Cikgu Mala yang comel lote

Saat yang paling indah, dalam episod perjuangan menegak kebenaran dan mencegah kemungkaran telah aku alami. Beberapa sahabat seperjuangan turut membantu.

Mesyuarat gerakerja dan bahagi tugas diadakan dan ahli mesyuarat , ajk muslimat dan pemuda diberi tugas yang selayaknya.

Muslimin dan pemuda bergotong royong untuk membersihkan padang dan mendirikan khemah tamu. Muslimat sediakan air dan sarapan seadanya. Semangat kerjasama sahabat patut dipuji. Mereka buat semata mata mencari redha Allah, yang ada mesin memesen rumput, yang pandai memanjat, diberi panjat pokok untuk meletakkan pembesar suara, yang menukang, yang memasang khemah, yang membakar sampah dan yang pandai mengarah pun ada. Aku siapkan pesanan mee, bukan aku masak tetapi suami zie . Pandai dan rajin dan aku beri tugas keluarganya memasak dan siapkan air minum petugas .

Hujan sejak dua hari belum reda." Janganlah hujan masa program kami berjalan", pintaku dalam hati. Basah kuyup petugas mesen 'rok' yang ada di tepi padang. Dia datang bersama isteri dan dua anaknya. Isterinya sabar menunggu , sambil melayani anaknya yang nakal dan memerhati kerjabuat 'tok laki'nya. Pemuda ,,,,,pemuda ku yang paling senior tak kawin lagi , lebih kurang 22 tahun umurnya dan yang muda dari pemuda harapan Permint umur 10 tahun. Bilangannya ramai dan rajin rajin belaka. Moga benih inilah yang akan memberi kemenangan kepada Islam.

Muslimat yang bertungkus lumus membantuku ada dua orang. Seorang yang baru timbul dari pertapaannya, bersama suaminya yang juga ajk muslimin. Alhamdulillah, biar basah bersama kering bersama dan aku mengharap ramai lagi wujud pasangan suami isteri yang begini.

Kawan ketawa ramai, kawan menangis boleh dibilang. Tak apelah....Hingga jam 12 tengahari, kerja belum selesai sepenuhnya dan mereka berhenti untuk solat jumaat.

Petang , aku menjenguk lagi melihat kerja kerja akhir, khemah siap , api udah siap , kawasan udah bersih dan peralatan semuanya siap. Berkat ..berkat , moga Allah mengampuni mereka dan memberi sihat tubuh badan untuk terus berjuang. Apa kerja aku sebenarnya ? ...

Petang , aku bergegas ke sabasun beli barang sikit. Jarang aku membeli kerana makan minum tak susah mana. Lepas kuliah ada jamuan . Lepas mesyuarat ada jamuan, lepas majlis kesyukuran ada jamuan siap dengan bekalan pulang. Siapa kata berkerja di jalan Allah akan miskin papa kedana ? Dok aieh.....murah rezki dan aku tak sangka rezki aku datang dari mana..

Habis membeli, aku pulang ronda ronda dulu di padang syarahan. Menyiapkan pinggan gelas untuk petugas malam makan. Hampir maghrib, balik ke rumah dan tanpa berlengah mulakan operasi masak mee goreng petugas. Tak banyak pun dan tak susah pun. Seorang ajk di tugas memasak sebungkus mee untuk jamuan. Tumis bawang putih, lada, bubuh itu dan ini. Kacau dan kucai akhirnya siap sebelum azan berkumandang. Alhamdulillah......

Lepas maghrib, aku turun awal dan siapkan tempat jamuan. Pemuda dah siap menunggu. Mee goreng terhimpun dengan berbagai rupa masakan. Patut kita tahu juga , ajk muslimin tak masak , isterinya yang masak. Ada sorang ajk yang memang tak diam kaki, tangan dan mulut. Memesyuaratkan ajk dia...lah, mengangkut , mengangkat dan mengarah ....dialah... bila memasak mee untuk petugas hari ni, dia ....juga. Tak suruh isteripun. Kita patut kagum dengan kebolehan dan kehebatan S/U Permint Makmuuuuuur.

Azan isya' berkumandang. Pemuda yang masih berkeliaran aku suruh solat di surau. Mereka akur perintah dan aku solat di pondok tempat jamuan ditemani anak buah yang setia , Ainol.

Cuaca agak baik, tiada hujan dan syukur Allah memberi ruang selesa untuk kami bertugas pada malam itu. Tetamu sudah sampai, Cikgu Mala, suaminya , anaknya 3 orang ( puteri dan 2 putera) . Di dalam cahaya neon yang samar samar kami saling memperkenalkan diri. Cikgu Fauzi memperkenalkan aku, "Ini Ketua Muslimat Permint , cikgu", ujar cikgu Fauzi. Kami bersalaman dan bercium pipi tanda ukhwah Islam yang hebat. Aku peluk dan cium balas, kecil je tubuh cikgu. Dalam kesempatan itu, aku memperkenalkan ajk muslimat cawangan. Gembira dan seronok , masing masing dapat bertemu muka dan bersapa mesra.

