Wanita Iran



Muslimah Iran
Posted on Friday, December 31 .2010


Oleh: blalang

"Wanita IranWanita di Iran, walaupun menutup aurat dengan lengkap, muslimah Iran membuktikan mereka juga boleh menceburi semua bidang sama dengan wanita Barat tapi boleh juga memikul senjata menjadi serikandi yang mempertahankan negaranya. Bersukan, berkuda, menembak, pendidikan malah bermain muzik."


Wanita Iran


Wanita Iran

Wanita Iran

Wanita Iran

Wanita Iranwalaupun lengkap dengan pakaian menutup aurat, wanita Iran mengadakan latihan ketenteraan.

Wanita Iran

Wanita Iran

Wanita Iran

Wanita Iran

Wanita Iran

Wanita Iran

Wanita Iran

Wanita Iran

Wanita Iran

Wanita IranMengadakan raptai perbarisan...waduh pertiwi harapan negara Iran.

Wanita Iran

Wanita Iran

Wanita Iran

Wanita Iran

Wanita Iran

Wanita IranWanita tidak dihalang untuk bersukan dan pakaian menutup aurat tidak menjadi masalah bagi mereka.

Wanita Iran

Wanita Iran

Wanita Iran

Bahaya yang tersembunyi


Bahaya ketuhar mikrowave

isac-h@p

Dua orang penyelidik, Blanc dan Hertel telah mengesahkan bahawa memasak menggunakan ketuhar gelombang mikro, dengan ketaranya mengubah nutrisi makanan. Hertel telah bertahun-tahun menjadi saintis makanan dan berkhidmat di sebuah syarikat makanan Swiss terkemuka. Dia dibuang kerja kerana mempersoalkan prosedur memproses makanan secara luar tabi’i. Lantas dia bergabung tenaga dan kepakaran dengan Blanc dari Swiss Federal Institute of Biochemistry dan University Institute for Biochemistry.


Kedua-dua saintis ini mengkaji kesan makanan mikro gelombang terhadap lapan individu dengan mengambil darah mereka sejurus selepas mengambil makanan gelombang mikro. Blanc dan Hertel mendapati paras haemoglobin individu-individu ini telah menurun. Hasil kajian ini menunjukkan orang yang makan makanan gelombang mikro cenderung mendapat anaemia (kekurangan darah).



10 sebab ketuhar gelombang mesti dibuang.


Perhatikan fakta hasil kajian klinikal saintifik Swiss, Jerman dan Rusia di bawah ini:

* Makan makanan yang melalui proses ketuhar gelombang mikro menyebabkan kerosakan otak dalam jangka panjang iaitu ia ‘memendekkan’ utusan elektrik di dalam otak (depolarizing atau demagnetizing tisu otak).

* Badan manusia tidak mampu meleraikan (metabolize) bahan makanan yang dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro.

* Pengeluaran hormon lelaki dan perempuan terhenti dan/atau berubah dengan mengambil makanan gelombang mikro .

* Kesan makanan gelombang mikro sebenarnya ibarat sisa/sampah di dalam badan manusia.

* Mineral, vitamin dan khasiat makanan gelombang mikro berkurang atau berubah.. Jadi badan kita dapat sedikit sahaja manfaat makanan. Badan kita juga menyerap kompaun-kompaun yang berubah itu, dan tidak dapat meleraikannya.

* Mineral-mineral di dalam sayuran berubah menjadi radikal bebas yang menyebabkan kanser apabila dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro. Ini antara punca mengapa pengidap kanser meningkat.

* Makanan gelombang mikro menyebabkan ketumbuhan kanser di dalam perut dan usus-juga menjadi punca meningkatnya penghidap penyakit ini.

* Makan makanan gelombang mikro berpanjangan menyebabkan sel-sel kanser meningkat di dalam darah manusia.

* Makan makanan gelombang mikro secara berterusan juga menyebabkan merosotnya sistem imun melalui kelenjar limpa dan pengubahan serum darah.

* Makanan gelombang mikro menyebabkan hilang daya ingatan, tumpuan, kestabilan emosi dan mengurangkan kecerdikan..

Petanda Kiamat Makin Hampir

oleh ImamKhalid
  1. Penaklukan Baitulmuqaddis.
    Dari Auf b. Malik r.a. katanya,

    Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.
    - Sahih Bukhari

    ~ dah jadi dah..

  2. Zina bermaharajalela.

    “Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.”
    - Sahih Muslim

    ~ dah nampak dah..

