Anak Ayam

Sepetang , menemui kawan sekolah yang lama terpisah. Aku bercerita susah payahku membesarkan dan mendidik enam orang anak. Hingga kini, aku mampu mengukir senyum melihat anakku menjadi manusia yang berguna pada agama dan masyarakat. Dan dia mampu senyum melayani dan mengamati kisah hidupku. Dalam senyum itu aku merasakan terselit berbagai masalah yang tersembunyi. Mari kita kongsi kongsikan......

.....Aku dapat melanjutkan pelajaran ke universiti, belajar separuh mati untuk mendapatkan sijil perguruan. Akhirnya berjaya dan mengajar di sekolah pinggir bandar. Takdir ku baik , dapat rumah sewabeli dan dapat kawan kawan. Setahun kemudian bertemu jodoh, juga seorang guru. Allah mengatur zuriatku ramai......tapi bukan macam keretapi.

Sukar nak dibayangkan bagaimana kelamkabutnya hidupku. Kerja sekolah yang tak pernah habis, kerja rumah yang tidak terurus sempurna dan anak suami yang patut dilayani.

Pagi, bangun awal untuk urus diri , solat dan urus anak anak. Sarapan pagi sempat menyempat jer. Banyak kali tak menyempatpun makan minum sesempurna orang lain. Bekalan untuk anak kecil...baju , lampin pakaibuang, botol susu dan susunya. Yang besar sikit perlu bekal juga dan yang besar, baju sekolahnya dan beg sekolahnya lagi perlu di persiapakaikan sebelum semuanya dimasukkan dalam kereta proton. Ayahnya pun macam aku juga, untuk uruskan diri dan pastikan rumah ditinggalkan dalam keadaan selamat.

Kelamkabut juga untuk siap sedia ke tempat kerja (sekolah) . Anak sulong satu destinasi. Anak kecil perlu dihantar ke rumah asuhan. Yang tengah perlu dihantar tadika. Agak agaknya pukul berapa kami perlu turun dari rumah untuk sampai ke sekolah sebelum pukul 7.00 pagi ?

"Ngapa tak ambil orang gaji "? aku cuba bagi jalan penyelesaian.

"Entahlah, rumit nak mendapatnya. Warih warah mana nak kerja jaga rumah dapor orang. Lagi pun gaji kita bukan banyak sangat." keluhan yang tak bertepi.

"Begitulah rutin harian kerja, letihlah ....balik sampai rumah mahunya baring dan tidur. Tapi apakan daya , anak kecilnya dan abang abangnya . Takkan kita nak lepas gitu je", tambah jelas kerumitan dan kelelahan seorang guru wanita.

"Kalau ada kelas tambahan ke, kokurikulom ke, mesyuarat, sukan sekolah atau kursus mana mana , lagilah pening kepala. Tak serah pada papanya , kena pinjam nenek neneknya jaga. Mudah cerita antar anak ke rumah neneknya", emm aduan yang tidak mahu aku dengar.

Sepanjang panjang aku beranak 6, hanya sorang je anak terpaksa aku serah pada neneknya jaga. Itupun kerana ada adik bongso , setahun sorang. Tak lama ... setahun itupun kami sering balik untuk menjenguknya. Nasib baik neneknya tidak pelihara terus. Kalau tidak, kasihnya akan bertukar dan didikan akan berbeza dengan yang lain. Nenek yang seorang lagi memang dah bosan dengan budak kecil, sebab sudah letih layan anak sampai 12 orang.

"Masa bila kamu tarbiyah anak anak "? ingin tahu aku masih ada.

"Entah , tak perasan bila pula, malamlah masa yang terluang , hari cuti....itupun kalau tidak ada kerja sekolah atau kursus kursus", jawabnya .

"Ajar ugama ke, solat ke dan akhlaq ke "? tambahku.

"Apa yang diajar di sekolah, kelas KAFA, Ngaji sana sini".

"Sekolah...takat mana sangat yang dapat, sorang ustaz nak didik anak murid puluh puluh orang satu kelas. Tak hantar kursus ke , kem ke"? gomel aku dengan rasa tidak puas hati.

Anak adalah amanah. Ibubapa lah yang menjadikan dia yahudi atau nasrani atau majusi. Ibubapa yang mencorakkan indah atau buruk pekerti. Ibubapalah yang mencanai anak menjadi manusia yang berhati mulia.

