Sekecil tubuh didakap dan dicium oleh sang ibu. Rasa sayang mencengkam jiwa, sayang pada darah daging yang dikandung sembilan bulan sepuluh hari. Anak, itulah buah hati, itulah jantung hati dan itulah permata hati.
Perit melahirkan hilang ditelan rasa sayang dan bahagia mendapat zuriat. Tambah lagi, jika sibapa datang menatang sikecil, mengucupkan sayang untuk ibu dan anaknya sambil membisik 'terima kasih sayang'. Akan terungkai segala kesakitan dan berganti dengan kegembiraan kerana berjaya menghadiahkan zuriat pada sang suami.
Sikecil merengek , kemudian menangis. Tangan lemah siibu menjamah, menepuk dan memujuk. Diamnya seketika. Kemudian merengek lagi, di usap lesu oleh siibu. Diamnya sementara. Bila tiada siapa meladeni keperluanya, tangan lesu tadi cuba menarik ke dada, merapatkan mulut sikecil ke kantung susu, menyuguh' kepala susu' ke mulut kecil. Tergeleng geleng sikecil mencari sesuatu yang terasa baru baginya. Si ibu menyuguh lagi, berkali kali sehingga' kepala susu 'itu terasa dinyonyot enak oleh si kecil. Setelah kenyang, anak kecil lena sendiri. Siibu lega.
Selang beberapa masa, sikecil merengek lagi, bimbang siibu kembali bertapak di hati. Di usap wajah sikecil, dijamah perutnya dan punggungnya. Nah, dia tidak selesa, punggungnya basah. Bangkitlah ibu yang lemah selepas melahirkan tadi , mengesot perlahan lahan dan cuba mengangkat si kecil. Lemah lagi tangan , tetapi bagi keselesaan sikecil , ibu buat juga dalam serba kepayahan. Di buka kain putih bedungan, di campakkan ke tepi. Kain putih baru di ambil, dilipat pada satu sudut, diletakkan atas lunjuran kaki. Sikecil diangkat dan diletakkan atas kain lampin tadi. Merengek lagi , kerana tidak selesa dibaringkan atas keting betis yang keras. Si ibu membalut tubuh kecil dengan teliti.
Selesai operasi 'bedung', tubuh kecil diangkat ke muka, di cium pipi halus itu berkali kali, kemudian di letakkan kembali di tilam bayi.
Berdesit desit bunyi siibu menahan sakit, bila cuba bergerak untuk berbaring. Badan dijatuhkan perlahan lahan. Kembali memejamkan mata dan menahan 'resa rengat' yang bersangatan. Tangan memegang tepi peha dan memicit micitnya. Lengohlah....Kalau 'proses meneran' lama, lagi lengoh peha dan kaki. Kadang kadang tangan memicit, mata menangis menahan bisa sakit .
Siibu perlu rehat secukupnya. Tidak boleh bergerak cepat, tidak boleh makan sembarangan dan tidak boleh mengangkat barang yang berat . Jika ibu, ibu mertua atau suami atau orang gaji atau saudara lain dapat menguruskan keperluan siibu dan bayinya lagi bagus. Tidak timbul kemungkinan tumpah darah atau kepala 'memusing', kerana pergerakan terkawal.
Ada ibu yang 'dijahit' selepas bersalin. Ini pun menyakitkan. Kadang kadang dijahit tanpa bius. Masa proses 'dijahit' itu , siibu macam separuh mati menahan sakit. Ada ibu bersalin dari 'tingkap' , perlu dijahit juga. Perut di belah melintang, anak akan keluar tanpa proses peneranan. Tidak sakit ke ? Ye ada kata tidak sakit, tetapi kurang ujian dan kurang pahalanya. Pemulihan kulit atau cantuman memakan masa juga. Silap makan, bekas jahitan akan bernanah, sakit......
Coretan ini perlu difahami oleh bakal bapa, bapa bapa dan anak anak. Allah meletakkan wanita di tempat istimewa kerana sabar menanggung penderitaan ini. Mengapa syurga diletakkan di telapak kaki ibu ? Mengapa semua dosa terampun bila melahirkan seorang anak.? Mengapa saranan alquran , isteri atau ibu yang bersalin hendaklah diberi makan minum dan pakaian ?
Renung renungkanlah.
New entry via smartphone ♥♥♥
11 years ago
0 comments:
Post a Comment