  3. Bermaharajalela alat muzik.

    “Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka.” Ada yang bertanya kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab, “Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi wanita”
    - Ibnu Majah

    ~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik..

  4. Menghias masjid dan membanggakannya.

    “Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid”
    - Riwayat Nasai.

    ~ memang dah nampak dah..

  5. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.

    “Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.”
    - Riwayat Ahmad dan Hakim.

    ~ ada anak tak mengaku mak/bapak pasal malu…

  6. Ramai orang soleh meninggal dunia.

    “Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran”
    - Riwayat Ahmad

    ~ boleh kira berapa para ulama’ yang tinggal…

  7. Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

    “Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
    - Riwayat Thabrani

    ~ George Bush, Ariel Sharon dan Malaysia pun ada..

  8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

    “Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.”
    - Riwayat Ahmad

    ~ jiran sesama islam pun tak bertegur sapa…

  9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

    Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. “Di antara anda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”

    ~ fesyen zaman sekarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)..

  10. Bulan sabit kelihatan besar.

    “Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
    - Riwayat Thabrani

    ~ tak caya gi tengok..

  11. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.

    “Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu”
    - Sahih Muslim

    ~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar-akhbar harian dan majalah yang popular sekarang nie…

  12. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.

    “Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.”
    - Riwayat Ahmad

    ~ tengok kes peperangan Iraq., kes l1 Anwar dan lain lain....

  13. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.

    “Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai”
    - Sahih Muslim

    ~ Dubai dah turun salji.. Mina dah kene banjir..

Wallahu a’lam

Yang hilang

Mencari barang yang hilang
Posted on Monday, November 30 @ 08:39:18 MYT by Admin


Minda Dr Haron Din Jika diusahakan mungkin boleh dimiliki semula

MANUSIA sebagai makhluk Allah vang lemah sifatnya tidak akan terlepas daripada hakikat menghadapi dugaan dan ujian hidup.

Ujian dan dugaan ini bukan sahaja ditu­runkan pada manusia yang melakukan kejahatan malah dikenakan juga pada orang-orang yang mengamalkan kebidupan yang mulia.

Dalam riwayat sejarah Islam juga dicatatkan betapa para ambia dan Rasul juga tidak terkecuali menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah bertujuan untuk menguji diri mereka.

Tiada manusia yang terlepas dari ujian Allah Walaupun golongan mereka merupakan kekasih Allah namun sekiranya Allah memilih untuk menguji mereka maka datanglah dugaan-dugaan tersebut.

Nabi Ayub misalnya, diuji Allah dengan pelbagai rintangan dan kepayahan malah pada satu tahap dirinya amat sengsara. Beliau sentiasa dihadapkan dengan pelba­gai kesulitan.

Nabi Zakaria turut diuji dengan pelbagai musibat dunia manakala Nabi Muhammad S.A.W. tidak terlepas daripada hakikat yang sama. Bukan setakat baginda diuji dengan azab yang menyakitkan malah ada ketikanya sampai ke peringkat kehilangan harta atau benda yang amat disayanginya.

Dalam hadis yang masyhur ada diceri­takan tentang bagaimana baginda diuji oleh Allah melalui peristiwa kehilangan unta kesayangannya.

Semua peristiwa itu adalah fakta sejarah yang menjadi iktibar bahawa para kekasih Allah sendiri turut tidak terlepas daripada ujian. Maka sudah tentulah tidak mustahilsekiranya umat selepas zaman juga terdedah pada ujian.

Manusia akan menghadapi segala macam ujian sejajar dengan firman Allah yang bermaksud:

"Dan nescaya Kami akan uji kamu dengan sedikitsahaja daripada ketakutan, kelaparan, kekurangan harta,kematian, kehilangan hasil (buah-buahan).Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar iaitumereka yang apabila ditimpa kesusahan akanmenyebut, sesungguhnya kita ini milikAllah dan kepada Allah jugakita akan kembali."

Ayat di atas jelas bahawa kehilan­gan harta merupakan satu perkara yang termasuk dalam hakikat ujian Allah. Banyak pengajaran yang dapat dijadikan teladan apabila kita diuji dengan peristiwa itu. Antaranya pengajaran pertama ialah, mengingatkan kita bahawa harta bukanlah milik manusia sepenuhnya kerana dengan kehen­dak Allah ia boleh hilang daripada jagaan kita.