"Kalau sekolah buat, mudah aje tapi tidak semua yang terlibat. Tambahlagi sehari dua kem tak berkesan juga, lepas kursus baik sekejab . Lama kemudian makin luput", keluhnya lagi.

"Tarbiyah , hendaklah istiqamah dan ada pengukuhan dari pihak guru dan murid. Termasuklah kita sebagai ibubapa. Kita mahu anak yang bagaimana, anak soleh bukan "? aku mengasak dengan rasa tidak puas hati.

Kami pernah kursus bersama, pengisian yang padat dengan kertas kerja pendidikan awal hingga akhir. Selang seli dengan bengkel bengkel dan perbincangan. Kursus bersama ada solat jamaah, ada qiamullail , ada masak bersama dan berbuka puasa bersama. Pendek cerita, kursus sebegitu biasa dibuat oleh badan badan ugama dan persatuan persatuan ugama. Biasa di adakan pada cuti sekolah dan cuti semester. Siapa yang ingin menambah pengetahuan dan pengalaman pasti tidak melepaskan peluang ini.

"Kita sudah tersasar jauh, sekolah sepatutnya menghasilkan pelajar yang cemerlang akademiknya dan cemerlang akhlaqnya serta boleh duduk bangun bersama masyarakat. Sekolah sepatutnya tempat yang melahirkan pekerja yang jujuramanah. Sekolah sepatutnya melahirkan anak anak yang soleh solehah. sekolah sepatutnya mengeluarkan satu bangsa yang mampu berdikari dan mencorak negara dengan budaya yang murni." aku lepaskan ketidakpuasan hati ini.

Terdiam sejenak temanku, aku tidak perlu minta maaf padanya. Memang betul, kawan yang aku kenal dulu, tidak menampakkan kemarahan malah terasa kesilapan itu berlaku dan tidak akan ada perubahan jika tiada perjuangan untuk membetulkan arah tuju pendidikan negara.

Pelajar tidak kenal tuhan dan tidak kenal kewajiban kepada tuhan. Apakah yang diajar oleh ustaz?

Ada kawan guruku bercerita, betapa susahnya nak suruh pelajar solat zohor. Pelajar kan ramai, ada yang terpaksa dikepong oleh guru guru untuk masuk ke musolla sekolah. Seorang guru jaga pintu pagar besar, guru lain jaga pagar pagar yang berlubang dan yang lainnya mengawal di musolla , memerhati , mengarah dan memarahi. Hari hari sekolah macam tu.....kepung anak orang untuk solat macam kepong anak ayam masuk reban.

Teruknya.....Teruk tak teruk nak buat macamana. Takat guru boleh buat, buatlah. Balik ke rumah , makayah pulalah yang berkuasa.

Aku memberi sikit pandangan , tugas guru di sekolah dan tugas ibubapa di rumah. Kalau kamu pegang dua jawatan....guru dan ibubapa, maka tanggungjawab yang sambungmenyambung dari pagi ke pagi...takke letih tu !!!!!

Peranan bapa atau suami di manna ? Perbincangan kami tertumpu pada kawanku seorang guru wanita.

Carilah penyelesaian cara masing masing. Buatlah yang terbaik untuk anda, anak anda , rumahtangga anda dan kerjay anda.
Katalog 25 Gajet Elekronik Berteknologi Rahsia
STOR KEBAHAGIAN RUMAHTANGGA TERHEBAT!
Ada Apa Dengan Tarian Poco-poco?
Posted on Wednesday, April 06 @ 13:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Analisis Isu Oleh: dreamkiller

"Oleh: Abu Numair Nawawi B. Subandi

http://fiqh-sunnah.blogspot.com

Dalam beberapa hari ini, ramai rakan facebook dan berita akhbar bercerita tentang tarian poco-poco. Situasi tersebut mungkin sebagai respon terhadap fatwa (atau kenyataan) yang dikeluarkan Jawatankuasa Mufti Negeri Perak.

>

Dari mana atau asal-usul tarian tersebut sendiri masih samar-samar dan tiada sesiapa pun lagi yang tampil memberi penjelasan tuntas tentangnya. Peliknya ia begitu cepat tersebar dan menjadi kegilaan masyarakat di Malaysia tanpa mengira usia dan pangkat.

