidak lapar walaupun tadinya tidak makan petang, walaupun tadinya aku tidak sempat lepak waktu zohor .

Jam 1.30 pagi. tetamu leka berborak borak sambil makan. Dari satu isu ke satu isu, dari masalah dan cerita silih berganti, yang berborak yang berhujjah macam tidak punya masa siang bagi mereka. Kemudian Cikgu Mala mula mempamit diri, suami dan penunjuk jalan bangkit dari kelesuan. YB dan ex YB juga minta diri . Aku juga, kena pulang segera kerana ada yang menunggu.

Bersalam dan ucap saling terungkap . Senyum terukir, tubuh berdakap.
Kata syukur terus terucap. Walaupun kemesraan cuma sekejap
STOR KEBAHAGIAN RUMAHTANGGA TERHEBAT!
Bagi Mengatasi Sakit Kepala , Insya'Allah
Posted on Saturday, March 12 @ 10:00:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Berita Oleh: jiemi

"( dari pengalaman seseorang... )

Untuk renungan dan amalan kita semua, InsyaAllah diberkati Allah, Amin...

To migraine sufferer...

Ayat-Ayat Allah

Based on true story from others...........

Alhamdullillah.... I'm an acute migraine sufferer to the extent of vomitting and becoming imbalance. Every time it happens, I have to take antacid & synflex. Antacid is to line the stomach before taking synflex which is a stronger pain killer than panadol. This is to let you know the strength of synflex that so much so I have to take antacid prior to swallowing synflex.. This worries me quite a bit as taking pain killers posed other health concerns later. I've tried many times to manage it without swallowing synflex but it got worst. Hence, I'm resigned to probably take synflex for the rest of my life at that time!

Then, one day one of you have so kind heartedly emailed me the ways and
hows to cure headache by one Singapore Ustazah (sorry can't remember the name of the sender as well as the Ustazah). The method includes reading this ayat. I've tried it and Alhamdullillah, being a bad migraine sufferer, I'm amazed at the miraculous cure! However, you have to do it repeatedly.

1. Read Al fateha (1 x )
2. Read Surah Al Ikhlas (3xs )
3. Read Surah Yassin ayat ke 58 'Salamun Qaulan Minrabbirrahim' (3xs )
4. Read Selawat (3xs )

What I did was, I blew it on my palms and put my palms on my head for a while. After that, I repeat the whole process again.. I hope by sharing this experience, we become more confident of ayat2 Allah.

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58...

Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58
surahtersebut 'SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM' diulang sebanyak
7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan
Maha Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.

Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku...

2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang soleh dan mencintai Islam...

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat...

4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini...

5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin ...

6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin...

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku..... AMINnnnn.

Sampaikan dakwah ini kepada sahabat anda tiada kerugian bahkan digalakkan. Ikhlaskanlah hatimu menyampaikan dakwah ini kerana Allah."

KASE KASE HEI

STOR KEBAHAGIAN RUMAHTANGGA TERHEBAT!
Saman Ekor tak Wajib bayar, artikel Utusan Malaysia
Posted on Sunday, March 06 @ 16:44:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh aya

Berita Oleh: amkns

"Utusan Malaysia 7 Mac 2011 ISU SAMAN EKOR - MAHKAMAH, melalui kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak tahun 2009 telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di mahkamah.

Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan.

JPJ juga telah diarahkan membayar ganti rugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.

Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan.

Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.

Berbalik kepada tawaran kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman.

Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, adakah seseorang itu benar-benar melakukan kesalahan yang didakwa sehingga mereka wajib membayar denda?

Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak.

Jika ada yang tertunggak maka ia bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke mahkamah untuk menjawab saman itu.

Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap supaya OKS hadir mahkamah.

Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mengakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesailah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga saman itu. Tidak tertunggak.

Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.

Saman ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi had laju.

Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenali dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran.

Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke mahkamah bagi menjawab tuduhan memandu melebihi had laju.

ZULHAZMI SHARIFF

Penasihat Undang-Undang

Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

http://www.utusan.com.my/utusan/inf

Kuliah Ust Harun Din Angin ahmar

Found at: FilesTube