Kedua, memiliki harta adalah kewaiipan yang perlu diselesaikan seperti mengeluarkan zakat apabila sampai pada ketetapan waktu dan jumlahnya.

Satu ujian

Ketiga, harta adalah amanah Allah yang jika tidak dijaga dengan baik mungkin akan diambil kembali. Caranya ialah apabila berlakunya kehilangan.

Keempat, harta yang hilang mungkin sekadar satu ujian yang bersifat sementara. Jika diusahakan mungkin boleh ditemukan kembali dan ada kemungkinan ia bakal dimi­liki semula.

Merujuk kepada peristiwa kehilan­gan harta yang dialami sendiri oleh Rasulullah S.A.W., beliau telah mem­berikan petunjuk yang amat berke­san lagi benar mengenai cara untuk mendapatkan kembali harta yang telah hilang.

Salah satu caranya ialah bernazar dengan sabdanya yang berkaitan dengan peristiwa kehilangan unta kesayangannya yang bermaksud:

"Sekiranya Allah kembali semula untaku nescaya akuakan mengucap­kan syukur setinggi-tingginya kepa­da Tuhanku."

Tidak beberapa lama selepas Rasulullah mengucapkan nazarnya itu, tiba-tiba Allah telah kembalikan unta itu kepada baginda.

Lalu Nabi Muhammad segera memenuhi nazarnya dengan menye­but:

"Alhamdulillahi hamdan kasiran tayyiban mubarakan."

Ada riwayat lain yang menyebut apabila unta itu ditemui kembali oleh Rasulullah, baginda telah melakukan sujud syukur ke hadrat Allah.

Meminta nasihat

Tatkala ada di kalangan para sahabat Rasulullah datang meng­hadap baginda untuk mengadu men­genai kehilangan barang atau harta dan meminta nasihat untuk berikhtiar agar ditemukan kembali barang atau harta yang hilang itu, Rasulullah segera menasihatkan agar mencari semula.

Dalam pada itu, baginda akan sen­tiasa mengingatkan mereka bahawa di samping berikhtiar hendaklah berdoa pada Allah. Antara doanya ialah sebuah doa khusus yang bermaksud:

"Ya Allah, Engkaulah yang mengembalikan segala kesesatan (hilang). Engkaulah juga yang inenunjukkan jalan kesesatan dan mengembalikan yang sesat itu kepada petunjuk. Ya Allah, kembalikan kepada saya barangan yang hilang dengan kudrat Mu dan kesultanan­Mu. Maka sesungguhnya, barangku yang hilang itu adalah sebenarnya daripada pernberian-Mu dan kelebi­han-Mu ke atasku."

Doa tersebut di atas hendaklah dibaca selepas waktu tengah malam sebaik sahaja selesai menunaikan solat hajat dua rakaat atau boleh diteruskan hingga 12 rakaat.

Selesai solat dibaca doa ini dengan hati yang benar-benar yakin bahawa Allah amat berkuasa mengembalikan harta yang hilang itu.

Doa itu hendaklah diulang buat beberapa malam yang berikutnya hinggalah barang yang hilang itu ditemukan semula.

Atau paling tidak, kerunsingan hati akibat kehilangan barang kesayangan itu kembali reda dengan takdir Allah itu.

Apabila hati telah tenang dan menerima takdir ujian Allah itu maka itu sudah merupakan satu kejayaan dan petunjuk Allah.

Hati hendak yakin bahawa setiap kehilangan itu telah Allah aturkan dan akan digantikan dengan kelebi­han yang lain pula.

Sebagai manusia yang lemah kita harus menerima semua ujian Allah dengan hati yang lapang.

Hijrahkah Umat Islam ?




KALENDAR Islam diperkenalkan pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab. Beliau dan sahabat memutuskan untuk meletakkan tarikh permulaan kalendar Islam pada tahun Nabi Muhammad SAW dan sahabat berpindah dari Makkah ke Madinah.

Sebuah kerajaan Islam , mempunyai empayarnya sendiri dan mempunyai kelendarnya sendiri. Ia dipilih kerana menjadi titik bermulanya kejayaan sebuah kerajaan Islam hingga islam tersebar ke seluruh dunia . Muharram, safar, rabi'ul awal, rabi'ul akhir, jamadil awal, jamadil akhir, rejab, sha'ban, RAMADHAN, syawal, zulkaedah dan zulhijjah. Itulah nama bulan dalam kelendar Islam dan permulaan hijrah dipilih sebagai tahun pertamanya. Sekarang kita berada di tahun 1432 Hijrah...Allahu Akhbar.

