aku ingin pulang.

Dingin terasa seluruh tubuh. Ku cari selimut , ku pakai stokin tebal dan berbungkus tuala di kepala. kusangka dingin akan berkurang. Rupanya tidak.....rasa nyeri dingin menyelusup disekelian sarafku. Gigilan kecil mula terasa di bahagian dada dan menjalar ke paha , kaki dan belakang. Apakah aku demam ?

ziarah


Tidak, tidak,.....aku tidak mahu bayangkan yang bukan,,,bukan. Ustaz ada cerita , orang akan mati akan merasa gigilan manja pada hari ke tiga sebelum mati. Oh.....tuhan , apakah aku akan mati. Yang hidup pasti akan mati. Tidak boleh lari , maut senantiasa mencari kita. Besar ke kamu, kecil ke, derjat tinggi ke atau hina dina ke kamu , semua akan kembali kepada Tuhan yang satu.

"Perbanyakanlah taubat bila kita rasa aneh pada tubuh. Tambah lagi kalau rasa denyutan di dahi dan pusat." ingatan ustaz kepada ahli usrah yang sering mengikuti kelas fardhu ainnya. Aku rasa takut.....terkedu dan mengharap janganlah mati ketika ini.

Selimut ku ramas ramas. Ku rasa leher, dingin macam air sejuk di sekayu. Ku julurkan tangan dan pegang kaki sampai ke jemari dingin juga ....ya tuhan ampunkanlah aku andainya tika ini Kau memanggil aku pulang.

Bagaimana sakitnya mati ? Ketika nyawa disiat dari segala urat, dilolot dari segala saraf dan dipepat dari segala daging. Kata ustaz, macam meletakkan besi panas pada daging , kemudian besi itu ditarik samada pelahan atau cepat , pasti daging tadi terseret sama....sakit.. Kata yang lain pula semacam duri yang banyak ditarik menyongsang pada daging hidup.... Apa apalah.

Jika kita lihat seorang ibu yang mengandung, sembilan bulan menanggung sakit dan bila nak melahirkan itu bak kata" putus nyawa" dari badan. Terhenti rasanya nyawa untuk menahan sakit ketika bersalin seorang bayi. Ibu itu boleh ceritakan sakit itu dengan kata "tak dapat nak cerita bagaimana peritnya sakit melahirkan anak " . Inikan pula orang yang akan mati. Macam mana nak cerita perjalanan roh dan sakit yang tertanggung olehnya. Tak ...tak boleh , tanggung dan rasa sendirilah.

Apa yang berlaku ialah mata mulai kelabu dan rabun. Telinga yang mendengar sudah hilang daya dengarnya. Lidah yang petah berkata, menggulung ke dalam tekak dan suara berbolot bolot. Anggota tubuh mendingin secara keseluruhannya dan nyawa mula menyesak ke dada. Menaik nyawa ke kerongkong dan kita akan mendengar kegeruhan bila nyawa itu ditarik untuk kali terakhir atau cabutan yang perlahan (lembut) sehingga tidak dapat dipastikan bila hilangnya nyawa.

"Malaikat diperintahkan untuk mencari rezeki untuk anak Adam. Air, makanan dan udara (O2). Maka terbanglah mereka mencari , masihkah ada untuk si anak Adam ini. Malaikat yang jaga air ,mencari seantero dunia air untuknya tetapi tidak ada. Malaikat jaga makanan pun begitu juga malaikat jaga udara atau nyawa untuk keperluan tubuh anak Adam, tidak ditemui walau sezarah lagi. Maka tibalah ketentuan Ilahi, anak Adam itu tidak dapat tidak , rohnya mesti keluar dari jasadnya", cerita ustaz Wazir. Orang ramai tertegun mendengarnya. Bukan nampak malaikat kelamkabut mencari nyawa, air dan makanan. Yang kita nampak bila disuap makanan , habis keluar, bila si sudukan air , tak masuk dalam tekak , bila masukkan darah , darah pun tak mengalir dalam urat urat darah. Pam kan gas O2, tak bergerak kerana kerongkong dan paru paru sudah sempit.

Ke mana lagi aku ? Nak lari ! Lari lah , cuba kalau boleh. Lihatlah kaki yang kaku dan membiru. Nak angkat sudah tiada daya , inikan pula nak lari.

Ketika inilah ada roh yang memberontak kerana terpaksa keluar dari jasad. Roh ini, merayau seluruh tubuh kerana ingin lari dari cekaman malikul maut." Ke mana kamu nak lari wahai roh yang jahat lagi durhaka pada Tuhan" , jerit malaikat yang bertugas ketika itu . Tiada jalan lain melainkan roh itu di pukul dengan sayapnya bagi memaksanya keluar dari tubuh. Meraunglah roh itu dan keluarlah dengan cara terpaksa. Alangkah ngerinya kalau kita melihat anak Adam yang dipaksa berpisah dengan rohnya.

Lain pula yang berlaku kepada anak Adam yang baik . Malaikat mengucapkan salam dan menjemput roh keluar dengan lembut dan santun. Roh merestuinya kerana dia terlalu rindu untuk berjumpa Tuhannya. Selama ini dia melaksanakan semua perintah Tuhan , padahal dia tidak nampak Tuhan. Selama ini ia mengekang nafsunya kerana takut Tuhan marah. Selama ini dia menyebut nyebut nama Tuhan , biarpun dia tidak mendengar suara jawaban dari Tuhannya. Ia tidak peduli , apakata manusia kepadanya. ia tetap melaksanakan apa yang diimaninya selama ini. Biarlah orang kata di menolak dunia, ortodoks, kolot, ketinggalan zaman dan sebagainya. Asal hati menyebut Allah dan dia dapat merasakan ketenangan dan kebahagiaan yang dijanjikan Tuhan. Sekarang sampai masa Tuhanku memanggil aku pulang. Aku menyehut seruanMu dengan redha Ya Allah. Terimalah amalan yang aku persembahkan ini.

