Hijrahkah Umat Islam ?




KALENDAR Islam diperkenalkan pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab. Beliau dan sahabat memutuskan untuk meletakkan tarikh permulaan kalendar Islam pada tahun Nabi Muhammad SAW dan sahabat berpindah dari Makkah ke Madinah.

Sebuah kerajaan Islam , mempunyai empayarnya sendiri dan mempunyai kelendarnya sendiri. Ia dipilih kerana menjadi titik bermulanya kejayaan sebuah kerajaan Islam hingga islam tersebar ke seluruh dunia . Muharram, safar, rabi'ul awal, rabi'ul akhir, jamadil awal, jamadil akhir, rejab, sha'ban, RAMADHAN, syawal, zulkaedah dan zulhijjah. Itulah nama bulan dalam kelendar Islam dan permulaan hijrah dipilih sebagai tahun pertamanya. Sekarang kita berada di tahun 1432 Hijrah...Allahu Akhbar.

Adakah kita berbangga dengan kelendar hijrah kita ? Bilakah kelendar hijrah ini hendak digunakan di dalam pentadbiran kita?

Sambutan tahun baru umat Islam terasa kosong dan hambar. Perarakan cuma mempamerkan kulit atau jasad. Sedangkan yang dikehendaki oleh konsep hijrah itu, ummat Islam bertambah kuat dan dihormati.

Hijrah tidak tamat selepas berpindah Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah sahaja.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

“Hijrah tidak akan terputus sampai taubat terputus dan taubat tidak akan terputus sehingga matahari terbit dari barat.” (Hadis riwayat Abu Dawud)

Hijrah mempunyai banyak maksud antaranya berpindah dari negeri syirik ke negeri Islam seperti dilakukan Nabi Muhammad SAW dan sahabat. Oleh itu, umat Islam yang bermastautin di negara orang kafir dan tidak berupaya mengamalkan agamanya malah ditindas, wajib berpindah ke negara Islam jika memiliki kemampuan.

Dalil mewajibkan hijrah sebegini adalah firman Allah bermaksud:

“Sesungguhnya orang yang diambil nyawanya oleh malaikat ketika mereka menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas kaum kafir musyrik), mereka ditanya malaikat: Apakah yang kamu lakukan mengenai agama kamu? Mereka menjawab: Kami dulu ialah orang yang tertindas di bumi. Malaikat bertanya lagi: Tidakkah bumi Allah itu luas yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya? Maka orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam dan neraka jahanam itu seburuk-buruk tempat kembali.” (Surah al-Nisaa’, ayat 97)

Hijrah tidak diwajibkan bagi mereka yang tidak memiliki kekuatan fizikal mahupun ekonomi. Firman Allah bermaksud:

“Kecuali orang yang lemah (lagi uzur) daripada lelaki dan perempuan serta kanak-kanak, yang tidak berdaya mencari helah (untuk melepaskan diri) dan tidak pula mengetahui sesuatu jalan (untuk berhijrah). Maka mereka, mudah-mudahan Allah maafkan mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.” (Surah al-Nisaa’, ayat 98-99)

Walaupun begitu umat Islam mesti memberi sokong dan kekuatan untuk meng'hijrah'kan mereka dari golongan mustadhafin ini.

Hijrah juga bermaksud meninggalkan apa yang dilarang Allah menuju kepada perintah-Nya. Sabda Nabi SAW bermaksud:

“Muslim ialah seseorang yang kaum Muslimin selamat daripada gangguan lisan dan tangannya dan seorang muhajir (orang berhijrah) ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang Allah.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Hijrah dalam pengertian ini menuntut kita mengikhlaskan amal ibadat hanya kerana Allah taala .Hendaklah meninggalkan amalan syirik , baik syirik khafi atau syirik jali. Memerngertikan masyarakat dengan ibadah islam yang sempurna sebagaimana yang di syariatkan Allah.


Seharusnya kita bermuhasabah.

Adakah ilmu kita sudah bertambah ?

Apakah amalan kita menjadi lebih baik dan bertambah dari masa lalu ?

Apakah kita merasa seronok untuk berbuat kebajikan ?

Sudahkah hati kita membenci kejahilan dan kejahatan?

Matlamat kita cuma mencari keredhaan Allah dan keberkatan dalam umur dan usaha kita.Jika ada kekurangan maka segeralah perbaikinya. Jika ada dosa hendaklah segera bertaubat. Jika kita sudah mengerjakan amalan soleh, maka berazam meneruskannya bahkan mempertingkatkan amalan pada tahun baru ini.

0 comments:

Post a Comment