Adakah kita berbangga dengan kelendar hijrah kita ? Bilakah kelendar hijrah ini hendak digunakan di dalam pentadbiran kita?

Sambutan tahun baru umat Islam terasa kosong dan hambar. Perarakan cuma mempamerkan kulit atau jasad. Sedangkan yang dikehendaki oleh konsep hijrah itu, ummat Islam bertambah kuat dan dihormati.

Hijrah tidak tamat selepas berpindah Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah sahaja.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

“Hijrah tidak akan terputus sampai taubat terputus dan taubat tidak akan terputus sehingga matahari terbit dari barat.” (Hadis riwayat Abu Dawud)

Hijrah mempunyai banyak maksud antaranya berpindah dari negeri syirik ke negeri Islam seperti dilakukan Nabi Muhammad SAW dan sahabat. Oleh itu, umat Islam yang bermastautin di negara orang kafir dan tidak berupaya mengamalkan agamanya malah ditindas, wajib berpindah ke negara Islam jika memiliki kemampuan.

Dalil mewajibkan hijrah sebegini adalah firman Allah bermaksud:

“Sesungguhnya orang yang diambil nyawanya oleh malaikat ketika mereka menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas kaum kafir musyrik), mereka ditanya malaikat: Apakah yang kamu lakukan mengenai agama kamu? Mereka menjawab: Kami dulu ialah orang yang tertindas di bumi. Malaikat bertanya lagi: Tidakkah bumi Allah itu luas yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya? Maka orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam dan neraka jahanam itu seburuk-buruk tempat kembali.” (Surah al-Nisaa’, ayat 97)

Hijrah tidak diwajibkan bagi mereka yang tidak memiliki kekuatan fizikal mahupun ekonomi. Firman Allah bermaksud:

“Kecuali orang yang lemah (lagi uzur) daripada lelaki dan perempuan serta kanak-kanak, yang tidak berdaya mencari helah (untuk melepaskan diri) dan tidak pula mengetahui sesuatu jalan (untuk berhijrah). Maka mereka, mudah-mudahan Allah maafkan mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.” (Surah al-Nisaa’, ayat 98-99)

Walaupun begitu umat Islam mesti memberi sokong dan kekuatan untuk meng'hijrah'kan mereka dari golongan mustadhafin ini.

Hijrah juga bermaksud meninggalkan apa yang dilarang Allah menuju kepada perintah-Nya. Sabda Nabi SAW bermaksud:

“Muslim ialah seseorang yang kaum Muslimin selamat daripada gangguan lisan dan tangannya dan seorang muhajir (orang berhijrah) ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang Allah.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Hijrah dalam pengertian ini menuntut kita mengikhlaskan amal ibadat hanya kerana Allah taala .Hendaklah meninggalkan amalan syirik , baik syirik khafi atau syirik jali. Memerngertikan masyarakat dengan ibadah islam yang sempurna sebagaimana yang di syariatkan Allah.


Seharusnya kita bermuhasabah.

Adakah ilmu kita sudah bertambah ?

Apakah amalan kita menjadi lebih baik dan bertambah dari masa lalu ?

Apakah kita merasa seronok untuk berbuat kebajikan ?

Sudahkah hati kita membenci kejahilan dan kejahatan?

Matlamat kita cuma mencari keredhaan Allah dan keberkatan dalam umur dan usaha kita.Jika ada kekurangan maka segeralah perbaikinya. Jika ada dosa hendaklah segera bertaubat. Jika kita sudah mengerjakan amalan soleh, maka berazam meneruskannya bahkan mempertingkatkan amalan pada tahun baru ini.


: Isaac Terkejut Ketua Paderi Solat


k_barus
10-03-2010, 11:29 AM


SEORANG pemuda, Isaac Helal Masseha, 25, lengkap berpakaian paderi dengan rantai salib emas tergantung di leher. Dia bersedia menerus*kan perjalanan dari stesen kereta api Alatabah ke Abassiah Mesir yang sungguh memenatkan.

Namun untuk menyambut ulang tahun kelahiran Virgin Mary, digagahkan juga. Isaac bosan menunggu kereta api bergerak ke distinasinya, apatah lagi apabila memikirkan dia hanya akan sampai pada pukul 9.30 malam.