"Ini solatku yang wajib sehari semalam. Yang berkurang aku pohon ampun. Ini solat sunatku ya Allah ". Rayu roh anak Adam semasa berjumpa tuhan di langit . "Ini puasa ku, ini zakat hartaku, ini sedekahku, ini perbuatan baikku dengan manusia, ini umrah dan hajiku ,ya Allah ....... terimalah ". Rayuan kehambaan di hari penyembahan amal. Roh anak Adam di perjalankan ke langit langit hingga bertemu Allah di Sidratul Muntaha.

Jauhnya dan cepatnya perjalanan roh seperti perjalanan cahaya. Kalau berjasad, kena jalan dengan kaki atau kenderaan tetapi bila bebas dari penjara jasad , roh berada dalam kenderaan malaikat...seronoknya.

Kalau begitu keadaannya , aku redhalah ya Allah, ampunkanlah aku dan terimalah aku pulang.

terima kasih kakak

Tidak sangka , tidak juga terbayangkan bagaimana perasaan bila membaca pesanan ringkas dari sesaorang yang rapat hubungannya dengan kita.

"nak gi umrah ni, isnin dan penerbangan 9.00 pagi", ringkas dan penuh makna.
Tanpa bicara, aku bertanya lanjut, dengan siapa dan siapa yang hantar ke 'airport'. Jawapan juga ringkas. Aku terus memberi jawaban yang aku akan ke sana. Itu seolah olah macam janji dan janji mesti ditepati.

Kebetulan , minggu itu aku sibuk. Adik Hakim nak pergi sekolah memandu dan mesti awal pagi. Kakak Milah ada kerja di Yayasan Terengganu dan mesti tiba awal juga ke sana. Aku mengatur waktu dan membahagikan masa sesempit itu untuk tiga tujuan. Bolehkah aku bertemu dengan kkk sebelum penerbangan ? Sempatkah aku hantar kakak milah ke YT ? Dan bagaimana dengan adik Hakim ? Susah juga ye. Yang ini terabai , merajuk. Yang ini tidak diberi perhatian berasa hati. Yang perlu , aku beri rasa kasih sayang itu untuk ramai insan supaya mereka tidak kecewa.

Pukul 7.30 aku ke 'airport' dengan harapan dapat berjumpa semasa "check in'. Menunggulah aku hingga 8.30 pagi. Aku perhatikan setiap kereta yang berhenti untuk menurunkan penumpang. Tidak terlihat kelibat orang yang aku tunggu. Antara dua perasaan , ingin berjumpa dan meninggalkan 'airport' dengan rasa berat hati kerana terikat dengan janji asal kelmarin. Aku memecut laju untuk menghantar kakak milah ke YT. Sepulang dari bandar aku kembali ke 'airport', tetapi suasana sudah lengang.

Kkk maafkan aku kerana tidak sempat berjumpa dan menghantar kkk dengan pandangan mata.
Berderai air mata dan sebak rasa dada. Jantung berdenyut ganas . Sesal yang teramat kerana tidak berada di sana segera sebagaimana janji.

Apa pun doaku moga kkk selamat pergi dan dapat menunaikan ibadah dengan sempurna. Pesanan di hantar dan kami berbalas pesanan untuk beberapa waktu. Hatiku kembali tenang dan bahagia bila kkk menyebut 'terima kasih kerana sudi datang w/pun tidak sempat jumpa'.

Eid ul-Fitri 2010















Raya dan bahgia

Saban tahun, sehari sebelum raya aidil fitri , kami sekeluarga memulakan musafir untuk pulang ke Pekan Pahang. Hari aidul Adha kami bermusafir ke Besut. Pembagian yang dipersetujui seawal perkahwinan kami.

Pada tahun ini yang berbetulan dengan ulang tahun perkahwinan kami yang ke 25, ulang tahun kelahiran 3 insan antara kami, abah, idah dan ilah , serta istiadat perkahwinan anak keempat kami yang akan berlangsung, maka kami merayakannya di kediaman kami sendiri. Suatu permulaan sebuah keluarga sempurna .

Solat di pagi raya di masjid Wakaf Tembesu. Waktu begini masjid itu akan dikunjungi ramai insan .Yang jauh yang dekat datang bertandang. Yang berkeluarga dan bujang sama sembahyang. Berpangkat atau tiada derajat sama bermunajat kepada Tuhan yang satu (esa). Qiamnya sama, ruku' nya sama , sujudnya sama , mendengar kutbah yang satu dan berdoa untuk keselamatan dunia dan akhirat kepada Allah , tuhan yang sama. Di masjid tiada berbeza, yang berbezanya bila keluar dari masjid, engkau mencari haluan engkau dan aku dengan haluan aku.

Sempat juga aku menghitung amal....Ya Allah, apakah puasaku mabrur ? apakah amal solehku yang terbaik ? apakah dosaku diampun ? apakah aku mendapat kebebasan dari api nerakamu ?
Mengenangkan itu , manik manik air menitis di kedua kelopak mataku. Syahdu dan sayu, sebak yang menggoncang dada. Ya Allah ampunkan aku dan bebaskan aku dari nerakamu.......