Walau bagaimanapun, asas yang terdapat dalam tarian poco-poco tersebut jelas. Iaitu mengandungi unsur seni joget lenggok tubuh, muzik, dan nyanyian. Ditarikan oleh lelaki dan wanita, sama ada secara tertutup mahupun terbuka, dalam kumpulan berasingan atau bersamaan lelaki dan wanita.

Tepuk Tangan dan Seni Joget Tari-menari

Di zaman awal Islam, praktik bergembira dengan cara tepuk-tangan, bersiul, dan tari-menari dikenali sebagai salah satu bentuk ritual ibadat milik masyarakat Arab jahiliyyah. Selain itu, disebutkan juga mereka yang mula-mula mencipta praktik tarian adalah pengikut Samiri dari kalangan umat Nabi Musa ‘alaihis Salam yang ingkar. Tarian dijadikan oleh mereka sebagai satu bentuk praktik meraikan kegembiraan dan ritual penyembahan ke atas patung lembu.

Imam Abu Bakar ath-Thurthusi rahimahullah (Wafat: 520H) ketika mengkritik amalan golongan sufi, beliau berkata:

وأما الرقص والتواجد فأول من أحدثه أصحاب السامري، لما اتخذ لهم عجلا جسدا له خوار قاموا يرقصون حواليه ويتواجدون؛ فهو دين الكفار وعباد العجل
<
“Adapun menari dan mengolah perasaan, ia mula direka oleh pengikut Samiri (dari kalangan umat Nabi Musa). Iaitu ketika Samiri membinakan untuk mereka sebuah patung berbentuk anak lembu yang mengeluarkan suara. Mereka pun menari-nari di sekelilingnya sambil berdendang riang gembira dengannya. Tarian adalah agama orang-orang kafir dan para penyembah anak lembu.” Tafsir al-Qurthubi, 11/238)

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman menceritakan perlakuan kaum Arab (Quraisy) jahiliyyah:

وَمَا كَانَ صَلاتُهُمْ عِنْدَ الْبَيْتِ إِلا مُكَاءً وَتَصْدِيَةً


“Solat mereka di sekitar Baitullah itu tidak lain hanyalah siulan dan tepukan tangan.” Surah al-Anfal, 8: 35)

Apabila Islam datang, ritual-ritual jahiliyyah tersebut pun ditinggalkan tanpa mengasingkan sama ada semata-mata tarian atau tarian yang disertakan dengan kepercayaan. Begitu juga dengan praktik tepuk-tangan dan siulan untuk berhibur.

Rasulullah mengajar bagaimana praktik ibadah (solat) dan tawaf yang benar. Manakala tepuk-tangan yang berbentuk isyarat dibenarkan bagi wanita ketika dalam solat apabila mendapati imam melakukan kesilapan. Jauh sekali untuk praktik hiburan dan bersuka-ria.

Ada sebahagian pihak yang membenarkan tarian dengan dalil kaum Habsyah yang membuat persembahan tombak di masjid ketika hari raya. Dalam hadis persembahan tombak tersebut, terdapat lafaz:

جَاءَ حَبَشٌ يَزْفِنُونَ فِي يَوْمِ عِيدٍ فِي الْمَسْجِدِ

“Orang-orang Habsyah datang seperti orang menari (yazfinuun) ketika hari ‘Ied di masjid.” (Hadis Riwayat Muslim, 4/418, no. 1483) Manakala dalam riwayat yang lain turut disebutkan perkataanيَرْقُصُونَ (yarqushuun).

Para ulama menjelaskan bahawa menari di sini merujuk kepada seni bermain senjata sambil melompat, tunduk, dan menghayun-hayun senjata dengan tangan yang mana kelihatan seperti orang sedang menari. Dilakukan pada hari raya dan tidak dijadikan sebagai permainan yang menjadi kebiasaan secara umum.

Ini mungkin sama seperti persembahan seni bermain senjata dalam ilmu persilatan. Maka, tidaklah boleh disamakan dengan tarian terkinja-kinja mengikut rentak muzik tertentu berbentuk hiburan yang diketahui umum.

Secara logiknya pula, adakah tarian poco-poco ini sesuai dibawa ke masjid sebagaimana permainan tombak kaum Habsyah tersebut sehingga mahu disamakan dengannya?