Pandangannya tiba-tiba terhenti pada seorang budak lelaki yang sedang sibuk membahagi-bahagikan buku kepada penum*pang di dalam gerabak kereta api. Buku kecil itu untuk dijual, semua penumpang di dalam gerabak itu dapat, kecuali dirinya.

"Kenapa semua orang dapat tapi saya tidak?" Isaac merungut sendirian. Dia dengan sabar menanti hingga budak Ielaki berusia 11 tahun ini selesai membahagikan buku-buku kecil itu dan memungut duit.

Ketika budak lelaki itu melintas di hadapan, Isaac ber*tanya, "kenapa kamu berikan buku itu kepada semua penumpang tapi saya tidak?"

"Tak boleh. Paderi tidak sesuai baca buku ini," jawab budak itu ringkas. Isaac rasa dirinya cukup hina kerana dikatakan tidak layak untuk memiliki buku kecil itu.

"Apa kata jualkan semua buku itu pada pak cik?" pujuk Isaac. Namun pujukan itu tidak berjaya membuatkan budak itu menyerahkan buku kecil itu.

"Tidak boleh, buku ini tentang Islam," budak itu meng*gelengkan kelapa lalu berlari turun dari gerabak kereta api seperti ketakutan.

Keengganan budak lelaki itu menyebabkan Isaac berang kerana keinginannya untuk melihat sendiri keistimewaan buku itu tidak tercapai. Isaac cuba mengekorinya tapi budak lelaki ini berlari lebih laju dan menyusup di celah-celah orang ramai. Kemarahan memaksa Issac berlari mengejar hingga dia lupa bahawa dirinya adalah paderi. Tapi budak itu terus hilang daripada pandangannya. Issac kembali ke gerabak dan meneruskan perjalanannya ke Abassiah.

Setiba di gereja Mark Cathedral, Al-Abassiah, Isaac terus masuk ke bilik tetamu yang telah disiapkan untuknya. Per*jalanan yang jauh menyebabkannya keletihan, namun pera*saan itu hilang apabila dia terbaca surah Al-Ikhlas di dalam al-Quran yang diletakkan di dalam biliknya. Surah itu dibaca berulan-ulang kali, terasa ada getaran yang menyentap ke seluruh kalbu dan ketenangan yang belum pernah dirasai.

Isaac ulang membaca ayat itu hingga dia mampu meng*ingatinya dan lancar. Surah itu membuatkan hatinya seronok, jiwa tenteram dan fikiran tenang. Dia tidak tahu apa sebenar*nya semua itu.
Sewaktu sedang leka mcmbaca, scorang paderi mengetuk bilik Isaac dan memanggil namanva. Tiba-tiba Issac terkejut dan menyebut, "Hanya Allah yang Esa." Iaitu ayat pertama di dalam surah Al-Ikhlas.
Keesokannya Isaac berangkat ke Alexandria untuk menyempurnakan tanggungjawabnya bagi sambutan ulang tahun kelahiran Virgin Mary pada hari Ahad. Banyak persiapan yang dilakukan di gereja untuk mcnyam*but hari kebesaran itu. Sejurus selesai latihan Isaac mengambil kesempatan untuk masuk ke bilik pengampunan mendengar luahan hati orang yang ber*salah. Kebanyakannya datang meminta ampun daripada paderi kerana mereka percaya hanya paderi yang boleh meng*ampun segala dosa mereka.



Dengan rasa kesal seorang wanita menceritakan segala dosa yang pernah dilakukan sebelurn ini.

"Sudah tiga kali saya melakukan dosa, dan kali ini saya datang agar paderi yang maha suci boleh mengam*punkan saya. Saya berjanji tidak akan melakukan dosa lagi," rayu perempuan itu.

Seperti biasa paderi akan mengang*kat salibnya ke muka pengaku dosa dan mengampunkan dosa. Ketika itu Isaac terdengar di telinga-nya surah Al-lkhlas yang dibacanya, indah sungguh hingga menyebabkan*nya hilang kata-kata.

"Perempuan itu datang kepadaku untuk memohon ampun tapi siapa pula yang akan mengampun dosaku dan menghukumku di hari kiamat nanti," bisik Isaac.

Ketika itu baru Isaac sedar bahawa ada Tuhan yang Maha Agung, Maha Berkuasa daripada segala makhluk di muka bumi ini. "Tuhan yang Esa.

Isaac terus berjumpa dengan bishop untuk bertanya, "Siapa pula akan me*ngampunkan dosa saya."

"Pope," jawab bishop.

"Siapa pula yang akan ampunkan pope," soal Isaac.