Kutbah dibaca oleh wakil rakyat dengan cara terbaru multimedia. Jemaah dapat membaca sambil mendengar isi kutbah melalui 'screen' besar . Pun begitu ada juga jemaah yang tidak mengendahkan ucapan kutbah. Apa yang dapat dikutip ialah seruan untuk bertakwa kepada Allah , mengamalkan islam yang syumul dan menjaga silaturrahim antara manusia.

Selesai solat , bersalamanlah antara kami. lebih seronok kita dapat berjumpa dengan sababat sahabat .

Pulang ke rumah dengan kegembiraan dan harapan. Bergambar anak beranak, 5 orang yang ada di sisi, anak yang ke 5 beraya di Syria. Oleh kerana aku sudah terbiasa berjauhan dengan anak anak , ketiadaan mereka tidak terkesan sangat. Tahun lepas kami sambut raya, anak ke 3 beraya di United kingdom. Tahun sebelumnya , anak bongsu kami tidak beraya bersama kami. Di ke Kuwait dalam bulan ramdhan dan beraya di sana. Begitulah keluargaku tidak pernah cukup bilangannya. Walaubagaimanapun, hatiku seronok, puas dan bahgia melihat kejayaan yang Allah berikan kepada mereka. Mudah mudahan berkat dan selamat.

Ibu mana yang tidak bahgia, anak yang kecil dulu di gendong dalam rahim dengan susah payah, kemudian didukung dengan kelelahan dan keletihan, disusui hampir 2 tahun, dipujuk dan dibujuk bagi meredakan tangisan. Mereka membesar depan mata. Belajar depan mata. Makan minum dan pakai memakai depan mata. Segala masalah diadu pada ibu segera dan segala permintaan kabul segera. oh.....anak anakku tangan inilah yang menimangmu, tangan inilah yang menyuapkan makanan ke mulut kecilmu. Tangan inilah yang menghayun buaimu dan mulut inilah mendodoi tidurmu. Mulut inilah yang mengajar kalimat suci untukmu , mulut inilah yang mengucup pipimu dan memberi sayang kepadamu. Ingatlah anak anakku..........

Bukan balas yang dipinta dan bukan belas yang mahu ibu terima. Cukuplah engkau menberi perhatian di hari hari tua dan doakan ibu bahgia dunia dan akhirat.

Ramadhan ini

Kedatangan ramadhan aku nanti dengan penuh debaran. Segala persediaan fizikal, mental dan perasaan diperkemaskan. Hutang hutang puasa tiada. Hutang dengan manusia tak ada. Kalau ada aku berhutang dengan diri sendiri sebab tidak melangsaikan segala kewajiban dan amanah dengan sebaiknya.

Hari hari Ramadhan , selain puasa dan menjaga adab adab puasa , aku berkesempatan untuk beramal kebajikan dan bersedekah jariah. Pada pagi hari (31 ogos 2010) aku, ketua muslimin dan setiausahanya mengiringi wakil Ustaz Abu Bakar menjelajah kampung dan taman sekitar Qariyah Permint Makmur untuk menyampaikan sumbangan sekadarnya. Infaq dari masyarakat dan korporat muslim diagihkan kepada anak anak yatim, fakir miskin dan keluarga dhaif. Biarpun nilai sumbangan itu kecil tetapi yang memberi berjiwa besar dan yang menerima merasai mereka dihargai dan dicaknai.

Selain itu, dua orang sahabat muslimah menyertai konvoi kebajikan kami. Permulaan perjalanan dan mampir ke rumah keluarga dhaif. Rumah kecil , berpenghuni empat beranak, ketika kami sampai jam sudah 9.30 pagi. Suaminya tiada, kami mengambil masa yang lama untuk berjumpa mereka kerana terpaksa menggerakkan mereka dari mimpi siang hari. Tak apa, kami sabar menunggu. Asalkan sumbangan dapat disampaikan dari tangan ke tangan. Oleh kerana perima itu perempuan, wakil ustaz memberi penghormatan untukku menyampaikan sumbangan. Tangan menghulur salam, disambut dengan senyuman. Sumbangan diberi kasih diterima.

Kami meneruskan perjalanan, rumah kedua milik keluarga nelayan. Pintu diketuk salam diberi. Keluarlah si isteri dalam keadaan yang tidak menyangka kedatangan kami...orang asing. Sempat aku menasihatkan supaya memakai tudung kerana yang datang bersamaku itu muslimin. Ia akur dengan arahan. Sumbangan dihulur dengan kuntuman senyum yang cukup puas.

Kami ke destinasi seterusnya, rumah yang penghuninya 11 orang. Biar miskin harta tapi kaya anak. Itu anugerah Allah. Kedatangan aku dan rombongan disambut ceria. Mereka kenali kami, sebab saban tahun keluarga ini tersenarai dalam penerima zakat dan sedekah.

Jumlah sumbangan kali ini untuk 8 keluarga yang terpilih.Walaubagaimanapun, masih ada kuota tambahan yang akan menyusul kemudian dan tugas itu diserahkan kepada muslimat untuk menguruskannya.

Apa yang menarik kali ini, kami pergi ke rumah ibu tunggal beranak dua. Terkejutnya dia.....keluar bertudungkan tuala berkain batik separuh betis. Aku membisikkan supaya memakai tudung kemas dan pakaian sempurna. Dia masuk semula untuk berpesalinan kemas, berbaju kurung berkain batik. Mungkin dalam kelamkabut begitu tidak terperasan kain batiknya macam orang nak masuk bendang....Tidak heran sebab itulah kehidupan orang Melayu kita, yang tidak cakna tentang aurat dan pakaian.

Sumbangan kami sampaikan . Setiausaha kami siap dengan kameranya untuk merakamkan detik sejarah ibadah kebajikan anjuran PAS Tepuh dan PAS Cawangan Permint Makmur.

