Projek rumah bahagia.

Selepas kahwin , pasangan suami isteri 'baru' akan tinggal bersama keluarga atau mertua selama beberapa masa. Untung baik sekejap selepas kahwin mereka duduk di rumah sendiri atau rumah sewa. Itu lebih mendamaikan. Untung sedikit, duduk bersama mertua tanpa perlu bersusah payah mencari rumah lain.

Membina keluarga baru perlukan suasana yang baik dan terkawal. Pepatah ada mengatakan , "Biar rumah tiang seribu jangan berumah tiangnya satu." Bila kita punya keturunan, kita bertanggung jawab atas pendidikan , pakaian , makanminum dan tempat tinggal isteri dan anak anak. Lebih selesa pembentukan dan pendidikan keluarga itu terjadi tanpa gangguan pihak lain.
Tidak berkongsi suasana dan tidak berkongsi singgahsana (penguasaan).

Suami mempunyai kuasa untuk membimbing isteri ke jalan benar (Islam). Rumahtangga 'sakinah, mawaddah wa rahmah' menjadi idaman muslim dan muslimat. Isteri juga mempunyai hak untuk membimbing keluarga ke arah itu. Apa tidaknya, masa suami untuk mendidik isteri terhad dan membentuk peribadi anak anak juga terhad kerana sibuk dengan kerja , kemasyarakatan dan lain lain.

Isterilah yang mempunyai masa yang banyak bersama keluarga. Jadi untuk keselamatan dan kesejahteraan rumahtangga dan masyarakat, asas binaannya ialah Islam. Wanita yang beriman dan beramal soleh patut menjadi pilihan jejaka yang ingin berumahtangga dan wanita juga disarankan untuk memilih jodoh yang beriman dan beramal soleh. Walaupun jodoh itu tertentu di 'azali' lagi, usahakan untuk mendapatkan kelayakan itu sebelum kahwin atau membentuknya selepas kahwin, adalah perlu dilakukan.

Pengorbanan isteri besar sekali, anak yang dikandung selama 9 bulan lebih atau kurang dibentuk , diadun dan membesar dengan darah dan perasaan isteri. Kesihatan isteri mempengaruhi jasad janin. Perasaan isteri juga mempengaruhi rohani janin. Isteri yang memahami hakikat kesempurnaan ciptaan Allah akan menggunakan kaedah Al quran untuk menyeimbangkan rohani dan jasmani janin. Menjaga makan minum , rehat yang secukupnya dan cenderung untuk memperbanyakkan amalan soleh seperti membaca quran dan bersedeqah.

Suami juga berperanan, bukan setakat mencari nafaqah yang baik lagi halal tetapi penjagaan emosi si isteri iaitu memberi kebahgiaan, keselesaan dan perhatian kepadanya.

Masyarakat melayu mungkin kurang perihatin tentang soal perasaan isteri. Mungkin kerana mereka kurang terdedah dengan ilmu psaikologi kerumahtanggaan . Berbanding dengan masyarakat Cina dan Eropah, kita lihat mereka memberi perhatian dan layanan istimewa kepada ibu ibu mengandung. Kerja kerja berat tidak terbeban ke atas isteri. Perasaan tidak gersang dari kasihsayang sisuami.

Bagaimanapun, suami yang terdidik, terpelajar dan terbentuk dari rumahtangga harmoni, masih ramai dikalangan masyarakat. Bukan semua, tetapi dari kelemahan inilah yang melahirkan generasi kurang berqualiti disudut aqal dan budi. Suami atau suami isteri yang melepaskan kewajiban mendidik anak kepada orang ketiga yang tidak berqualiti, umpamanya guru guru sekolah, orang gaji atau nenek nenek (tidak semua).

Apa yang kita harapkan, pembaikian masyarakat bermula dari pembentukan rumahtangga muslim. Lahirkan anak anak soleh dan solehah dari rumahtangga muslim. Lahirkan bakal isteri dan bakal suami dari rumahtangga muslim. Lahirkan guru guru dari rumahtangga muslim .Lahirkan ahli ahli masyarakat dari rumahtangga muslim. Pasti kita memperolehi kebahgiaan dunia dan akhirat.