Bishop merenung muka Isaac dengan tubuhnva menggeletar kemudian men*jerit, "Kamu ni memang gila dan orang yang melantik kamu pun sama gila!"

Selepas kemarahan itu, Isaac dipen*jarakan di biara Mary Mena di perkam*pungan Al-Nattrun. Dengan mata ter*tutup dia dipukul oleh sekumpulan biarawan. Setiap biarawan memukul Isaac sambil berkata, "Inilah hukuman kepada orang yang menjual agama dan gerejanya!" Seksaan datang dalam pelbagai bentuk namun. Semua itu menyebabkan keyakinannya semakin kuat tentang kebenaran.
Sesuatu yang paling memalukan bagi Isaac ialah nilai moral yang ditunjukkan oleh biarawan. Punggung Isaac dipukul dengan batang penyapu, rujuh kali sehari selama 97 hari. Dia juga dipaksa untuk menjaga ****.Selepas tiga bulan dikurung, mereka membawa Isaac untuk ke sesi kaunse*ling yang dijalankan oleh ketua biara*wan. Sewaktu perjumpaan itu, ketua biarawan menasihati Isaac, "Anakku, sesungguhnya Allah akan memberikan petunjuk kepada siapa yang dikehenda*kinya, bersabarlah dan mohon kepada Allah, hanya Dia yang akan memberi jalan keluar daripada segala kesusahan. Dan akan datangkan bantuan itu dalam pelbagai bentuk yang tidak pernah kita bayangkan." Kata-kata itu menyebab*kan Issac terpegun seketika kerana di dalam Bible tiada ungkapan seindah itu.

Isaac kehairanan mendengar kata*kata nasihat dari ketua biarawan dan Iebih menghairankan lagi apabila kata*kata ini keluar... "Anakku, dengarlah nasihatku, diam dan simpan semua yang kamu percaya sehingga kebenaran muncul. Tidak kira walau berapa lama lagi."

Sehinggalah pada suatu pagi, Isaac mengetuk pintu bilik ketua biarawan untuk mengejutkannya. Perlahan-lahan dia menolak pintu kerana ketukan*nya tidak disahut. Alangkah terkejutnya Isaac apabila melihat lelaki tua berusia 65 tahun yang berjambang putih itu sedang menunaikan solat sama seperti seorang Muslim.

Hati Isaac mula berkata, "Inilah kebenaran yang dicari-cari." Dia ter*paku melihat satu episod cahaya keimanan dan kebenaran telah muncul di dalam biara. Lekas-*lekas dia menutup kembali pintu kerana bimbang orang lain akan melihatnya. Terdengar suara lembut dari dalam, "Anakku simpan rahsia yang kamu lihat itu, semoga Allah memberi pertolong*an kepadamu!"

Beberapa hari kemudian, Issac dibenarkan pulang ke gereja untuk ber*niga tapi bukan ke Suhaaj. Isaac dipindahkan ke gereja di Assiutt. Semua itu tidak membuat*kan dia gembira. Seluruh jiwanya kini masih terlekat pada surah Al-Ikhlas yang dibaca dan semangat ketua biara*wan. Tapi bagaimana hendak berdepan dengan ibu bapa, isteri dan saudara *mara? Satu lagi, apa harus dilakukan untuk melanggar larangannya keluar dari gereja?

Setahun kemudian...
Satu surat yang mengarahkan Isaac untuk ke Sudan mengetuai misi mengkristiankan takyat Sudan. Pope mengarahkannya mengkristiankan 35 orang penduduk di kawasan pedalaman Sudan.

Dengan tekanan dan beban yang terpaksa dipikul, Isaac lakukan*nva dengan hati yang berbelah bahagi. Sesiapa yang mengaku unruk meme*luk Kristian akan dihadiahkan 35 ribu pound Mesir.

Dengan tawaran duit yang banyak kepada rakyat miskin, mudah bagi Isaac dan kumpulannya mendapatkan 35 orang seperti yang dikehendaki Pope. Mereka dibawa keluar dari Sudan se*bagai pekerja gembala unta dan biri-*biri.

Sewaktu di dalam pelayaran ke Mesir, Isaac meninjau setiap bilik rak*yat Sudan yang baru dikristiankan. Tiba-tiba langkahnya terhenti di bilik 14 apabila melihat Abd Al-Maseeh atau nama Islamnya Muhammad Adam sedang bersolat. Isaac mula ter*fikir bahawa tidak ada apa yang mampu menggugat keimanan Abd Al-Maseeh walaupun ditawarkan dengan duit yang banyak.