Satu program penutup tadarrus peringkat cawangan diadakan pada pagi 29 0g0s lalu. Kami tidak sempat memanggil semua ahli, cuma kami maklumkan pada kelas kelas fardhu ain. Semua ajk cawangan hadir kecuali sahabat yang ada pertembungan tadarrus di surau lain. Kami isi dengan zikir munajad, tazkirah dan bacaan quran. Perpisahan yang indah dengan bingkisan kurma untuk berbuka puasa.

Aku mengharap ramadhan ini adalah ramadhan terbaik untukku. Siang dan malamnya dipenuhi dengan tuntutan ibadah dan sunnah. Apa yang diwariskan oleh Rasul junjungsn aku laksanakan sekadar termampu. Zikir dan istighfar, solat dan doa dipenuhi disetiap sudut masa yang ada. Aku mengharap redha Allah yang Maha Kaya.

Ya Allah terimalah ibadah kami , redhailah syurga untuk kami dan jauhkan kami dari azab nerakaMu.

muhasabah ramadhan

Nabi Muhammad saw tidak pernah meninggalkan amalan iktikaf ini sehinggalah beliau wafat. Mengenai kelebihan iktikaf, menurut hadis Nabi,” Sesiapa yang beriktikaf satu hari kerana mencari reda Allah, DIA akan menjadikan antara dirinya dan api neraka sejarak tiga buah parit. Jarak antara setiap satu parit itu lebih jauh daripada jarak antara dua mata angin” (At-Tabrani dan Hakim). Oleh itu, kempen iktikaf di akhir Ramadan ini perlu diperhebatkan di kalangan umat.

Sekarang kita sudah berada di sepuluh hari terakhir dalam bulan Ramadan. Sesungguhnya inilah
peluang terbaik untuk umat Islam memperbaiki amalan mereka dan meningkat nilai takwa mereka. Akan tetapi, jika kita perhatikan dalam masyarakat kita, apakah benar- benar umat Islam di sekeliling kita mengambil manfaat daripada ganjaran yang telah dijanjikan ini? Secara umum, bulan Ramadan ialah bulan yang penuh barakah dan rahmat.

Barangsiapa yang benar- benar mengkhususkan bulan Ramadan ini untuk memperbaiki diri sendiri dan meningkat takwa, akan diperolehi apa yang dihajatinya. Ini terbukti dalam satu Hadis Nabi Muhammad Sallallhu’alaihi Wassalam yang berbunyi,
” Barangsiapa yang mendirikan Ramadan dengan keimanan dan mengharapkan balasan Allah, akan diampuni dosa-dosa yang sebelumnya”. Malahan ada ulama yang membuat perumpamaan tentang bulan Ramadan ini dengan menceritakan Ramadan ibarat sebuah kapal besar yang melabuh di sebuah pulau, dan di dalam kapal itu sarat dengan khazanah yang bernilai tinggi seperti emas, permata, intan dan sebagainya, termasuk sumber makanan yang banyak. Kapa itu berlabuh di pulau itu sekadar satu bulan sahaja.

Maka nahkoda kapal mengumumkan kepada penduduk pulau itu bahawa ambillah apa sahaja yang kamu mahu daripada pulau itu, kerana ia akan belayar kembali dalam tempoh sebulan. Maka, apabila sudah dibuat tawaran emas seperti itu, ramai yang terbondong- bondong mengambil khazanah yang bernilai tinggi itu. Namun demikian, sudah pasti juga ada yang mengambil sikap berkecuali dalam tawaran itu.

Golongan ini tidak mengambil berat dengan ganjaran yang ditawarkan itu. Mereka masih meneruskan kegiatan tradisi mereka seperti bermain dam haji, berlepak, bersembang dan sebagainya yang tidak mendatangkan faedah. Dalam konteks hari ini, perumpamaan ini terjadi dalam masyarakat kita. Apakan tidak, jika kita perhatikan dalam sumber Al- Quran dan Hadis, banyak menceritakan tentang kelebihan bulan Ramadan ini. Apatahlagi ketika sepuluh malam terakhir ini. Di dalam surah Al- Qadr, apabila diberitahukan akan datang satu malam yang dinamakan ‘Malam Qadar’ yang meyamai seribu bulan. Seribu bulan bersamaan dengan lebih kurang 84 tahun. Sesungguhnya inilah kelebihan yang telah diberikan oleh Allah kepada umat akhir zaman yang tidak diperolehi oleh umat- umat sebelumnya.

Ketika sepuluh malam terakhir kita disunatkan untuk beriktikaf di masjid dan membanyakkan amalan membaca Al- Quran, mendirikan solat sunat, berzikir dan sebagainya. Iktikaf bermaksud, mendiami atau menetap di masjid dengan cara tertentu. Iktikaf merupakan salah satu ibadat yang ditunjukkan oleh Nabi Muhamad saw. Dalam satu hadis, “Nabi saw selalu beriktikaf pada sepuluh akhir Ramadan sehinggalah baginda wafat. Kemudian isteri- isteri baginda pula beriktikaf selepas kewafatan baginda” (Riwatat Bukhari dan Muslim).