Bagaimana cara menjadi muslim mukmin ?

Ada beberapa peringkat yang perlu dilaksanakan.

1.Hendaklah ia muslim terhadap tuhan yang menciptakannya.

Apa itu 'muslim' ? Apa itu 'mukmin' ? Tunduk, taat (patuh) kepada kehendak Allah taala dan percaya serta yaqin yang menjadikan , mengurus mentadbir alam dan segala isinya adalah Allah yang Maha Kaya lagi Maha Berkuasa.

Kita sebagai makhluk yang bertaraf hambaNya, hendaklah menurut segala perintah 'Tuan hamba' iaitu Allah.

Apa yang diperintahkan oleh Allah kepada kita ?

Manusia diletakkan di muka bumi, diutuskan rasul dari kalangan mereka untuk menunjukajar sistem hidup yang terbaik dengan rujukan dari Allah iaitu kitab kitab . Bagi umat terakhir , satu panduan yang paling sempurna iaitu al quran.

Ibnu Mas'ud (r.a) meriwayatkan: Dia bertanya kepada Rasulullah s.a.w : Apakah amal yang paling baik ? Baginda menjawab , " Solat pada waktunya." Aku bertanya lagi "Apakah lagi ?" Baginda menjawab: "Berbuat baik kepada kedua orang tua." Aku bertanya lagi: "Apakah lagi?" Baginda menjawab: "Berjihad di jalan Allah."

Paling mudah untuk mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat . Menjaga solat iaitu hubungan akrab dengan Allah taala. Berbuat baik dengan ibubapa, akan menjadikan kita turun temurun senantiasa berbuat baik antara satu sama lain dan jalinan silaturrahim yang sangat indah. Serta jihad, iaitu menjaga agama Allah terus terpelihara dan diamalkan oleh manusia. Rasanya tidak ada yang akan berani bermaksiat dengan Allah taala.

2. Muslim terhadap ibubapa.

Firman Allah: "Jika salah seorang atau kedua duanya dalam lanjut usia di dalam pemeliharaanmu, sekali kali janganlah berkata "ah" kepadanya, dan ucapkanlan kata kata yang mulia dan rendahkan dirimu terhadap mereka dengan kasih sayang. dan ucapkanlah ,Wahai tuhan ku , kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka mengasihaniku sewaktu kecil. "
(Al Isra :23 ,24 )

3. Muslim terhadap isteri.

Fiman Allah taala: "Dan diantara tanda tanda kekuasaanNya ialah diciptakan untukmu isteri isteri dari jenis kamu supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan antara kamu rasa kasih sayang."( Ar rum:21 )

Sabda Rasulullah s.a.w: "Berwasiatlah kamu dengan cara baik dengan wanita sebab mereka dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok. Dan sesungguhnya bahagian yang paling bengkok itu ialah tulang rusuk yang paliang atas. Jika kamu meluruskan dengan cara keras dan paksa nescaya patahlah dia dan jika engkau biarkan nescaya ia akan tetap bengkok. Maka berwasiatlah kamu dengan baik kepada wanita." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

4. Muslim terhadap anak anak.

Firman Allah: "Wahai orang orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu." (At Tahrim :6)

Sabda Rasulullah : "Suruhlah anak anakmu solat ketika berumur 7 tahun dan pukullah mereka ketika berumur 10 tahun jika mereka meninggalkan solat." (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud)

Sabda Rasulullah: " Barangsiapa yang mempunyai anak kecil hendaklah ia menjadi anak kecil terhadapnya." (Riwayat ibnu Assakir)

Sabda Rasulullah: "Semulia mulia dinar yang kamu belanjakan ialah dinar untuk belanja ahlinya, dinar untuk tunggangannya dan untuk sahabatnya pada jalan Allah." (Riwayat Muslim)

Secara keseluruhannya apabila kita dapat meletakkan diri sebagai muslim mukmin dan menjalankan amanah yang ada pada kita sebaik mungkin, kita akan merasai ni'mat yang tidak terhingga semasa hidup di dunia dan balasan terbaik di akhirat nanti.

wallahu 'alam.

0 comments:

Post a Comment