zalim


Reply with quote

Maksudnya: Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi". [Surah al-A,raf ,7:23]

Latar belakang ayat:

Allah swt mencipta Adam daripada tanah dan Hawa daripada tulang rusuk kiri Nabi Adam, kemudian Allah masukkan keduan-duanya ke dalam syurga. Dalam syurga Allah melarang mereka mendekati sepohon pokok. Iblis mengambil peluang memperdaya mereka dengan memkana buah dari pokok tersebut dengan memberi alasan bahawa sesiapa yang memakannya bertukar menjadi Malaikat dan dapat tinggal selama-lamanya dalam syurga.

Akhirnya Nabi Adam dan Hawa terpedaya denya tipu helah iblis. Sebaik sahaja mereka makan buah daripada pokok tersebut, pakaian mereka terungkai dari badan. Mereka menutup kemaluan dengan daun syurga. Allah menghukum Mereka keluar dari syurga dan turun ke dunia. Kedua-duanya menyesal atas perbuatan lalu memohon keampunan dengan lafaz seperti yang tersebut dalam ayat.

Maksud zalim terhadap diri sendiri

Meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya iaitu melakukan perbuatan yang melanggar hak orang lain atau mengabaikan tanggungjawab serta melanggar hukum syarak

Contohnya :

orang yang melakukan dosa terhadap Allah swt seperti mencuri, minum arak, meninggalkan solat fardu, tidak berpuasa di bulan Ramadan atau merosakkan harta benda awam

Jenis zalim dan contoh :

Zalim kepada Allah

Contoh : Syirik, tidak solat, tidak berpuasa

Zalim terhadap diri sendiri

Contoh : Hisap rokok, dadah, hidu gam, membunuh diri sendiri

Zalim sesama manusia

Membuli kawan, mencaci dan merosakkan harta benda awam

Zalim terhadap alam sekitar

Membuang sampah merata-rata tempat

Zalim terhadap binatang

Sepak kucing, bela tapi tidak beri makan

Maksud keampunan Allah swt

Orang yang melakukan dosa wajib memohon keampunan dari Allahswt.
Keampunan:Penghapusan dosa oleh Allah kepada hambanya yang berdosa dan memohon taubat kepadaNya. Hanya Allah sahaja yang berkuasa mengampunkan dosa seseorang.

Akibat berlaku zalim

1) Penindasan dan penganiayaan berleluasa
2) Berlaku pergaduhan dan permusuhan
3) Kehidupan masyarakat berpecah dan negara tidak aman
4) Haiwan dan tumbuhan akan mati dan pupus
5) Orang yang zalim dibenci dan dan dihina oleh masyarakat

Langkah untuk mendapat keampunan Allah swt.

1) Bertaubat
2 )Mengaku kesalahan
3) Tidak berputus asa
4) Menempelak diri/muhasabah diri
5) Menyesal atas kesalahan yang dilakukan

Cara mendapat rahmat Allah swt

1) Bertaubat dengan ikhlas hati dan berazam tidak akan mengulangi dosa yang dilakukan
2) Membelanjakan harta di jalan Allah ketika senang atau susah
3) Melaksanakan ibadat dengan ikhlas dan sempurna
4) Berlaku Adil terhadap orang lain
5) Berkasih sayang bersama anggota keluarga dan masyarakat

Ciri adil dan Ciri zalim

Adil

1)Melakukan perkara yang disuruh oleh agama
2) Memberi layanan sama rata kepada semua pihak
3) Menjaga kepentingan orang lain seperti , menjaga kepentingan diri sendiri
4) Melakukan sesuatu perkara yang memberi faedah pada diri dan orang lain
5) Berbuat baik kepada golongan miskin dan anak yatim

zalim

1) Melakukan perkara yang bertentangan dengan agama Islam
2) Melakukan perkara yang memudaratkan diri orang lain
3) Mementingkan diri sendiri
4) Sering menganiaya binatang dan memusnahkan alam sekitar
5) Bersikap sombong dan memandang rendah kepada golongan miskin dan anak yatim

Pengajaran ayat

1) Mengaku kesalahan dan menyesali dosa yang dilakukan ialah sifat terpuji
2) Keampunan suatu rahmat Allah kepada hambaNya
3) Orang yang beriman hendaklah berwaspada dengan godaan syaitan

0 comments:

Post a Comment