Separuh hatiku hilang

Perancangan awal dan juga keputusan mesyuarat , kami akan mengadakan qiam pada 14 atau 15 haribulan mei ini. Bila dihubungi rakan rakan , ramai yang mempunyai halangan maka diubah program rehlah . Lokasi paling hampir kami pilih dan persediaan untuk pengisian aku atur sebaik mungkin.

Pagi sabtu lepas , aku bersendirian ke pantai. Nasi lemak dan air tea sebagai bekalan. Sampai di sana sudah ada orang bersiap untuk aktivti remaja dan lebih tepat lagi program nisa'. Banyak juga hadiah disediakan. Mereka pakai seragam warna merah jambu. Cantik menawan dan saling bekerja sama.

Keretaku labuhkan jauh dari mereka. 'Wakaf" atau tempat rehat sudah banyak didirikan oleh pihak bandaraya. Aku memilih wakaf yang akhir. Bekalan yang dibawa tadi aku makan, nasi lemak ikan bilis memang aku suka tetapi orang ghanu biasa buat sambal ikan aya. Aku makan juga tetapi tidak seenak sambal ikan bilis. Tambah telur rebus, kerang pedas dan kacang goreng lagi 'best'. Sekarang mana nak dapat nasi lemak se 'special' itu, melainkan buat sendiri atau pergi ke hotel hotel.

Aku merenung ke laut China Selatan. Ombak manja di waktu pagi, lembut dan menyisir pasir putih dan menghilangkan bekas jejak jejak manusia atau sesiput pantai. Sinar matahari belum menggaringkan kulit. Sepoi angin nyaman memberi sedikit kesegaran tubuh dan menenangkan perasaan aku. Jauh jauh kapal olang oleng macam sampan kertas di tengah lautan. Ingatanku kembali ke masa kecil dahulu, mana ada permainan , nak beli jauh sekali. Jadi , segala apa alat untuk bermain buat sendiri. Nak main sampan dan kapalayar, carilah sabut kelapa dan gunalah kemahiran mencipta kapal. Perlukan layar, gunakan sebarang kertas dan lidi. Kemudian besen dan air menjadi lautan., seronok dan puas. Kalau ada saingan kita bersainglah, kapal siapa yang menang dan tak terbalik.

Sesedar , nasi habis sebungkus dan air kuteguk perlahan. Alangkan damainya perasaan ketika itu. Hati bertasbih bersama angin dan ombak yang menghempas pantai. Tidak ingat kekalutan kerja. Tidak ingat kerenah manusia dan tidak ingat sesiapa.

Jauh aku memikirkan lokasi rehlah, kelengkapan yang perlu dan bentuk pengisian program.
Aku hubungi timbalan ketua, panggil saja 'sah'. Berbincang dan membuat keputusan. Segera, kerana harinya terlalu hampir dan aktiviti bersusun susun tiap hari. Suku jam untuk mendapatkan kata sepakat, kira jadi dan perlu hubungi rakan rakan lain untuk tindakan susulan.

Lama juga aku di pantai, mana tau kalau ada wajah wajah yang aku rindu datang 'lepak' dan berlari lari mencari pelangi. Bukan apa, sekurang kurangnya ada sejarah yang terulang.

Aku pulang dengan penuh harapan. Merangka , merancang, nulis dan cetak .Program ke tiga aku semenjak menjadi ketua di sini. Misi dan visi aku tinggi setinggi awan. Akan aku usahakan untuk mencapainya. Bukan 'glamour', tetapi kerja yang membolehkan islam sampai ke hati penghuni desaku dan islam tertegak di seluruh kehidupanku dan rakan taulanku.

Pagi ahad yang dijanjikan , aku siap semua bekalan . Nasi impit kuah kacang itu menu paling mudah bagiku. Niat untuk menjamukan kawan kawan mungkin terlaksana. Air bertapis satu tong, air bersih satu tong, tikar, pinggan , sudu dan tisu dimuatkan dalam kereta. Bekalan makanan masing masing bawa untuk diri sendiri. Ujian pertama , hendak melihat sejauh mana kemurahan hati dan sifat suka bersedekah itu pada ahli ahli yang 'bertugas'.

Ya, apa yang aku bayangkan menjadi kenyataan. Bekalan makanan sahaja bermacam macam dan aku merasa seronok melihat pengorbanan ini. Tiap yang datang berlabuh di pantai membawa lebih makanan, bukan untuk diri sahaja tetapi untuk dikecap oleh banyak tangan.