"Ustazah! , tolong bawa anak anak cikgu Mala makan malam. " ujar cikgu Fauzi. Aku rasa amat gembira dapat tugasan yang orang lain tidak berpeluang demikian. "Ya cikgu, niiii....kak Mah dan Pah jaga cikgu Mala", aku beri arahan pula kepada ajk muslimat. Aku mengajak puteri Husna, putera Arman dan Imran untuk beredar menaiki kembara kesayangan ku. Seorang anak saudara cikgu Mala dan seorang teruna tinggi lampai berserta dalam rombongan dari Tenang , Johor bersamaku beredar, kami pergi ke rumah cikgu Fauzi.

Sesudah memastikan anak anak rombongan tadi kenyang dan selesa, aku mempelawa mereka ke padang syarahan. Seronoknya jadi 'pemandu pelancong'. "Ini taman Permint Makmur, itu Kg Pusu 3, ini jalan ke Taman Pusu 3 yang dulu banjir teruk, habis tenggelam. " aku mula mengatur bicara. "Ini taman penuh dengan Cina, pelajar banyak menyewa sini", kataku bila kembaraku menghampiri taman Sejati. Mereka mendengar ceritaku dan menjawab semua pertanyaanku. Mesra , peramah dan ceria. Dua minit perjalanan kami sampai ke lokasi syarahan.

Sepanjang jalan ramai peminat peminat dan pejuang politik tanah air berdiri, ada yang bertenggek atas motor, ada yang tersangkut dalam kereta, ada juga yang duduk pinggiran jalan. Olehkerana sepanjang jalan itu taman perumahan, ada yang lebih selesa untuk mendengar di luar rumah masing masing. Tak mengapa, asalkan pesanan, saranan, kupasan, seruan dari pensyarah malam itu dapat difahami dengan jelas.

Aku sampai, YB Ladang sedang memperincikan soal soal penyelewengan yang berlaku dalam pentadbiran negeri. Duit tak ada tapi belanja besar, rela berhutang untuk memerojekkan satu kerja pembangunan. Salah laku, salahguna kuasa, salah tadbir , salah itu dan salah ini, yang kalau YB tidak perjelaskan rakyat tidak akan tahu. Rumah YB yang harga berjuta, rumah JKKK yang ratusan ribu dan banyak lagi kekayaan yang terpamer sedang rakyat nak makan tiada duit membeli, nak tinggal tidur , tiada rumah selesa, nak sekolah anak tak cukup bajet. Susahnya rakyat tidak dipeduli , menyusahkan rakyat itulah yang didahului.

Tiba giliran cikgu Mala pula. pembukaan yang ringkas, cukup sekedar menyebut 2 tetamu besar , mengalukan orang ramai yang hadir. Aku mengamati tiap butiran kata, memahamkan isu yang dibawa dan menyelami maksud bicara seorang calon yang tewas dek kerana tipudaya. Aku menunggu kata kata yang bakal terungkap dan merasai kelesuan yang membelit tubuh kecil itu. Apa tidaknya, sampai ke kuala Terengganu agak lewat kerana tersekat di Mercang. Tempat yang tenggelam dalam air hujan saja. Makan tidak sempat, rehat pun cuma di atas pentas.

Perlu semua rakyat perhatikan, bukan senang untuk bersyarah. Pandai cakap tidak bermodal, orang kata cakap kosong. Modal banyak tapi minda letih , badan letih dan lidah letih, tidak bermakna juga, orang kata lagi ....tak bersemangat lah. Tambah lagi orang perempuan yang bersyarah, sedap pada suara tapi tak sedap pada makna. Bukan aku nak mengomen .....cuma rasa ku sama dengan rasanya. Aku pernah syarah....kalau letih perlu rehat, kalau ngantuk perlu tidur, kalau tak bermodal kena membaca dulu info info yang patut.

Jam hampir 12 malam, cikgu mengakhir bicara dengan mengajak orang ramai berubah untuk mengubah lanskap politik semasa. Salam terakhir dan tidak sempat merehatkan diri, beliau di kerumuni muslimat untuk bersalam pengenalan dan perpisahan. Tidak cukup , siap bergambar kenangan lagi.

Sekali lagi , aku sebagai 'tuan tanah' menjemput jamu selera di rumah cikgu Fauzi. Kesudian dan kehendaknya juga, kembara sekali lagi berguna untuk membawa cikgu 'comel lote' lagi manis menawan ke jamuan tengah malam. Tubuh kecil lampai ku bawa berhati hati, di ekori oleh mech hitam , perdana dan tiga kereta lain yang membawa YB Ladang, bekas YB tepoh dan rombongan Tenang Johor. Inilah sejarah perjuangan yang indah. Aku tidak mengantuk, aku tidak letih dan aku tidak lapar walaupun tadinya tidak makan petang, walaupun tadinya aku tidak sempat lepak waktu zohor .

Jam 1.30 pagi. tetamu leka berborak borak sambil makan. Dari satu isu ke satu isu, dari masalah dan cerita silih berganti, yang berborak yang berhujjah macam tidak punya masa siang bagi mereka. Kemudian Cikgu Mala mula mempamit diri, suami dan penunjuk jalan bangkit dari kelesuan. YB dan ex YB juga minta diri . Aku juga, kena pulang segera kerana ada yang menunggu.

Bersalam dan ucap saling terungkap . Senyum terukir, tubuh berdakap.
Kata syukur terus terucap. Walaupun kemesraan cuma sekejap

0 comments:

Post a Comment