Kemusykilan itu membawa Isaac bertanva sendiri, "Abd Al-Nlaseeh, mengapa kamu masih lagi solat walau*pun telah menjadi Kristian?"

"Saya jual tubuh ini kepada tuan untuk mendapatkan duit tapi hati, pe*rasaan, jiwa dan fikiran ini adalah milik Allah yang benar dan kekal. Walau*pun seluruh harta di dunia diletak*kan di depan mata, saya tidak akan menjualkan keimanan ini. Saya bersum*pah tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh-Nya."

Peristiwa itu menjadi penyuluh kepada Isaac untuk mencari jalan kebenaran di dalam Islam. Kepercay*aannya kepada Tuhan yang satu bert*ambah kuat namun bukan satu laluan yang mudah bagi Isaac untuk menukar agamanya kepada Islam. Kerana dia adalah ketua paderi, ketua mubaligh di benua Afrika. Jika dia memilih Islam, pihak gereja akan menentangnva habis-*habisan kerana ia dianggap skandal terbesar bagi mereka.

Berbagai-bagai usaha yang dilaku*kan olch Isaac untuk memeluk Islam dan membuat perrnohonan di Al*Sharkiah, jabatan yang menguruskan untuk masuk Islam. Isaac dihadapkan ke satu jawatankuasa yang terdiri dari*pada empat orang paderi dan tiga ketua biskop.

Mereka mengugut akan merampas semua harta dan duit Isaac jika me*neruskan hasrat untuk memeluk Islam. Semua duit simpanannya di dalam Bank Negara Mesir yang berjumlah empat juta pound, sebuah kedai emas, bengkel membuat barang emas dan sebuah bangunan 11 tingkat semuanya dirampas. Bagi Isaac, tidak ada maknanya lagi semua harta itu berbanding sinar keimanan yang mula menyelinap ke seluruh jiwa. Pihak gereja gagal meng*halang hajatnya untuk meneruskan per*jalanan Islamnya.

Namun itu bukan bermakna usaha untuk menghalangnya berakhir di situ.

Kemudian... abang dan sepupu Isaac membuat satu pakatan untuk mem*bunuhnya. Isaac ditembak semasa di Cairo, namun percubaan itu gagal. Isaac hanya cedera dan sebelah buah ping*gangnya rosak serta terpaksa dibuang.

Tragedi itu membuka satu lembaran baru di dalam hidup Isaac. Cubaan dan dugaan silih berganti namun tidak sedikit pun menggugat keimanan Isaac kepada Islam. Allah masih meman*jangkan nyawanya walaupun terpaksa meneruskan hidup dengan satu buah pinggang.

Saluran kencing dari buah pinggang pun turut rosak dan terpaksa di*bantu dengan mesin. Segala kerumitan bermula, tanpa apa yang tinggal setelah semuanya diambil oleh pihak gereja.

Ditambah pula dengan laporan kesihatan yang menuntutnya untuk membuat pembedahan plastik pel*vis dan melebarkan saluran kencing. Sebanyak 15 pembedahan telah dilaku*kan namun tidak ada satu pun yang berjaya. Akhirnya laporan perubatan mengatakan bahawa semua pembedah*an itu sepatutnya tidak perlu dilaku*kan.

Ibu bapa Isaac tidak dapat menerima langsung kenyataan bahawa anaknya telah memeluk Islam. Mereka meng*ambil keputusan membunuh diri de*ngan membakar hidup-hidup seluruh keluarga.
Setelah segala dugaan yang dilalui, Isaac tetap dengan Allah adalah kekuat*annya. Nur Islam yang menyinari hati Isaac bermula sejak kali pertama ia mem*buat penyelidikan tentang kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. Pengajiannva di dalam bidang teologi banyak menu*kar pandangannya terhadap Islam. Dia dibesarkan di dalam keluarga Kristian Ortodok yang menanamkan kebencian pada Islam dan Muslim.

Dan kerana sinar Islam sudah ber*mula di hati, tidak ada satu pun halang*an, rintangan yang dapat menghalang Isaac daripada terus mendalami Islam. Segala jawatan penting di gereja dise*rahkan padanya dengan hasrat dan kekayaan ditawarkan supaya dia akan terus menutup mulut daripada ber*bicara tentang Islam. Namun itu pun gagal memadam sinar Islam di dalam jiwanya. Hinggalah ke akhirnya dia mengorbankan diri untuk memperta*hankan iman.

