Sepetang , menemui kawan sekolah yang lama terpisah. Aku bercerita susah payahku membesarkan dan mendidik enam orang anak. Hingga kini, aku mampu mengukir senyum melihat anakku menjadi manusia yang berguna pada agama dan masyarakat. Dan dia mampu senyum melayani dan mengamati kisah hidupku. Dalam senyum itu aku merasakan terselit berbagai masalah yang tersembunyi. Mari kita kongsi kongsikan......
.....Aku dapat melanjutkan pelajaran ke universiti, belajar separuh mati untuk mendapatkan sijil perguruan. Akhirnya berjaya dan mengajar di sekolah pinggir bandar. Takdir ku baik , dapat rumah sewabeli dan dapat kawan kawan. Setahun kemudian bertemu jodoh, juga seorang guru. Allah mengatur zuriatku ramai......tapi bukan macam keretapi.
Sukar nak dibayangkan bagaimana kelamkabutnya hidupku. Kerja sekolah yang tak pernah habis, kerja rumah yang tidak terurus sempurna dan anak suami yang patut dilayani.
Pagi, bangun awal untuk urus diri , solat dan urus anak anak. Sarapan pagi sempat menyempat jer. Banyak kali tak menyempatpun makan minum sesempurna orang lain. Bekalan untuk anak kecil...baju , lampin pakaibuang, botol susu dan susunya. Yang besar sikit perlu bekal juga dan yang besar, baju sekolahnya dan beg sekolahnya lagi perlu di persiapakaikan sebelum semuanya dimasukkan dalam kereta proton. Ayahnya pun macam aku juga, untuk uruskan diri dan pastikan rumah ditinggalkan dalam keadaan selamat.
Kelamkabut juga untuk siap sedia ke tempat kerja (sekolah) . Anak sulong satu destinasi. Anak kecil perlu dihantar ke rumah asuhan. Yang tengah perlu dihantar tadika. Agak agaknya pukul berapa kami perlu turun dari rumah untuk sampai ke sekolah sebelum pukul 7.00 pagi ?
"Ngapa tak ambil orang gaji "? aku cuba bagi jalan penyelesaian.
"Entahlah, rumit nak mendapatnya. Warih warah mana nak kerja jaga rumah dapor orang. Lagi pun gaji kita bukan banyak sangat." keluhan yang tak bertepi.
"Begitulah rutin harian kerja, letihlah ....balik sampai rumah mahunya baring dan tidur. Tapi apakan daya , anak kecilnya dan abang abangnya . Takkan kita nak lepas gitu je", tambah jelas kerumitan dan kelelahan seorang guru wanita.
"Kalau ada kelas tambahan ke, kokurikulom ke, mesyuarat, sukan sekolah atau kursus mana mana , lagilah pening kepala. Tak serah pada papanya , kena pinjam nenek neneknya jaga. Mudah cerita antar anak ke rumah neneknya", emm aduan yang tidak mahu aku dengar.
Sepanjang panjang aku beranak 6, hanya sorang je anak terpaksa aku serah pada neneknya jaga. Itupun kerana ada adik bongso , setahun sorang. Tak lama ... setahun itupun kami sering balik untuk menjenguknya. Nasib baik neneknya tidak pelihara terus. Kalau tidak, kasihnya akan bertukar dan didikan akan berbeza dengan yang lain. Nenek yang seorang lagi memang dah bosan dengan budak kecil, sebab sudah letih layan anak sampai 12 orang.
"Masa bila kamu tarbiyah anak anak "? ingin tahu aku masih ada.
"Entah , tak perasan bila pula, malamlah masa yang terluang , hari cuti....itupun kalau tidak ada kerja sekolah atau kursus kursus", jawabnya .
"Ajar ugama ke, solat ke dan akhlaq ke "? tambahku.
"Apa yang diajar di sekolah, kelas KAFA, Ngaji sana sini".
"Sekolah...takat mana sangat yang dapat, sorang ustaz nak didik anak murid puluh puluh orang satu kelas. Tak hantar kursus ke , kem ke"? gomel aku dengan rasa tidak puas hati.
Anak adalah amanah. Ibubapa lah yang menjadikan dia yahudi atau nasrani atau majusi. Ibubapa yang mencorakkan indah atau buruk pekerti. Ibubapalah yang mencanai anak menjadi manusia yang berhati mulia.
"Kalau sekolah buat, mudah aje tapi tidak semua yang terlibat. Tambahlagi sehari dua kem tak berkesan juga, lepas kursus baik sekejab . Lama kemudian makin luput", keluhnya lagi.
"Tarbiyah , hendaklah istiqamah dan ada pengukuhan dari pihak guru dan murid. Termasuklah kita sebagai ibubapa. Kita mahu anak yang bagaimana, anak soleh bukan "? aku mengasak dengan rasa tidak puas hati.
Kami pernah kursus bersama, pengisian yang padat dengan kertas kerja pendidikan awal hingga akhir. Selang seli dengan bengkel bengkel dan perbincangan. Kursus bersama ada solat jamaah, ada qiamullail , ada masak bersama dan berbuka puasa bersama. Pendek cerita, kursus sebegitu biasa dibuat oleh badan badan ugama dan persatuan persatuan ugama. Biasa di adakan pada cuti sekolah dan cuti semester. Siapa yang ingin menambah pengetahuan dan pengalaman pasti tidak melepaskan peluang ini.
"Kita sudah tersasar jauh, sekolah sepatutnya menghasilkan pelajar yang cemerlang akademiknya dan cemerlang akhlaqnya serta boleh duduk bangun bersama masyarakat. Sekolah sepatutnya tempat yang melahirkan pekerja yang jujuramanah. Sekolah sepatutnya melahirkan anak anak yang soleh solehah. sekolah sepatutnya mengeluarkan satu bangsa yang mampu berdikari dan mencorak negara dengan budaya yang murni." aku lepaskan ketidakpuasan hati ini.
Terdiam sejenak temanku, aku tidak perlu minta maaf padanya. Memang betul, kawan yang aku kenal dulu, tidak menampakkan kemarahan malah terasa kesilapan itu berlaku dan tidak akan ada perubahan jika tiada perjuangan untuk membetulkan arah tuju pendidikan negara.
Pelajar tidak kenal tuhan dan tidak kenal kewajiban kepada tuhan. Apakah yang diajar oleh ustaz?
Ada kawan guruku bercerita, betapa susahnya nak suruh pelajar solat zohor. Pelajar kan ramai, ada yang terpaksa dikepong oleh guru guru untuk masuk ke musolla sekolah. Seorang guru jaga pintu pagar besar, guru lain jaga pagar pagar yang berlubang dan yang lainnya mengawal di musolla , memerhati , mengarah dan memarahi. Hari hari sekolah macam tu.....kepung anak orang untuk solat macam kepong anak ayam masuk reban.
Teruknya.....Teruk tak teruk nak buat macamana. Takat guru boleh buat, buatlah. Balik ke rumah , makayah pulalah yang berkuasa.
Aku memberi sikit pandangan , tugas guru di sekolah dan tugas ibubapa di rumah. Kalau kamu pegang dua jawatan....guru dan ibubapa, maka tanggungjawab yang sambungmenyambung dari pagi ke pagi...takke letih tu !!!!!
Peranan bapa atau suami di manna ? Perbincangan kami tertumpu pada kawanku seorang guru wanita.
Carilah penyelesaian cara masing masing. Buatlah yang terbaik untuk anda, anak anda , rumahtangga anda dan kerjay anda.
New entry via smartphone ♥♥♥
11 years ago
0 comments:
Post a Comment