Oleh itu, tradisi jahiliyyah berupa tari-menari yang telah sedia ditinggalkan Rasulullah bersama-sama para sahabatnya ini tidak perlulah untuk kita hidupkan kembali. Apatah lagi bila mengenangkan ia salah satu bentuk syi’ar agama yang dimulakan dan dimainkan oleh orang-orang kafir semenjak dahulu kala hingga kini. Juga merupakan seni yang sinonim dengan orang-orang fasiq.

Bahkan Ummu ‘Alqamah menceritakan:

أن بنات أخي عائشة رضي الله عنها خفضن فألمن ذلك فقيل لعائشة يا أم المؤمنين ألا ندعو لهن من يلهيهن قالت بلى قالت فأرسل إلى فلان المغني فأتاهم فمرت به عائشة رضي الله عنها في البيت فرأته يتغنى ويحرك رأسه طربا وكان ذا شعر كثير فقالت عائشة رضي الله عنها أف شيطان أخرجوه أخرجوه فأخرجوه


“Bahawasanya anak-anak perempuan saudara lelaki ‘Aisyah dikhitankan. Mereka kesakitan disebabkan khitan tersebut. Lalu ada dari kalangan mereka meminta kepada ‘Aisyah, “Bolehkah kami menjemput orang yang dapat menghiburkan mereka?”

‘Aisyah berkata, “Boleh.” Maka mereka pun menjemput seorang lelaki (si fulan) untuk menyanyi. Kemudian datanglah ‘Aisyah menghampiri mereka di rumah tersebut dan beliau melihatnya sedang menyanyi sambil melenggok-lenggokkan kepala. ‘Aisyah berkata, “Uhh, syaitan! Keluarkan dia! Keluarkan dia! Maka ia pun dikeluarkan.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, al-Adab al-Mufrad, 1/427, no. 1247. al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, 10/223. Dinilai hasan oleh al-Albani)

Sebagaimana kata Syaikh al-Albani rahimahullah, hadis ini menunjukkan dibolehkan berhibur dengan sedikit nyanyian tanpa alat muzik (seperti syair Arab. Tetapi tidak boleh diiringi dengan tarian, joget, menghentak-hentak kaki, atau yang sama dengannya yang menjadikan jatuhnya maruah diri. Tidak juga boleh dijadikan sebagai pekerjaan bagi meraih pendapatan. (Rujuk: Tahrim Alat ath-Tharb, m/s. 131)

Nyanyian dan Muzik

Hukum nyanyian berserta alat muzik dalam Islam memiliki perbahasan yang agak panjang. Secara ringkasnya, para imam empat mazhab sepakat mengharamkannya. Melainkan nyanyian kanak-kanak atau hamba perempuan yang dimainkan dengan iringan kompang pada hari raya dan majlis pernikahan (walimatul urus) secara khusus.

Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah (Wafat: 728H) menyatakan:

فَذَهَبَ الْأَئِمَّةُ الْأَرْبَعَةُ أَنَّ آلَاتِ اللَّهْوِ كُلَّهَا حَرَامٌ فَقَدْ ثَبَتَ فِي صَحِيحِ الْبُخَارِيِّ وَغَيْرِهِ

“Berdasarkan Imam keempat-empat mazhab, bahawasanya keseluruhan alat muzik adalah haram sebagaimana telah ditetapkan dalam Shahih al-Bukhari dan selainnya.” (Majmu’ al-Fatawa, 11/576)

Manakala dari sebahagian pengkaji kontemporari, ada di antara mereka yang membolehkan nyanyian bermuzik dengan syarat-syarat tertentu seperti tidak keterlaluan dan dengan lirik-lirik yang baik. Walau bagaimanapun, syarat-syarat kelompok yang cuba mengharuskan ini bersifat agak subjektif dan menimbulkan lebih banyak perbahasan (kerana bersifat agak toleran dengan keadaan)

Apapun, apabila melihat pendapat dari kedua-dua kelompok ini secara umum, jelas bahawa nyanyian poco-poco bertentangan dengan syarat-syarat tersebut.

Jika kita perhatikan baik-baik, pasti akan kita fahami liriknya penuh dengan pujian terhadap bentuk dan lenggok tubuh wanita yang berbaur syahwat berahi. Muziknya pula mengarahkan kepada irama dan joget yang mengkhayalkan.