Sumber:
Majalah Al-Islam, 09

Sakit ....sakit......

Sekecil tubuh didakap dan dicium oleh sang ibu. Rasa sayang mencengkam jiwa, sayang pada darah daging yang dikandung sembilan bulan sepuluh hari. Anak, itulah buah hati, itulah jantung hati dan itulah permata hati.

Perit melahirkan hilang ditelan rasa sayang dan bahagia mendapat zuriat. Tambah lagi, jika sibapa datang menatang sikecil, mengucupkan sayang untuk ibu dan anaknya sambil membisik 'terima kasih sayang'. Akan terungkai segala kesakitan dan berganti dengan kegembiraan kerana berjaya menghadiahkan zuriat pada sang suami.

Sikecil merengek , kemudian menangis. Tangan lemah siibu menjamah, menepuk dan memujuk. Diamnya seketika. Kemudian merengek lagi, di usap lesu oleh siibu. Diamnya sementara. Bila tiada siapa meladeni keperluanya, tangan lesu tadi cuba menarik ke dada, merapatkan mulut sikecil ke kantung susu, menyuguh' kepala susu' ke mulut kecil. Tergeleng geleng sikecil mencari sesuatu yang terasa baru baginya. Si ibu menyuguh lagi, berkali kali sehingga' kepala susu 'itu terasa dinyonyot enak oleh si kecil. Setelah kenyang, anak kecil lena sendiri. Siibu lega.

Selang beberapa masa, sikecil merengek lagi, bimbang siibu kembali bertapak di hati. Di usap wajah sikecil, dijamah perutnya dan punggungnya. Nah, dia tidak selesa, punggungnya basah. Bangkitlah ibu yang lemah selepas melahirkan tadi , mengesot perlahan lahan dan cuba mengangkat si kecil. Lemah lagi tangan , tetapi bagi keselesaan sikecil , ibu buat juga dalam serba kepayahan. Di buka kain putih bedungan, di campakkan ke tepi. Kain putih baru di ambil, dilipat pada satu sudut, diletakkan atas lunjuran kaki. Sikecil diangkat dan diletakkan atas kain lampin tadi. Merengek lagi , kerana tidak selesa dibaringkan atas keting betis yang keras. Si ibu membalut tubuh kecil dengan teliti.

Selesai operasi 'bedung', tubuh kecil diangkat ke muka, di cium pipi halus itu berkali kali, kemudian di letakkan kembali di tilam bayi.

Berdesit desit bunyi siibu menahan sakit, bila cuba bergerak untuk berbaring. Badan dijatuhkan perlahan lahan. Kembali memejamkan mata dan menahan 'resa rengat' yang bersangatan. Tangan memegang tepi peha dan memicit micitnya. Lengohlah....Kalau 'proses meneran' lama, lagi lengoh peha dan kaki. Kadang kadang tangan memicit, mata menangis menahan bisa sakit .

Siibu perlu rehat secukupnya. Tidak boleh bergerak cepat, tidak boleh makan sembarangan dan tidak boleh mengangkat barang yang berat . Jika ibu, ibu mertua atau suami atau orang gaji atau saudara lain dapat menguruskan keperluan siibu dan bayinya lagi bagus. Tidak timbul kemungkinan tumpah darah atau kepala 'memusing', kerana pergerakan terkawal.

Ada ibu yang 'dijahit' selepas bersalin. Ini pun menyakitkan. Kadang kadang dijahit tanpa bius. Masa proses 'dijahit' itu , siibu macam separuh mati menahan sakit. Ada ibu bersalin dari 'tingkap' , perlu dijahit juga. Perut di belah melintang, anak akan keluar tanpa proses peneranan. Tidak sakit ke ? Ye ada kata tidak sakit, tetapi kurang ujian dan kurang pahalanya. Pemulihan kulit atau cantuman memakan masa juga. Silap makan, bekas jahitan akan bernanah, sakit......

Coretan ini perlu difahami oleh bakal bapa, bapa bapa dan anak anak. Allah meletakkan wanita di tempat istimewa kerana sabar menanggung penderitaan ini. Mengapa syurga diletakkan di telapak kaki ibu ? Mengapa semua dosa terampun bila melahirkan seorang anak.? Mengapa saranan alquran , isteri atau ibu yang bersalin hendaklah diberi makan minum dan pakaian ?
Renung renungkanlah.