Sejarah terlakar dalam diary muslimat Taman Permint Makmur. Hari hari meniti dan menanti , bilakah dewan di bubar dan bilakah piliharaya akan diadakan, membuatkan muslimat bertungkus lumus mencari tapak bagi pejabat operasinya. Terkadang menyewa homestay, terkadang menumpang di rumah sahabat sahabat. Jika ada lebihan duit belanja, muslimat menyewa je homestay. Jika tidak kecukupan , menumpang saja di mana boleh menjalankan aktivitinya. Kesihannnnn
Banyak rumah sewa dilamar, tapi harganya mahal...RM 450.00 dan yang murah sekali RM 250.00, Manalarat nak bayar tiap bulan dan aktiviti pun baru nak rancang. Jadi, diilhamkan Allah untuk mendapatkan tapak wakaf yang berhampiran dengan rumah timbalan ketua, ajk pun ramai duduk disekitar situ..dan permohonan itu berjaya. Syukur kepada Allah atas kurniaan itu.
Kami merancang ringkas untuk membuat sebuah pondok atau gubuk kecil, tetapi Allah menentukan yang terbaik untuk kami. Dua orang sahabat memberi jaminan untuk mendapatkan sebuah kabin terpakai. Hasrat itu berjaya. Kami meraikan kehadiran Kabin ke tapak yang dipersetujui bersama antara kami dan tuan tanah wakaf. Maka terdamparlah sebuah rumah kotak pertama di situ.
Pintu yang robek, diganti baharu. Tingkap dibersihkan dari segala cemar. Di dalamnya lengkap dengan peralatan pejabat , kami bersih dan susun bersama. Dindingnya dicat hijau, walhal asalnya berwarna biru. Kami buat semua itu atas kemampuan muslimat. Kemudian kami tambah dengan ruang dapor, bilik air dan ruang depan. Lengkaplah ia menjadi sebuah rumah kabin yang ada api airnya. Segala perbelanjaan kami tanggung bersama .Syukur kehadirat Allah yang mempermudahkan urusan kami.
Sebelum menjelang raya, rumah kabin kami menjadi medan pidato tokoh tokoh yang dipilih. Terdahulu, Pas kawasan menjemput Ungku Harmy berceramah dan mendedahkan rahsia kerajaan yang mengugut raja raja Melayu dan Agung. Raja Bahrin Shah dan tokoh tempatan hadir memeriahkan perkarangan rumah kabin kami. Seronok tidak terkira melayan tetamu yang hadir.
Semalam , kami sekali lagi bergembira kerana merayakan raya terakhir di hujung syawal. Ramai tetamu datang menjamu nasi Arab hasil tangan Muslimat Permint Makmur. Dihidang dengan sop,acar tanpa sambal. Pemanisnya tapai dan air PAS. Pemasamnya colek buah buahan. Puas hati kami dengan keseronokan tetamu menjamu selera.
Jumaat ini pula ada lagi program yang diatur. Jemputan YB Titi Serong...rakan fb ketua Muslimat kami. Isu apa yang bakal dibicarakan , sila lah hadir untuk memeriahkan perkarangan rumah kabin kami. Marilah sama sama doakan keberkatan atas usaha kami. Moga kami semua sihat , murah rezeki dan istiqamah dalam perjuangan menegakkan Islam di bumi tercinta ini
New entry via smartphone ♥♥♥
11 years ago
0 comments:
Post a Comment