Sepatutnya program kami bermula pukul 8.30 pagi. Kerana masalah teknikal, kami datang tidak sama masa, lagi pun qaryah kami banyak taman taman dan tidak semua ada kenderaan sendiri. Walaubagaimana pun keyakinan masih ada dan kami menunggu kesemua ahli rehlah tiba sebelum memulakan program.

Dua kupasan ceramah dan tazkirah dibentangkan. Ustazah muda keluaran madrasah makmuria dijemput khas untuk meng'acah' bakat dan kebolehan berkomunikasi dengan masyarakat. Boleh dan berdaya cuma mereka memerlukan masa yang panjang untuk menyesuaikan diri dan membekali diri dengan ilmu dan semangat juang.

Tajuk pertama 'Isra' dan Mi'raj nabi saw" , disampaikan oleh Hasliza. Orang yang tinggi lampai. Baju hijau berkain hijau dan bertudung hijau. Lain dari yang lain. Memulakan ucapan, walaupun berpandukan nota yang diberi, dia menggunakan bahasa 'baku'. Terasa asing bagi yang sudah lama mengenali beliau tetapi itulah sebaiknya kerana pendengar dari berbagai keturunan dan longat bahasa. Ada orang Kelantan, ada orang Pahang , ada dari Johor dan Perak pun ada.

Buat permulaan segala 'yang semulajadi' itulah kita utamakan . Cara bercakap , bahasa, penampilan dan interaksi dengan pendengar. Aku yakin dia boleh menjadi salah seorang tenaga pengajar di taman Makmuria

Seorang lagi yang diuji bakatnya, Sobariah. Melihat pada catat memang banyak tetapi masa dan kesesuaian tafsiran amat menghalang pengucapan . Aku yakin dia juga boleh dan katanya suaminya kerap memanggilnya sebagai 'ustazah' kerana selalu melontarkan pendapat dan hukum Islam bila bersembang suami isteri.

Komentar dari teman sejawat diterima antaranya timbalan dan veteran yang hadir. Tidak terlepas peluang anak kak Ros yang sedang bercuti. Komennya panjang dan itulah tips yang perlu bagi guru guru atau pensyarah pensyarah, Mesti ada 'alat bantu' mengajar, hubungan wajah dan 'mata dengan mata'. Maklum balas dalam komunikasi , memudahkan penerimaan maklumat dan kefahaman isi syarahan. Mengikut 'standard' universiti memang begitu. Dia memaklumkan sahaja dan aku mengambilkira rakan rakan yang nak dilatih ini dari kelu;usan bawahan. Yang mujurnya mereka hendak bersama kita.

Sesi pertama kami hentikan dahulu; Kami mengejar waktu. Pukul 10,30 kami membuka segala bekalan dan makan bersama, Haus tekakku ku hilangkan dengan air sirap ais. Rakan rakan lain sibuk menjamah makanan, Sebenarnya aku tiada selera makan dan hatiku tidak sepenuhnya ada dalam dadaku. Ke mana ye ? Nak tau tak ? Yang awal, akak aku tidak sertai sama dalam rehlah ini. Keberadaan dia akan menambahkan semangat aku dan tumpuan aku akan 99% kepada program. Yang akhir, s/u aku tidak hadir, tidak dapat berkongsi pengalaman dengannya. Aku gagahkan juga diri untuk mengemudikan program.

Jamuan selesai tetapi makanan banyak tersisa. Tidak sedarpun apa yang mereka semua makan , yang aku lihat mereka berhenti makan . Hiruk pikuk dan gelak ketawa merekapun aku tidak rasa seronok. Ya separuh hatiku hilang.

Plastik dan bekas bekas diisi semula tetapi isinya berbeza dari tadi. Bertukar juadah namanya.
Sebelum terlambat, satu program lagi harus dilaksanakan. Aku menyerahkan kepada Sobariah untuk menguruskan hal hal 'tukar pusaka'. Semua dapat kecuali dua sahabat yang datang kemudian dan tidak tahupun syarat bawa hadiah. Tidak apa dan dia tidak berkecil hati.

Akhirnya bacaan solawat as syifa' di bacakan beramai ramai. Aku rasa tidak puas hati juga kerana tidak dibaca banyak lagi . Itu sebagai doa akhir dan kami bersalaman, berpeluk dan bercium. Keinginan hendak buat satu program yang lebih sempurna , lengkap dengan nasyid dan permainan dewasa. Tengoklah nanti, kalau ada umurku panjang akan ku atur serapi mungkin dan secanggih yang boleh.

0 comments:

Post a Comment