Nabi Muhammad saw tidak pernah meninggalkan amalan iktikaf ini sehinggalah beliau wafat. Mengenai kelebihan iktikaf, menurut hadis Nabi,” Sesiapa yang beriktikaf satu hari kerana mencari reda Allah, DIA akan menjadikan antara dirinya dan api neraka sejarak tiga buah parit. Jarak antara setiap satu parit itu lebih jauh daripada jarak antara dua mata angin” (At-Tabrani dan Hakim) Malah, kesempatan beriktikaf itu ialah untuk mencari malam Qadr yang dijanjikan dengan ibadah seperti seribu bulan.

akhlaq dengan binatang

Akhlak Terhadap Binatang
29-06-2010 / 06:30:37

Dalam riwayat disebutkan pentingnya posisi binatang dalam menentukan terbukanya pintu syurga dan neraka.


Persaudaraan dan kasih sayang adalah harga mati untuk sesama manusia, secara khusus adalah kepada sesama muslim didunia ini. Allah menciptakan manusia didampingi perbagai makhluk lain di dunia yakni tumbuhan dan hewan, semua diciptakan untuk kemaslahatan dan pemenuhan kebutuhan dalam mencapai kesejahteraan dunia dan akhirat.

Dalam riwayat disebutkan pentingnya posisi binatang dalam menentukan terbukanya pintu syurga dan neraka. Seseorang yang berperilaku hina telah selamat dan masuk syurga hanya dikarenakan menolong anjing kehausan, sebaliknya seseorang yang rajin ibadah dan beramal tetapi membiarkan kucingnya terkurung dan mati karena tidak bisa makan menjadikan sang pemilik menjadi ahli neraka.

Sebagian umat Islam salah memahami doktrin Islam tentang najis besar (najis mughaladzah) yang berasal dari hewan. Kesalahan pemahaman ini mengakibatkan tindakan di luar batas kewajaran terhadap binatang yang dinilai membawa kenajisan, seperti anjing. Padahal Islam mengajarkan sikap lemah lembut terhadap binatang apapun.

Kalaupun kita harus membunuh karena mereka karena mengganggu atau memang untuk dimakan, ditetapkan oleh Allah harus dengan cara-cara yang lembut dan kasih sayang, jauh dari penyiksaan.

Berikut ini kami cuplikan hadist-hadist tentang wajibnya menyayangi binatang di sekitar kita.

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ ص: اَلرَّاحِمُوْنَ يَرْحَمُهُمُ الرَّحْمنُ، اِرْحَمُوْا مَنْ فِى اْلاَرْضِ يَرْحَمْكُمْ مَنْ فِى السَّمَاءِ



Dari 'Abdullah bin 'Amr, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda, "Orang-orang yang penyayang itu disayangi oleh Allah yang Maha Penyayang. Maka sayangilah yang di bumi, niscaya yang berada di langit menyayangi kalian". [HR. Tirmidzi juz 3, hal. 216, no. 1989, dan ia berkata : Ini hadits hasan shahih]

عَنْ اَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ: سَمِعْتُ اَبَا اْلقَاصِمِ الصَّادِقَ اْلمَصْدُوْقَ ص صَاحِبَ هذِهِ اْلحُجْرَةِ يَقُوْلُ: لاَ تُنْزَعُ الرَّحْمَةُ اِلاَّ مِنْ شَقِيّ


Dari Abu Hurairah, ia berkata : Aku mendengar Abul Qashim SAW orang yang benar lagi dibenarkan, pemilik kamar ini bersabda, "Tidaklah dicabut rasa kasih sayang kecuali dari orang yang celaka". [HR. Abu Dawud juz 4, hal. 286, no. 4942]

عَنْ اَبِى هُريْرَةَ اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ ص قَالَ: بَيْنَمَا رَجُلٌ يَمْشِى بِطَرِيْقٍ اشْتَدَّ عَلَيْهِ اْلعَطَشُ فَوَجَدَ بِئْرًا، فَنَزَلَ فِيْهَا فَشَرِبَ، ثُمَّ خَرَجَ. فَاِذَا كَلْبٌ يَلْهَثُ يَأْكُلُ الثَّرَى مِنَ اْلعَطَشِ، فَقَالَ الرَجُلُ: لَقَدْ بَلَغَ هذَا اْلكَلْبَ مِنَ اْلعَطَشِ مِثْلُ الَّذِى كَانَ بَلَغَ مِنّى، فَنَزَلَ اْلبِئْرَ فَمَـَلأَ خُفَّهُ مَاءً ثُمَّ اَمْسَكَهُ بِفِيْهِ حَتَّى رَقِيَ فَسَقَى اْلكَلْبَ فَشَكَرَ اللهَ لَهُ فَغَفَرَ لَهُ. قَالُوْا: يَا رَسُوْلَ اللهِ، وَ اِنَّ لَنَا فِى هذِهِ اْلبَهَائِمِ َلاَجْرًا؟ فَقَالَ: فِى كُلّ كَبِدٍ رَطْبَةٍ اَجْرٌ.


Dari Abu Hurairah, bahwasanya Rasulullah SAW bersabda, “Pada suatu ketika ada seorang laki-laki berjalan di jalan, lalu ia merasa sangat haus, kemudian ia menemukan sebuah sumur, maka ia turun padanya lalu minum airnya. Kemudian ia keluar, tiba-tiba ada seekor anjing yang menjilat-jilat tanah karena kehausan. Maka laki-laki itu berkata (dalam hatinya), “Sungguh anjing ini merasa kehausan seperti halnya diriku tadi”. Lalu ia turun lagi ke sumur, lalu memenuhi sepatunya dengan air, lalu ia menggigitnya dengan mulutnya sehingga sampai di atas, kemudian ia memberi minum anjing itu, maka Allah berterima kasih kepada laki-laki itu, dan Dia mengampuninya”. Para shahabat bertanya, “Ya Rasulullah, apakah kita mendapat pahala dalam menolong binatang ?”. Rasulullah SAW bersabda, “Menolong pada setiap yang bernyawa itu berpahala”. [HR. Muslim juz 4, hal. 1761]

