Waktu pengajian hampir habis. Bunyi 'ton' Lailahaillallah, lailahaillallah, mengejutkan suasana tenang kelas dewasa GB 4. Segera aku minta izin dari pelajar untuk menjawab panggilan.
'Umi, aye 'check' tadi , doktor suruh gi hospital", suara anakku pantas dan sedikit cemas. Dia dah sampai tempoh hamil dan seminggu dua ni bersalinlah. Itu jangkaan doktor. Bila lahir dan dimana lahir Allah yang tentukan.
"Gi lah, mak abah ada tak "?
"Nanti, nak mesyuarat dulu dan 'packing' barang ". Edah, mulanya merancang untuk bersalin di Yamen. Takdir mengubah suasana dan dia terpaksa pulang dengan penerbangan khas kerana lari dari huru hara di sana. Semua barang untuk bayi, bersalin dan ubatan sudah sedia ada sebagai bekalan dibawa pulang. Aku pun tak perlu beli apa apa lagi.
Lazimnya, yang akan merasa gelabah dan bimbang dengan kelahiran baru ialah ibu dan suaminya. Nak kata apa, aku tidak merasai apa apa. Dan aku tidak mahu membayangkan apa apa. Kerana mungkin Edah tidak di sisiku. Perasaan itu mungkin bertapak dihati mertuanya.
Kami merancang dari masa ke masa untuk bersama ke hospital. Pulang dari GB , terus bersiap makanan tengahari . Kami tinggal empat beranak, Adah baru balik bercuti panjang, kkk baru balik kampus untuk sambung sarjananya. Akim anak bongsuku juga bercuti , baru seminggu sampai Malaysia. Tidak susah untuk memasak, beli saja lauk pauk dan masak nasi dua cawan.....itu pun tidak habis dimakan. Siap kerja dapur , aku ambil sehelai kain batek, sehelai tuala dan baju persalinan sebagai persediaan sekiranya aku kena shif awal.
Jenuh berSMS dengan Edah , rupanya mereka semua singgah solat di masjid Ladang. Dan aku tidak menunggu lama di gerbang hospital, solat mesti ditunaikan segera. Tempat solat , jauh juga. Pada ketika tu orang tidak ramai lagi, jadi aman sikit nak solat. Kalau kira tempat tu padat dengan pekerja dan peniaga menunaikan solat. Kalau ada keramaian di pantai batu burok, lagilah sendat kerana tempatnya sempit.
Aku dan Akim menunggu di laluan kecemasan hospital. Jangkaan semua, Edah akan terus masuk 'bilik bersalin' sebab laluan peranakan sudah terbuka dan jangka masa bersalin mungkin hampir. Silap tekaan itu, Edah perlu melalui pendaftaran dan pemeriksaan yang begitu lama. Pukul 2 kami masuk tadi, hampir pukul 4 belum siap pemeriksaannya. Lamanya......yang terjadi seorang ibu mengandung diburu ke bilik bersalin, anak dah nak keluar. Sebentar saja, 8 ke 10 minit kemudian 'misi 'keluar memberitahu suaminya, anaknya sudah lahir. oh semudah itukah kelahiran ?
Esok , waktu lawatan pukul 1, ramai pelawat berkumpul di pintu masuk. Bila 'jaga' membuka pintu , berebut pantas pelawat pelawat masuk untuk bertemu orang yang tersayang di wad wad pesakit. Aku diantara pelawat yang ramai, meluru ke tangga untuk naik ke tingkat satu. Ramai pelawat berpusu di depan pintu lif, menunggu ngangaan pintu lif untuk sama menumpang naik ke tingkat pilihan.
Sampai ke katil pesakit, Edah memperagakan baju, warna pink pakaian ragam pesakit, cantik juga ye uniform pesakit. Dulu dulu aku pernah juga duduk menumpang di bilik hospital, warna hijau....kain hijau baju pun hijau. Sana sini hijau. Tidak selamanya hijau kerana naluri ingin berubah itu tetap ada. Berubahlah untuk yang terbaik dan tercantik.
"Tunggu misi panggil ni, katil penuh dalam bilik bersalin", sabarnya menunggu saat cemas. Edah terlihat gelisah untuk duduk tetap. Budak kat dalam tu dah hampir ke pintu dunia. Mana boleh tahan. Waktu asar sudah masuk. Edah , ku suruh solat dulu sebelum masuk untuk di pasung dalam bilik bersalin. Solat lah walaupun ringkas......Kurma dijamah dan air zam zam diteguk untuk menguatkan tubuh bagi berdepan dengan serangan 'maut'.
Pukul 5 petang, Edah berjalan menggolek buyung . Aku dan misi iring mengiring ke pintu bilik bersalin. Sampai di pintu , aku memberi semangat lagi dan bersalam , takut takut itulah saat berpisah untuk selamanya. Aku mengiringi dengan harapan moga selamat semuanya. 'Banyakkan zikir dan doa nabi Yunus' , itu antara pesanku untuk kekuatan rohaninya.
Harapan kepada Allah memang tinggi dan ingin yang terbaik. Edah, menghabiskan pengajian di DarulQuran dan hafiz sebelum melanjutkan pelajaran ke Yamen. Penyebab utama ia kahwin awal kerana syarat kemasukan pelajar perempuan ke Asia Tengah. Aku tidak mengimpikan dapat menantu awal, yang sulung pun belum ada tanda tanda nak berjodoh, tak mungkin adik adiknya melangkah bendul. Rupanya Allah yang mengatur pertemuan. Semalaman merisik, menanda dan menunang, akhirnya awal syawal bersatulah jiwa yang tidak pernah kenal antara satu sama lain. Besarnya kekuasan Allah mengatur jodoh pertemuan dan rezeki hambanya.
Hampir maghrib, lamanya menunggu berita dari dalam bilik operasi. Letih badan Tuhan saja yang tahu. Besan ku sama menunggu dan dua anaknya yang tidak sabar menunggu anak saudara sulung. Bila akan berakhir penantian ini...... aku 6 kali bersalin. Apa yang aku alami mungkin anakku akan alami. Masuk bilik beranak malam.....esok malam tidak beranak lagi. Sakit tak sakit...bermain budak dalam perut, tak mahu keluar lagi.
Malam , menantu uruskan semuanya, mengiqamatkan bayi dan jadilah pasangan muda itu ayah dan ibu. Bising telepon menghebohkan kegembiraan itu. Siapakah yang paling bahagia ? Anakku atau menantuku atau besanku atau aku.? Dari suara dapat aku rasakan gembira seorang suami mendapat hadiah anak dari seorang isteri. Seorang ibu yang sudah lama impikan cucu, inilah saat yang paling bahagia untuknya. Moga kedatangan mu memberi kegembiraan kepada kami semua wahai cucuku.
Kami melihat kekuasaan Mu , kami melihat kemurahanMu dan kami dapat merasakan indahnya titipan kasih sayang yang Engkau curahkan ke atas makhlukMu. Maha besar dan Maha suci Engkau Ya Allah.
New entry via smartphone ♥♥♥
11 years ago
0 comments:
Post a Comment