Pergaulan bebas (Ikhtilath)

Dalam praktik tarian poco-poco yang diketahui umum di Malaysia hari ini, ia telah mula dimainkan secara terbuka sama ada oleh lelaki mahupun wanita, sama ada secara bersama atau berasingan.

Dari sudut syara’, percampuran lelaki dan perempuan seperti itu telah masuk ke dalam bentuk pergaulan bebas yang dilarang keras oleh Islam.

Semenjak anak-anak berusia seawal 10 tahun, Islam telah menyeru ibu bapa supaya mengasingkan tempat-tempat tidur mereka. Dilarang pula tidur berkongsi selimut.

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مُرُوا أَبْنَاءَكُمْ بِالصَّلَاةِ لِسَبْعِ سِنِينَ، وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا لِعَشْرِ سِنِينَ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ

“Perintahlah anak-anak kamu bersolat pada usia tujuh tahun. Pukullah mereka jika mereka meninggalkan solat pada usia 10 tahun dan pisahkanlah tempat tidur mereka”. (Hadis Riwayat Ahmad, 11/369, no. 6756. Dinilai hasan oleh an-Nawawi, al-Albani, dan Syu’aib al-Arnauth)

لَا يَنْظُرُ الرَّجُلُ إِلَى عَوْرَةِ الرَّجُلِ وَلَا الْمَرْأَةُ إِلَى عَوْرَةِ الْمَرْأَةِ وَلَا يُفْضِي الرَّجُلُ إِلَى الرَّجُلِ فِي ثَوْبٍ وَاحِدٍ وَلَا تُفْضِي الْمَرْأَةُ إِلَى الْمَرْأَةِ فِي الثَّوْبِ الْوَاحِدِ


“Tidak boleh seorang lelaki memandang aurat lelaki lain dan tidak boleh seorang wanita memandang aurat wanita yang lain, dan tidak boleh seorang lelaki bersama dengan lelaki lain dalam satu kain (selimut) dan tidak boleh seorang perempuan bersama dengan wanita lain dalam satu kain (selimut).” (Hadis Riwayat Muslim, 2/238, no. 512)

Dalam solat, Islam mengasingkan saf wanita di belakang dan lelaki di hadapan. Hendak masuk masjid pun Rasulullah telah mengasingkan pintu-pintu masuknya untuk lelaki atau perempuan sahaja.

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
خَيْرُ صُفُوفِ الرِّجَالِ أَوَّلُهَا وَشَرُّهَا آخِرُهَا وَخَيْرُ صُفُوفِ النِّسَاءِ آخِرُهَا وَشَرُّهَا أَوَّلُهَا

“Sebaik-baik saf lelaki adalah yang paling hadapan dan yang paling buruk adalah yang paling belakang. Dan sebaik-baik saf bagi wanita adalah yang paling belakang, yang terburuk bagi mereka adalah yang paling depan.” (Hadis Riwayat Muslim, 2/435, no. 664)

Selain itu, Islam juga memerintahkan supaya menundukkan pandangan terhadap wanita melainkan dengan sebab-sebab tertentu yang diperlukan. Ini menunjukkan bahawa Islam sangat menjaga batas pergaulan di antara lelaki dengan wanita. Di antara hikmah peraturan ini adalah bagi mendidik hati dan mengelakkan nafsu syahwat menguasai diri.

Jika batas-batas ini diabaikan, bukanlah suatu yang menghairankan bila pelbagai gejala sosial dan amalan negatif berlaku di depan mata kita hari ini. Sehingga ada anak-anak seawal usia 10 tahun pun sudah pandai bercumbuan, merogol, dan berzina.

Kesimpulan

Tanpa ciri-ciri di atas tadi, tidaklah ia dinamakan sebagai tarian poco-poco. Apatah lagi tarian, muzik, nyanyian, dan praktik tepuk-tangan itu sendiri antara perbuatan yang dibenci Islam. Demikianlah ia, tanpa ciri-ciri disebutkan, bukanlah namanya tarian poco-poco. Dalam masa yang sama, banyak lagi bentuk hiburan di luar sana yang lebih selamat lagi bermanfaat. Jadi, kenapa perlu terus berpoco-poco?

Wallahu a’lam..."