عَنْ اَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ ص: بَيْنَمَا كَلْبٌ يُطِيْفُ بِرَكِيَّةٍ قَدْ كَادَ يَقْتُلُهُ اْلعَطَشُ اِذْ رَأَتْهُ بَغِيٌّ مِنْ بَغَايَا بَنِى اِسْرَائِيْلَ فَنَزَعَتْ مُوْقَهَا فَاسْتَقَتْ لَهُ بِهِ فَسَقَتْهُ اِيَّاهُ فَغُفِرَ لَهَا بِهِ


Dari Abu Hurairah, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda, “Pada suatu ketika ada seekor anjing yang berputar-putar mengelilingi sumur, dan hampir-hampir mati karena kehausan. Tiba-tiba ada seorang pezina diantara wanita pezina dari kaum Bani Israil melihatnya, lalu wanita itu melepas sepatunya untuk mengambil air untuk memberi minum anjing tersebut, lalu ia memberi minum kepada anjing tersebut, maka ia diampuni karena perbuatan itu. [HR. Muslim juz 4, hal. 1761]

عَنِ ابْنِ عُمَرَ رض عَنِ النَّبِيّ ص اَنَّهُ قَالَ: دَخَلَتِ امْرَأَةٌ النَّارَ فِى هِرَّةٍ رَبَطَتْهَا، فَلَمْ تُطْعِمْهَا، وَ لَمْ تَدَعْهَا تَأْكُلُ مِنْ خَشَاشِ اْلاَرْضِ


Dari Ibnu 'Umar RA, dari Nabi SAW, beliau bersabda, "Ada seorang wanita masuk neraka disebabkan seekor kucing yang dia mengikatnya dan tidak memberinya makan, dan tidak pula melepaskannya sehingga kucing tersebut bisa makan serangga-serangga bumi". [HR. Bukhari juz 4, hal. 100]

عَنْ عَبْدِ اللهِ اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ ص قَالَ: عُذّبَتِ امْرَأَةٌ فِى هِرَّةٍ سَجَنَتْهَا حَتَّى مَاتَتْ، دَخَلَتْ فِيْهَا النَّارَ لاَ هِيَ اَطْعَمَتْهَا وَ سَقَتْهَا اِذْ هِيَ حَبَسَتْهَا، وَلاَ هِيَ تَرَكَتْهَا تَأْكُلُ مِنْ خَشَاشِ اْلاَرْضِ


Dari ‘Abdullah, bahwasanya Rasulullah SAW bersabda, "Seorang wanita disiksa karena seekor kucing yang dia mengurungnya sampai mati, maka ia masuk neraka karena kucing itu. Ia mengurungnya dan tidak memberinya makan dan minum, dan tidak pula dia melepaskannya sehingga bisa makan serangga-serangga bumi". [HR. Muslim juz 4, hal. 2022]

عَنْ عَبْدِ الرَّحْمنِ بْنِ عَبْدِ اللهِ عَنْ اَبِيْهِ قَالَ: كُنَّا مَعَ رَسُوْلِ اللهِ ص فِى سَفَرٍ فَانْطَلَقَ لِحَاجَتِهِ، فَرَأَيْنَا حُمَّرَةً مَعَهَا فَرْخَانِ، فَاَخَذْنَا فَرْخَيْهَا، فَجَاءَتِ اْلحُمَّرَةُ فَجَعَلَتْ تَعْرُشُ فَجَاءَ النَّبِيُّ ص فَقَالَ: مَنْ فَجَعَ هذِهِ بِوَلَدِهَا؟ رُدُّوْا وَلَدَهَا اِلَيْهَا، وَرَأَى قَرْيَةَ نَمْلٍ قَدْ حَرَقْنَاهَا فَقَالَ: مَنْ حَرَقَ هذِهِ؟ قُلْنَا نَحْنُ. قَالَ: اِنَّهُ لاَ يَنْبَغِى اَنْ يُعَذّبَ بِالنَّارِ اِلاَّ رَبُّ النَّارِ


Dari ‘Abdur Rahman bin ‘Abdullah, dari ayahnya, ia berkata, "Dahulu kami pernah bersama Rasulullah SAW di dalam safar, lalu beliau pergi untuk buang hajat, lalu kami melihat seekor burung Hummarah (burung yang berwarna merah) bersama dua anaknya, maka kami ambil dua anak burung tersebut. Kemudian burung Hummarah tersebut datang dan bergelantung, lalu Nabi SAW datang dan bersabda, "Siapa yang membuat sedih burung ini dengan mengambil anaknya ?". Kembalikanlah anaknya itu kepadanya. Dan beliau pernah melihat sarang semut yang kami telah membakarnya, maka beliau bertanya, "Siapa yang membakar sarang semut ini ?". Kami menjawab, "Kami (yang membakarnya)". Beliau SAW bersabda, "Sesungguhnya tidak pantas menyiksa dengan api kecuali Tuhannya api". [HR. Abu Dawud juz 3, hal. 55, no. 2675]

