Adakah aku pelupa ?

Aku tak lupa dan bukan pula seorang pelupa. Puas aku cari , dimana aku letakkan telepon aku? Aku cari di tingkat atas rumahku, cari di dapor, cari di ruang tamu dan di ruang lain juga tak jumpa. Dimanakah kau wahai teleponku ?

Bila kali akhir aku gunakan mu? Aku cuba menyelusuri kegiatanku kelmarin. Pagi kelmarin ada kuliah di Sukaria. Kuliah yang cukup menarik. Tajuk..ummat yang terpilih oleh Allah. Mereka ini menyeru manusia berbuat baik dan mencegah manusia dari berbuat jahat dan beriman kepada Allah. Jika ketiga tiga perkara ini dilakukan bersekali iaitu tidak meninggalkan salah satu darinya , maka termaktub ia sebagai ummat pilihan Allah

Kemudian dihuraikan tentang mereka yang dihina oleh Allah dan diazab di dunia dan akhirat. Mereka yang meninggalkan tugas amar ma'ruf nahi mungkar. Mereka ini di bendung dengan kemiskinan dan kecelakaan hidup. Mengapa orang Melayu Islam selalu dikaitkan dengan kemiskinan dan kemunduran. Jawaban itu ada didalam Alquran.

Iaitu mereka yang meninggalkan Allah (menolak untuk menyembah Allah), mengabaikan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya dan memutuskan silaturrahim ( hubungan dengan manusia tidak baik). "Hablum minallah wa hablum minannas".

Lepastu aku pergi ke pejabat cikgu Fauzi, menghantar wang untuk  Qurban Mindanao. Masa tu masih gunakan telepon, tapi tak mungkin aku tinggalkan di sana. Kalaupon aku tertinggalnya, tentu cg antar telepon itu ke rumah aku...Tidak , tidak.

Aku singgah di surau pusu tiga. Achek sudah habis mengajar dan mereka sedang menghirup meehoon sup. Aku mengena dua mangkuk mee sup...rezeki aku murah. Lepastu balik ke rumah . Lepas masak tengahari, aku rehat dan terlena sebentar. Bangun untuk solat dan melayari muka buku untuk mengongsi maklumat dan mencari berita berita terkini.

Gawat gawat....situasi politik yang tidak menghiburkan hati. Kerenah ahli politik yang suka hisap darah rakyat, menggelapkan masa depan rakyat dengan hutang berbilion bilion ringgit. Apa dibuat dengan duit duit rakyat yang haram bagi mereka ?..Takutttttttttttttt aazab.

Kemudian , aku cuba mengingatkan kembali , bilakah kali akhir aku memegang telepon? Ya, selepas asar, Normah telepon aku, ngapa lambat datang. Ada majlis doa selamat bagi sahabat , pindah ke KL. Aku mengenakan pakaian dan memasukkan semua keperluan biasa dalam bag tangan hitam. Segera aku meninggalkan rumah dan 2 minit kemudian aku sampai. Oleh kerana hujan dan gopoh, bag tangan aku terjatuh. Masih aku menyangka tidak ada yang tertumpah ke tanah dan terus masuk ke surau. Majlis sudah bermula dan berakhir dengan penyampaian cenderahati dari jiran jiran setaman untuk sahabat yang akan berangkat esok.

Selesai jamuan aku pulang. Malam itu aku tidak menggunakan telepon dan terlupa langsung untuk bawa tidur. Pukul 4.00 pagi biasanya telepon berbunyi untuk solat tahajjut. Malam tadi tidak pula berbunyi dan aku tetap bangun seperti biasa , mengisi waktu sahur dengan tahajjud. Tidak teringat langsung pada sahabat karib itu.

Pagi tadi, pulang dari kuliah, aku mencari cari kekasihku. Tiada dimana mana dalam rumahku dan di luar rumah. Aku masih cuba mengingatkan kembali urutan peristiwa kelmarin.

Aku terpaksa keluar ke Desa Bakti, nak batalkan kelas . No telepon tidak ada dalam diary, semuanya dalam simpanan telepon. Rohok juga. Aku menjejaki ke taman sukaria . Harapanku, kalau ia nya tercicir di situ, tentunya sahabat disana akan menyimpannya. Aku mengintai ke rumput rumput tempat letak kereta. Tidak mungkin jatuh di situ dan tidak mungkin tidak dikutib oleh sesiapa.

Nampak dari kejauhan sampah sampah yang melata di rumput. Tidak mungkin ada lagi kalau ia tercicir di situ. Aku meneliti lagi dengan pandangan yang tajam dari dalam kereta. Tampak sesuatu yang berkilau dalam daunan rumput. Itukah kesayangan ku. Oh Tuhanku , Engkau menjaganya.

Aku mengambil dengan penuh kesyukuran, semalaman hujan dan hari ini pun hujan sepanjang hari. Sejuknya kamu. Tidak mungkin kau mati kerana kesejukan berendam dalam air sepanjang hari. Aku lapkan tubuhnya agar kering, tapi....oh kulitmu terkopak kopak. Sudah hilang serinya. Mukamu tidak bercahaya bila diusap. Dan tidak bersuara lagi. Kesiannya, kau sudah matikah?

Aku pepok pepok, tidak juga dia mahu bersuara. Aku panaskan untuk beberapa  lama. Menguji kembali agar ia dapat bersuara kembali. Aku katakan padanya . "Sudah sampai ajalmu, aku kena redha". Hampir kecewa, dan bercadang untuk membeli yang baharu...tentu mahal sekarang.

Tiba tiba....mengerlip mukanya dan kalimah bismillah ter surat di wajahnya. Oh , maha kasih Allah, syukur Engkau masih memanjangkan umurnya. Kini, dia boleh berkata kata dan membacakan Quran untukku lagi. Suara bacaanya sungguh Indah..