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ جَعْفَرٍ قَالَ: اَرْدَفَنِى رَسُوْلُ اللهِ ص خَلْفَهُ ذَاتَ يَوْمٍ، فَاَسَرَّ اِلَيَّ حَدِيْثًا لاَ اُحَدّثُ بِهِ اَحَدًا مِنَ النَّاسِ، وَ كَانَ اَحَبُّ مَا اسْتَتَرَ بِهِ رَسُوْلُ اللهِ ص لِحَاجَتِهِ هَدَفًا اَوْ حَائِشَ نَخْلٍ، قَالَ: فَدَخَلَ حَائِطًا لِرَجُلٍ مِنَ اْلاَنْصَارِ فَاِذَا فِيْهِ جَمَلٌ فَلَمَّا رَأَى النَّبِيَّ ص حَنَّ وَ ذَرَفَتْ عَيْنَاهُ، فَاَتَاهُ النَّبِيُّ ص، فَمَسَحَ ذِفْرَاهُ فَسَكَتَ، فَقَالَ: مَنْ رَبُّ هذَا اْلجَمَلِ؟ لِمَنْ هذَا اْلجَمَلُ؟ فَجَاءَ فَتًى مِنَ اْلاَنْصَارِ فَقَالَ: لِى يَا رَسُوْلَ اللهِ، فَقَالَ: اَفَلاَ تَتَّقِى اللهَ فِى هذِهِ اْلبَهِيْمَةِ الَّتِى مَلَّكَكَ اللهُ اِيَّاهَا. فَاِنَّهُ شَكَا اِلَيَّ اِنَّكَ تُجِيْعُهُ وَ تُدْئِبُهُ


Dari 'Abdullah bin Ja'far, ia berkata, "Pada suatu hari Rasulullah SAW memboncengkan saya, lalu beliau merahasiakan perkataan yang saya tidak akan menceritakannya kepada seseorangpun diantara manusia. Dan sesuatu yang paling disukai oleh Rasulullah SAW untuk dinding ketika beliau buang hajat adalah gundukan tanah atau pohon-pohon kurma. Lalu beliau masuk kebun kepunyaan orang Anshar, maka tiba-tiba di dalam kebun itu ada seekor unta. Setelah unta itu melihat Nabi SAW, dia menangis dan berlinang kedua matanya. Kemudian Nabi SAW mendatangi unta tersebut dan mengusap bagian belakang kepalanya, lalu (unta itu) diam. Kemudian beliau bersabda, "Siapa pemilik unta ini ? Kepunyaan siapa unta ini ?". Kemudian datang seorang pemuda Anshar dan berkata, "Kepunyaan saya ya Rasulullah". Maka beliau bersabda, "Mengapa kamu tidak takut kepada Allah dalam memperlakukan binatang ini yang Allah telah memilikkannya kepadamu ?". Sesungguhnya dia mengadu kepadaku bahwa kamu membiarkannya lapar dan kamu membebaninya dengan pekerjaan yang berat". [HR. Abu Dawud juz 3, hal. 23, no. 2549]

عَنْ سَهْلِ بْنِ اْلحَنْظَلِيَّةِ قَالَ: مَرَّ رَسُوْلُ اللهِ ص بِبَعِيْرٍ قَدْ لَحِقَ ظَهْرُهُ بِبَطْنِهِ، فَقَالَ: اِتَّقُوا اللهَ فِى هذِهِ اْلبَهَائِمِ اْلمُعْجَمَةِ، فَارْكَبُوْهَا صَالِحَةً، وَ كُلُوْهَا صَالِحَةً


Dari Sahl bin Handhaliyah, ia berkata : Rasulullah SAW pernah melewati seekor unta yang sangat kurus, maka beliau bersabda, "Takutlah kalian kepada Allah dalam memperlakukan binatang yang tidak bisa berbicara ini. Naikilah binatang itu secara baik dan makanlah binatang itu secara baik pula". [HR. Abu Dawud juz 3, hal. 23, no. 2548]

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَبَّاسٍ رض اَنَّ رَجُلاً اَضْجَعَ شَاةً يُرِيْدُ اَنْ يَذْبَحَهَا، وَ هُوَ يُحِدُّ شَفْرَتَهُ فَقَالَ النَّبِيُّ ص: اَتُرِيْدُ اَنْ تُمِيْتَهَا مَوْتَاتٍ، هَلاَّ حَدَّدْتَ شَفْرَتَكَ قَبْلَ اَنْ تُضْجِعَهَا


Dari ‘Abdullah bin 'Abbas RA, bahwasanya ada seorang laki-laki membaringkan seekor kambing yang ia akan menyembelihnya sambil dia mengasah pisaunya. Maka Nabi SAW bersabda, "Apakah kamu ingin mematikannya beberapa kali ? Mengapa kamu tidak mengasah pisaumu dulu sebelum membaringkannya ?". [HR. Hakim juz 4, hal. 257, no. 7563. Ia berkata, "Shahih atas syarath Bukhari]

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرٍو اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ ص قَالَ: مَا مِنْ اِنْسَانٍ قَتَلَ عُصْفُوْرًا فَمَا فَوْقَهَا بِغَيْرِ حَقّهَا اِلاَّ سَأَلَهُ اللهُ عَزَّ وَ جَلَّ عَنْهَا. قِيْلَ: يَا رَسُوْلَ اللهِ، وَ مَا حَقُّهَا؟ قَالَ: يَذْبَحُهَا فَيَأْكُلُهَا، وَ لاَ يَقْطَعُ رَأْسَهَا فَيَرْمِى بِهَا


Dari 'Abdullah bin 'Amr bahwasanya Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah manusia membunuh burung pipit atau diatasnya tanpa haqnya kecuali Allah ‘Azza wa Jalla pasti minta pertanggungjawabannya (pada hari qiyamat)". Lalu ditanyakan, "Ya Rasulullah, apa itu haqnya ?". Beliau bersabda, "Haqnya yaitu ia menyembelihnya lalu memakannya, bukan ia memotong kepalanya lalu membuangnya". [HR. Nasai juz 7, hal. 207]

عَنْ عَمْرِو بْنِ الشَّرِيْدِ قَالَ: سَمِعْتُ الشّرِيْدَ رض يَقُوْلُ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ ص يَقُوْلُ: مَنْ قَتَلَ عُصْفُوْرًا عَبَثًا عَجَّ اِلَى اللهِ عَزَّ وَ جَلَّ يَوْمَ اْلقِيَامَةِ يَقُوْلُ: يَا رَبّ اِنَّ فُلاَنًا قَتَلَنِى عَبَثًا، وَ لَمْ يَقْتُلْنِى مَنْفَعَةً


Dari ‘Amr bin Syariid, ia berkata : Saya mendengar Syariid berkata : Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa membunuh burung pipit untuk main-main, maka pada hari qiyamat nanti burung itu akan mengadu kepada Allah ‘Azza wa Jalla seraya berkata, "Wahai Tuhanku, sesungguhnya si fulan telah membunuhku untuk main-main dan tidak membunuhku untuk diambil manfa’atnya". [HR. Nasai juz 7, hal. 239]

عَنْ سَعِيْدِ بْنِ جُبَيْرٍ قَالَ: مَرَّ ابْنُ عُمَرَ بِفِتْيَانٍ مِنْ قُرَيْشٍ قَدْ نَصَبُوْا طَيْرًا وَ هُمْ يَرْمُوْنَهُ، وَ قَدْ جَعَلُوْا لِصَاحِبِ الطَّيْرِ كُلَّ خَاطِئَةٍ مِنْ نَبْلِهِمْ، فَلَمَّا رَأَوُا ابْنَ عُمَرَ تَفَرَّقُوْا، فَقَالَ ابْنُ عُمَرَ: مَنْ فَعَلَ هذَا؟ لَعَنَ اللهُ مَنْ فَعَلَ هذَا، اِنَّ رَسُوْلَ اللهِ ص لَعَنَ مَنِ اتَّخَذَ شَيْئًا فِيْهِ الرُّوْحُ غَرَضًا


Dari Sa’id bin Jubair, ia berkata : Ibnu 'Umar pernah melewati beberapa pemuda Quraisy yang memasang burung sebagai sasaran, lalu mereka memanahnya. Dan setiap kali panah mereka itu tidak mengenai sasaran, mereka memberi pemberian kepada pemilik burung tersebut. Ketika mereka melihat Ibnu 'Umar (datang), mereka bubar. Lalu Ibnu 'Umar berkata, "Siapa yang berbuat ini ? Semoga Allah melaknat kepada orang yang berbuat demikian. Sesungguhnya Rasulullah SAW melaknat orang yang menjadikan sesuatu yang bernyawa sebagai sasaran". [HR. Muslim juz 3, hal. 1550]

عَنْ سَعِيْدِ بْنِ جُبَيْرٍ قَالَ: مَرَّ ابْنُ عُمَرَ بِنَفَرٍ قَدْ نَصَبُوْا دَجَاجَةً يَتَرَامَوْنَهَا. فَلَمَّا رَأَوُا ابْنَ عُمَرَ تَفَرَّقُوْا عَنْهَا. فَقَالَ ابْنُ عُمَرَ: مَنْ فَعَلَ هذَا؟ اِنَّ رَسُوْلَ اللهِ ص لَعَنَ مَنْ فَعَلَ هذَا


Dari Sa’id bin Jubair, ia berkata : Ibnu ‘Umar pernah melewati sekelompok orang yang memasang ayam sebagai sasaran, lalu mereka memanahnya. Setelah mereka melihat Ibnu ‘Umar, lalu mereka berhamburan pergi meninggalkannya. Maka Ibnu ‘Umar berkata, “Siapa yang melakukan demikian ini ?. Sesungguhnya Rasulullah SAW mela’nat orang yang melakukan demikian ini”. [HR. Muslim juz 3, hal. 1550]

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ اَنَّ النَّبِيَّ ص قَالَ: لاَ تَتَّخِذُوْا شَيْئًا فِيْهِ الرُّوْحُ غَرَضًا


Dari Ibnu ‘Abbas bahwasanya Nabi SAW bersabda, “Janganlah kalian menjadikan sesuatu yang bernyawa untuk sasaran”. [HR. Muslim juz 3, hal. 1549]

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ قَالَ: مَرَّ حِمَارٌ بِرَسُوْلِ اللهِ ص قَدْ كُوِيَ فِى وَجْهِهِ تَفُوْرُ مِنْخَرَاهُ مِنْ دَمٍ، فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ ص: لَعَنَ اللهُ مَنْ فَعَلَ هذَا، ثُمَّ نَهَى عَنِ اْلكَيّ فِى اْلوَجْهِ وَ الضَّرْبِ فِى اْلوَجْهِ


Dari Jabir bin 'Abdullah, ia berkata, "Ada himar lewat di depan Rasulullah SAW yang telah diberi tanda (dengan cara memberi cap dengan besi panas) pada mukanya, sedang kedua hidung himar itu mengalirkan darah. Lalu Rasulullah SAW bersabda, "Semoga Allah mela’nat kepada orang yang berbuat demikian ini". Kemudian beliau melarang memberi tanda (dengan besi yang dipanaskan) pada muka binatang dan memukul muka". [HR. Ibnu Hibban di dalam shahihnya, juz 5, hal. 340, no. 5635]

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: نَهَى رَسُوْلُ اللهِ ص عَنِ التَّحْرِيْشِ بَيْنَ اْلبَهَائِمِ


Dari Ibnu 'Abbas RA, ia berkata, "Rasulullah SAW melarang mengadu binatang". [HR. Abu Dawud juz 3, hal. 26, no. 2562]